
Selebriti versatil, Elly Mazlein meminta pasangan yang sudah berkeluarga agar sentiasa bersyukur apa adanya.
Penyanyi lagu Bungaku Bawakali ini turut menyatakan setiap dari kita perlu menerima setiap kekurangan dan kelebihan pasangan.
“Berkasih sayanglah kita. Yang sudah berkeluarga, terima kelebihan dan kekurangan. Bersyukurlah sentiasa.
“Nak lebih memang tak akan dapat. Yang dah ada depan mata tu, tatanglah bagai minyak yang penuh,” tulisnya dalam satu perkongsian di Insta Stories pada Ahad.
Malah, Elly yang turut memuat naik beberap foto pelukan suami isteri menerusi platform sama turut titipkan pesan moga sentiasa bersyukur.
“Berkasih sayang dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Yang tak bersyukur ni selalu rugi.
“Jadinya, bersyukurlah… InsyaAllah kita akan sentiasa rasa cukup. Peringatan untuk diri sendiri juga,” tulisnya lagi.
Beberapa hari lalu, foto rangkulan erat suaminya, Azlan Che Nuh yang dimuat naik di Instagram mendapat reaksi ramai hingga ada di antara peminat yang turut berkongsi foto hampir serupa.
Hantaran berkenaan sehingga kini sudah pun menerima hampir 80,000 tanda suka.
Foto: Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Kenal Juga B*bi Ni Siapa? Kurang Ajar,” – ‘Tepek’ Kepala Perempuan, Yana Samsudin & Che Ta Bengang!

Ketika ini, tular di media sosial sepotong video yang memaparkan kelakuan seorang pemandu lelaki yang bertindak menampar kepala seorang wanita gara-gara kurang berpuas hati dengan cara pemanduannya.
Insiden tersebut dikatakan berlaku di Jalan Tapah menghala ke Cameroon Highland.
Sebelum bertindak menampar, lelaki tersebut juga dilihat telah menengking wanita dan turut menghemburkan kata-kata kesat.
Video viral tersebut kemudiannya dimuat naik semua oleh pelakon, Yana Samsudin menerusi laman Instagram miliknya.
Jelas Yana, dia amat kecewa dengan tindakkan lelaki berkenaan yang menggunakan kekerasan terhadap wanita.
Menerusi ruangan kapsyen, Yana turut memanjangkan video tersebut kepada pihak polis.
“Tak gentle la pukul perempuan. Roadbully macam ni kena ajar sikit adab dan etika sebagai manusia,” tulisnya.
Sementara itu, netizen dan rakan-rakan artis juga turut meluahkan rasa geram selain turut berharap agar lelaki tersebut dikenakan tindakan undang-undang.
“Abang ni dengan perempuan dia tepuk-tepuk la. Cuba abang gadang besar yang bawa kereta tu? Suka hati je tepuk dahi orang. Siap cakap tak kenal dia siapa. Gangster pun tak buat macam ni. Dia tahu tu bukan lawan dia. Memang taraf gangster pukul perempuan ke macam mana?,” komen pelakon, Zulin Aziz.
“Kesiannya Ya Allah. Kenapa ada manusia macam ni? Kalau dia ada isteri, kesiannya isteri dia,” kata pelakon, Mawar Rasyid.
“Nak kenal juga babi ni siapa. Kurang ajar sangat,” balas pelakon, Rozita Che Wan.
“Apa punca nak marah sangat? Kot ye pun jangan la suka-suka nak tunjal kepala anak orang tu,” respon penyampai radio, Feeya Iskandar.
Terdahulu, video yang dimuat naik oleh Yana itu telah pun meraih lebih 400,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Yana Samsudin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Gagal Jadi Isteri, Tapi Tak Gagal Jadi Ibu”, Rita Rudaini Enggan Toleh Kebelakang, Bahagia Mampu Asuh Anak Hingga Berjaya!

Isi Kandungan
ToggleUmum sedia maklum, aktres cantik Rita Rudaini yang masih ligat berlakon dan juga merupakan ibu kepada Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna merupakan antara figura yang begitu cekal membesarkan anak-anak tanpa sosok suami di sisi hingga dikagumi ramai.
10 tahun bergelar ibu tunggal, berkat didikan Rita, anak-anaknya dilihat berjaya dalam bidang akademik sekaligus hal-hal berkaitan didikan agama. Malah, Rita tidak menjadikan perceraian penghalang untuknya meneruskan kehidupan bersama anak-anak tersayang.
Biar Gagal Jadi Isteri, Yang Penting Tak Gagal Sebagai Ibu!
Merupakan seorang yang tegas, bekas pramugari dan finalis Dewi Remaja 1998/1999 itu tekad mahu menjadikan anak-anaknya seorang insan berguna yang lebih baik daripada dirinya. Memetik kata-kata Rita di Instagram sebelum ini…
“Bukan ibu yang sempurna. Saya pernah remaja, saya pernah leka. Semuanya saya ceritakan pada anak-anak supaya jadi panduan untuk mereka.
Saya asuh mereka dari kecik sebab saya nak mereka jadi lebih baik dari saya. Saya tegas kerana saya taknak mereka rasa rugi di hari tua andai umur panjang.
Saya Tak Guna Posisi Ibu, Tapi Ajar Mereka Hormat Sesama Manusia,” – Rita Rudaini
Bukan saja comel dan segak, kedua-dua putera Rita Rudaini juga dibesarkan dengan ilmu dunia akhirat yang secukupnya. Nampak berkesan betul didikan ibu mereka, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna membesar dengan sihat dan mendengar kata.
Didoakan semoga Rita Rudaini terus tabah dan kuat menjalani kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal terbaik dan menjadi inspirasi kepada ramai wanita lain.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiada Apa-Apa Hubungan Serius Pun,” – Meerqeen Ulas Jalinan Mesra Dengan Anna Jobling

Selepas berjaya menarik minat jutaan penonton dari dalam dan luar negara menerusi drama Melur Untuk Firdaus, spekulasi mengenai hubungan cinta diantara pasangan pelakon Meerqeen dan Anna Jobling kini hangat diperkatakan.
Ia susulan selepas kedua-dua pelakon ini dilihat sering kali memuat naik gambar-gambar bersama dan saling berbalas hantaran-hantaran mesra di media sosial.
Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 21, memberitahu, perkongsian-perkongsian tersebut hanyalah sebagai salah satu bentuk mempromosikan drama terbarunya itu.
“Saya dan Anna sebenarnya sudah berbincang mengenai perkara ini sejak sebelum masuk ke set penggambaran lagi.
“Kami mencapai kata sepakat mengenai apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak.
“Apa yang kami kongsikan di media sosial sebenarnya banyak memberi impak kepada drama itu sendiri sehingga menjadikannya sebagai salah sebuah drama popular ketika ini.
“Saya dan Anna tiada apa-apa hubungan yang serius pun,” katanya kepada MH.
Pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pengenalan duta baharu air mineral Spritzer yang berlangsung di Sunway Pyramid pada Khamis.
Meskipun drama ini telah melonjakkan namanya, namun, Meerqeen menegaskan dia tidak mahu dibuai mimpi yang akhirnya akan merugikan dirinya dikemudian hari.
“Saya sendiri tak tahu nak ungkapkan perasaannya bagaimana. Pada mulanya saya merasakan drama ini akan ‘meletup’ tapi buat penonton di Malaysia sahaja.
“Namun, saya pun tak sangka drama ini juga mendapat sambutan luar biasa di luar negara.
“Saya gembira dengan pencapaian ini tapi saya tidak mahu lalai dan akhirnya nanti terjerumus dalam sikap bangga diri. Akhirnya yang malunya nanti saya. Saya takut saya lupa diri,” katanya lagi.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Menunggu ini juga menyatakan rasa terharu dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peminat yang tidak putus-putus menyokongnya selama drama ini berlansung.
“Saya tak pernah merasai pengalaman seperti ini lebih-lebih lagi apabila peminat di negara seberang juga sedar dengan kehadiran saya. Sokongan yang mereka tunjukkan pun sangat gila-gila dan saya hargainya.
“Saya rasa momen paling sweet bila peminat Indonesia berusaha dan bersusah payah datang ke Malaysia untuk berjumpa saya. Saya sendiri tak tahu tapi pihak pengurusan yang temukan saya denga mereka di progam Jom Heboh.
“Saya luangkan masa dengan mereka pada hari tersebut. Mereka dah berkorban masa semata-mata untuk saya. Saya bertemu dan beramah mesra lebih dekat pada hari tersebut.
“Saya harap berjumpaan itu memberi makna dan menjadikan perjalanan mereka berbaloi,” akhirinya.
Terdahulu, dalam acara tersebut Meerqeen telah dilantik sebagai ikon terbaru produk air mineral, Spritzer bersama tiga lagi selebriti lain iaitu Ayda Jebat, Cik Manggis dan Jojo.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Meerqeen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI