Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Mohd. Fadzillah Kamsah berkongsi pandangan mengenai ikhtiar ketika menyantuni mereka yang sedang sakit selain berdoa.

Menurut Fadzillah, dia menyarankan Shuib agar meminta kebenaran pihak hospital untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat Ruqyah kepada isterinya, penyanyi Siti Sarah.

Pandangan tersebut disuarakan Fadzillah sejurus sesi bacaan Yassin dan doa selamat buat penyanyi berkenaan yang dilakukan secara virtual, Ahad malam.

“Saya tadi tergerak… bila kita semua baca Yaasin mungkin ada sedikit gangguan lain pada Siti Sarah. Jadi saya nak minta Shuib berhubung dengan pihak hospital cari jalan kalau boleh mainkan Ruqyah dekat dengan Siti Sarah.

“Tok Abah (gelaran buatnya) dapat gerak tadi (bila bacaan Yaasin) ada gangguan. Jadi perlu rawat semua cara untuk dapatkan kekuatan.

“Kadang kalau tidak dibuang gangguan paranormal itu, maka si pesakit akan susah untuk pulih, kekuatannya akan terganggu. Jadi Shuib cari jalan, insyaAllah ada,” katanya.

IKLAN

Fadzilah pada masa sama berkongsi kaedah merawat penyakit selain bergantung dengan ubat-ubatan atau teknologi moden iaitu mengamalkan Asmaul Husna.

“Jadi Shuib Cari Jalan, InsyaAllah Ada,” – Fadzillah Kamsah Minta Perdengarkan Ayat Ruqyah, Amalkan Asmaul Husna Buat Siti Sarah

“Jadi Shuib Cari Jalan, InsyaAllah Ada,” – Fadzillah Kamsah Minta Perdengarkan Ayat Ruqyah, Amalkan Asmaul Husna Buat Siti Sarah“Semua yang ada pada sesi ini, hantar ‘gelombang’, kalau boleh tatap foto Siti Sarah dan bacakan apa-apa doa yang kita ada atau paling kurang al-Fatihah. Hembus pada gambar itu dengan niat untuk sembuhkan Ya Allah.

“Mana tahu dalam ribuan yang hantar doa, seorang yang dimakbulkan doa maka terangkatlah segala penyakit dan sebagainya. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

IKLAN

“Selain kaedah merawat di samping ubat-ubatan, tekonolgi baru dan sebagainya, boleh amalkan Asmaul Husna. Bila kita bacanya, ia ibarat terapi untuk semua jenis gangguan atau masalah.

“Terutamanya Shuib, bila teringkatkan dia teruslah angkat tangan. Lawan kesedihan dengan cara doa padaNya. InsyaAllah,” katanya.

Fadzilah juga meminta Shuib mencari jalan berjumpa bayi yang dikeluarkan dari kandungan Siti Sarah pada Jumaat lalu untuk menyentuh anak keempatnya itu dengan doa, sebagai terapi paling mustajab.

“Jadi Shuib Cari Jalan, InsyaAllah Ada,” – Fadzillah Kamsah Minta Perdengarkan Ayat Ruqyah, Amalkan Asmaul Husna Buat Siti Sarah

IKLAN

“Jadi Shuib Cari Jalan, InsyaAllah Ada,” – Fadzillah Kamsah Minta Perdengarkan Ayat Ruqyah, Amalkan Asmaul Husna Buat Siti Sarah

Terdahulu, Shuib memaklumkan isterinya yang seda g dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras berada dalam keadaan kritikal susulan tahap oksigen dalam badan kembali menurun.

Siti Sarah, 37, selamat menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya mencecah tujuh bulan, pada Jumaat.

“Jadi Shuib Cari Jalan, InsyaAllah Ada,” – Fadzillah Kamsah Minta Perdengarkan Ayat Ruqyah, Amalkan Asmaul Husna Buat Siti Sarah

“Jadi Shuib Cari Jalan, InsyaAllah Ada,” – Fadzillah Kamsah Minta Perdengarkan Ayat Ruqyah, Amalkan Asmaul Husna Buat Siti SarahFoto: Instagram Datuk Dr Fadzillah Kamsah, Siti Sarah, Shuib.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI