Pelakon popular, Mira Filzah yang telah pun sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, jam 8.58 malam tadi tidak melabelkan majlis perkahwinannya sebagai ‘Wedding of the Year’.
Sebaliknya, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu menyifatkan tanggapan tersebut mungkin dibuat berdasarkan penilaian peminat.
“Pada saya, istillah ‘Wedding of the Year’ itu terletak pada penilaian masyarakat. Untuk diri sendiri menetapkan majlis perkahwinan ini sedemikian, saya rasa tidak layak.
“Niat kami untuk anjurkan beberapa majlis adalah untuk merai dan menghargai ahli keluarga serta rakan terdekat memandangkan jemputan juga tidak ramai,” jelas Mira kepada MH.
Ads
Terdahulu, selain majlis pernikahan semalam, bintang berusia 27 tahun ini juga bakal mengadakan dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, hari ini dan A-Park, Puchong, pada Ahad.
Meski mahu menghargai para tetamu, Mira dan suami sepakat untuk mematuhi syarat piawaian Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Setiap majlis jemputan sekitar 250 orang sahaja dan untuk majlis ketiga, ia mungkin lebih kurang daripada itu.
Ads
“Kita mahu meraikan tetapi kalau boleh pada masa sama, kena berjaga-jaga juga dengan situasi semasa yang berlaku kini.
“Kalau nak tetapkan Wedding of the Year, itu bukan sayalah. Saya hanya lakukan apa yang saya suka,” katanya lagi.
Semalam, majlis pernikahan pasangan itu turut dipancarkan selama 10 minit menerusi program M Buzz di TV3, manakala siaran langsung pernikahan pada jam 8.30 malam boleh disaksikan di saluran YouTube TV3.
Situasi tersebut seperti mengulangi sejarah perkahwinan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mawi yang mana hari bahagia masing-masing pernah mendapat liputan secara langsung stesen TV.
Ikuti sesi temu bual penuh bersamanya di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menarik kali ini, MH bariskan 10 antara selebriti wanita kita yang sejuk mata memandang, cantik menawan.
Meski sentiasa tampil anggun mempersona, namun jodoh mereka masih belum sampai untk berkahwin, walau ada yang sudah mengakui sudah pun mempunyai teman istimewa.
Apa pun, sama-sama doakan mereka semoga cepat sampai jodoh seterusnya mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan masing-masing.
Sering dikaitkan dengan beberapa lelaki terkenal di negara ini, hos dan ahli perniagaan berjaya, Neelofa sering kali ditanya mengenai persoalan jodoh.
Meminta ramai agar mendoakan yang terbaik untuknya, Neelofa menerusi MH sebelum ini ada menjelaskan terdapat banyak spekulasi mengenai perkara tersebut.
Neelofa yang kini berusia 31 tahun bagaimanpun mengakui akan berkongsi khabar gembira kepada semua andai sedang menjadi hubungan istimewa dengan seseorang selepas ini.
Kakak kepada pelakon Ruhainies, Risteena juga sering mendapat perhatian ramai dek kisah cintanya yang cukup manis untuk dikongsi.
Kemesraan yang tampilkan bersama tunang, pelakon Isa Khan di media sosial menjadikan pasangan sama cantik sama padan ini sebagai antara pasangan selebriti yang secocok bersama.
Difahamkan, pasangan ini sedang mencari tarikh sesuai untuk melangsungkan perkahwinan selepas keduanya bertunang pada 23 November tahun lalu.
Selain ramai yang bercakap mengenai bakat nyanyiannya yang bukan calang-calang, penyanyi asal Sarawak ini juga sering kali diajukan persoalan mengenai peneman hidup.
Mengakui dirinya terbuka untuk menerima seseorang yang istimewa, namun ruang lingkup sisi cintanya setakat ini dicurahkan menerusi naskah seni.
Selagi tidak mendirikan rumah tangga, agaknya selagi itulah ramai yang bertanya mengenai siapakah lelaki bertuah yang bakal menjadi teman hidup pelakon dan penyanyi cantik ini.
Fathia, 33, kini difahamkan lebih selesa menjalani kehidupan secara solo seterusnya memberi tumpuan penuh dalam kerjaya seni.
Penyanyi dan aktivis yang dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia musim ke-5, Heliza Helmi juga tidak terlepas daripada diajukan mengenai soal jodoh.
Meniti usia 34 tahun, bintang asal Terengganu ini telah kelihatan gembira dan comel sentiasa.
Sinonim dengan personaliti yang menyenangkan, Sherry Al Hadad juga sering kali ditebak dengan persoalan jodoh.
Pada usia 35 tahun kini, hos Bis Stage di samping Alif Satar ini bagaimanapun cukup terbuka apabila bercakap soal jodoh meski dirinya masih belum bertemu teman istimewa.
Foto: Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon Raja Afiq yang kini sah bergelar suami kepada anggota polis yang juga penyanyi baharu, Soffwany Yusoff, 31, pada Sabtu dengan sekali lafaz.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohamad Yusoff Lebai Hamzah di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor pada pukul 9 pagi.
Majlis pernikahan diadakan secara tertutup dihadiri oleh keluarga terdekat.
Pada majlis itu, Raja Afiq menyerahkan wang hantaran berjumlah RM15,000, mas kahwin sebanyak RM1101 beserta lima dulang dan dibalas dengan tujuh dulang pihak perempuan.
Pasangan ini kemudiannya diraikan dalam satu majlis sederhana untuk kenalan dan media di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Sementara itu, pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz ini bersyukur apabila pernikahan mereka dipermudahkan.
“Alhamdulillah syukur dipermudahkan semuanya, memandangkan sekarang kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, jadi kita adakan majlis pernikahan mengikut prosedur operasi standard.
“Biarpun perkenalan kami singkat, jodoh itu kuat mendekati kami.
“Kami berkenalan sejak hujung tahun lalu. Rapat dalam awal tahun ini, ” katanya seperti yang dipetik mStar.
Raja Afiq atau nama sebenar Raja Muhammad Afiq Raja Razali dan bekas peserta program Suara Viral ini akan berbulan madu di Pulau Langkawi.
Ditanya mengenai cahaya mata, Raja Afiq berkata mereka tidak merancang dan bersedia menerima rezeki itu pada bila-bila masa.
Foto: mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan hos, Siti Elizad ada memuat naik perkembangan proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata menerusi Instagram.
Menerusi beberapa lampiran gambar, penyampai radio ini berkongsi beberapa momen kandid saat proses tersebut dijalankan.
Menurut Elizad, dua minggu selepas menjalani rawatan, doktor menasihatkan supaya dirinya tidak melakukan aktiviti lasak.
“Bismillahirrahmannirrahim, kembali for my ivf journey.
“Ni baru 1st session, after 2 weeks no more VROOM2 & NO aktiviti lasak doktor cakap,” tulisnya.
Bekas hos program Mingguan Wanita ini juga turut meminta ramai agar mendoakan usahanya itu agar dipermudahkan.
“To those yg ttc pls come to @sophea_fertility. They are very helpful & supportive.
“Doakan kami ya. (Jadi 2 minggu dr skrg masih boleh jalan2, vroom2 cuti sana sini lagi, pastu dah kena simpan vroom2 buat perhiasan),” jelasnya lagi.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Elizad turut berkongsi perkara sama sambil menyatakan dirinya cuba untuk positif dan berserah pada Yang Maha Kuasa atas usahanya itu.
“Please no negative vibes! Happy2 & positive selalu! Jadi atau tidak, berserah pada Allah. Yang penting mencuba.
“InsyaAllah I will always be me! Pok pek pok pek dan happy sentiasa!,” tulis Elizad.
Terdahulu, Elizad dan suaminya, Shamsul Baharin Rahman mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.
Elizad juga sebelum ini ada memaklumkan mengenai kaedah yang bakal dilakukan bagi mendapatkan zuriat pertama dan cuba merancang aktiviti seninya bagi tujuan berkenaan.
Foto: Instagram Elizad Sharifuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini selepas selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis...