Selebriti dan usahawan, Tya Arifin bersama suami, Asyraf Khalid baru-baru ini telah pun berangkat bag menunaikan umrah.
Menerusi satu perkongsian di akaun Instagram, Tya berkongsi pengalamannya ketika pertama kali menaiki kereta api dari kota Madinah ke tanah suci Mekah.
Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut berkongsi foto pemandangan indah yang terlihat dari kaca tingkap kereta api sewaktu perjalanan.
Ads
“Bismillahirahmanirrahim, pertama kali ke Mekkah dari Madinah naik train. Sebelum ini Tya naik mobil, kalau dibandingkan memang lebih baik naik train. Lebih cepat, luas dan mudah.
“Dan boleh lihat pemandangan dari luar yang amat cantik, Mashaallah… Train stationnya pun luas bersih dah macam airport Jadi nanti yang boleh coba juga ya…,” tulisnya.
Selepas dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), pengacara, Maria Tunku Sabri berkongsi keadaan terkininya buat tatapan para keluarga dan sahabat handai.
Menurut Maria, bacaan oksigen dan darahnya kini dilaporkan telah kembali normal namun, keadaan kuman yang terdapat di dalam salur darahnya dikatakan sedang berada ditahap yang membimbangkan.
Katanya lagi, dia juga mahu memanfaatkan setiap waktunya di pusat kuarantin untuk berehat agar proses pemulihannya dapat berjalan dengan lancar.
“Assalamualaikum Keluarga dan Sahabat yang saya kasihi. Maafkan saya tiada posting khabar berita dari saya didalam MAEPS sebab saya nak rehat dan pulihkan sakit yang kita tak nampak sebab dalaman luaran badan nampak susut apa nak buat sakitkan.
“Bacaan oxygen dan darah tinggi normal cumanya kuman dalam darah semakin mengganas,” tulisnya.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh bekas pengacara program, Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Maria turut membuat permohonan maafnya andai dia pernah menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.
“Saya Maria Tunku Sabri mohon maaf jika saya ada salah dan silap dengan sesiapa sahaja. Halalkan makan minum saya selama ini ya. Baiklah saya nak berehat ya semua sejujurnya saya rasa dah letih dan penat sangat,” kongsinya lagi.
Menerusi video berdurasi hampir dua minit itu, Maria dilihat berada di dalam keadaan yang agak lemah dan memerlukan rehat yang banyak.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa risau selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Maria.
“Sis Maria, stay strong sis. Banyak plan kita belum buat ni,” kata Sharifah Shahora
” I know you are too strong to fight for it, kami mendoakan semuga you all cepat sembuh okay. We love you,” tulis Didie Alias.
“Ya allah kakak! I’m so sorry I just found out! I doakan you cepat sembuh kakak,” luah Catriona Ross.
Jumaat lalu, MH telah melaporkan mengenai keadaan Maria yang terpaksa dibawa menaiki ambulans ke Maeps, selepas tahap kesihatannya dilaporkan menurun akibat jangkitan wabak Covid-19.
Sumber: Instagram Maria Tunku Sabri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Datin Alyah menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak yang menganggap dia tidak lagi mahu menyanyikan lagu-lagu berunsur cinta sesama kekasih.
Menurut Alyah, apa yang dimaksudkan ialah mesej sesebuah lagu yang akan dinyanyikan itu sebolehnya biarlah berlandaskan mesej baik dan sesuai didengari semua lapisan usia.
“Perlu untuk jelaskan, saya masih lagi menyanyikan lagu yang mempunyai unsur cinta, tapi yang mempunyai elemen kebaikan tentang apa yang ingin disampaikan.
“Contohnya, bukan yang macam… ‘bila kau tiada, aku mati’ tetapi ia lebih kepada… ‘kalau kau cintaiku, kahwinilah aku.’ Maksudnya, bait lirik biar cenderung kepada mesej yang baik, tak terlalu ‘lara’ atau meratap cinta pada pasangan.
“Apapun, saya hormati setiap buah karya lagu dan topik cinta itu juga luas dan subjektif. Terpulang kepada penerimaan masing-masing,” katanya.
Ditanya sejauh mana pendiriannya terhadap pemilihan lagu sedemikian ketika ini, isteri kepada pemuzik, Datuk Ramli MS itu percaya rezeki.
“Dalam soal ini, kita semua tahu siapa yang memberi rezeki. Tinggal lagi kita perlu usaha dan pasang niat dengan betul. InsyaAllah tuah itu akan ada di mana-mana.
“Malah saya sendiri tidak pernah jangka capaian Thank You Allah misalnya begitu luar biasa hingga ke hari ini. Meski dari segi persembahan itu kurang kerana situasi semasa, tapi dari segi media sosial ia amat baik, syukur alhamdulillah.
“Bukanlah nak kata lagu-lagu cinta saya sebelumnya tak jalan, tapi penerimaan baik terhadap percubaan Thank You Allah buatkan semangat saya jadi lebih besar. Dalam berkarya ni, kita perlu percaya bila ada suara, identiti akan ada jalan,” katanya.
Alyah ditemui pada majlis pelancaran cawangan ke-43 Mokti’s di Puncak Jalil, pada Sabtu.
“Saya hadir sebagai meraikan kenalan yang juga pengasas Missy Eldee, Puan Sharifah Norliza Syed Hamid. Dia juga antara ‘fouder’ yang tampil dalam muzik video Thank You Allah, sebagai Along.
“Kami saling kenal sudah lama dan saya turut tumpang gembira atas kejayaannya yang kian suskes dengan bisnes,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Alyah yang turut melancarkan jenama ‘ready to wear’ (RTW) Labeesa by Datin Alyah akan melancarkan single baru, awal tahun depan.
“Setiap kali saya buat siaran langsung di Instagram, saya selalu belanja bahagian chorus lagu tersebut. Saya perdengarkan kepada peminat sebelum ia dilancarkan.
“Lagu ini mengisahkan mengenai hubungan adik-beradik. Sebab kadang-kadang kita mungkin lupa bahawa hubungan saudara itu paling penting berbanding wang ringgit.
“Bagaimanapun, penceritaannya bukanlah kesinambingan kepada jalan cerita dalam muzik video Thank You Allah, tetapi elemen nilai hubungan kekeluargaan itu yang dikekalkan.
“Lagu tersebut masih tiada tajuk, hasil ciptaan saya sepenuhnya dengan lirik bersama Shah Samsiri. InsyaAllah lagu tersebut akan menjadi buah tangan pertama saya tahun 2022,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah video tular di aplikasi Tik Tok melibatkan bekas isteri kepada pemuzik, Uda Wahid iaitu Intan Liana Saleh.
Video parodi dengan ayat “Kau cantik? Rampas hak orang tak? Rampas? Lemah!” itu nyata telah mendapat reaksi pelbagai daripada banyak pihak.
Sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih lebih 1 juta tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Malah, terdapat juga segelintir pihak yang mempersoalkan motifnya memuat naik video tersebut.
Menerusi entri berasingan, Intan telah pun tampil menjelaskan mengenai postingnya itu.
Menurut Intan, video berdurasi hampir 15 saat itu dibuat hanya sekadar suka-suka dan tiada kena mengena dengan mana-mana pihak.
“Hi sister, tak payah nak bitter sangat sebab ini hanya content sahaja. Just nak berhibur. Kalau tak suka boleh scroll laju-laju okay,” tulisnya.
Katanya lagi, sekiranya ada yang kurang gemar dengan konten-kontenya itu, mereka boleh mengabaikannya sahaja.
Ketika ada pihak yang meminta Intan untuk reda dengan segala ujian yang dihadapinya itu, ini reaksi balas yang diberikan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu.
“Ujian rumah tangga tu ya memamg ada. Itu semua ujian. Kita semua ada ujian tersendiri dan lain-lain ujian. Apapun, ia hanya sekadar nak berhibur sahaja,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi perlbahai malah, tidak kurang juga yang menyatakan sokongan buat Intan.
Intan dan Ude sebelum ini bernikah pada 1 Mac 2013, sebelum bercerai talak satu pada 22 Mac 2018.
Pasangan ini bercerai selepas Ude mengahwini pelakon, Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.
Hasil perkongsian hidup, Intan dan Ude dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.
Sumber: Tik Tok & Instagram Intan Saleh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.