Penyanyi Baby Shima tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila sudah dapat beraya sakan selepas dua tahun tidak dapat menyambut Syawal.
Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 30, berkata dia mengambil cuti selama seminggu bagi meluangkan masa berhari raya di kampung halamannya di Johor Bahru, Johor sebelum terbang ke Indonesia selepas itu.
“Kerja memang banyak tapi mahu atau tidak, tetap kena cuti memandangkan sudah dua tahun tak dapat beraya bersama keluarga.
“Insya-Allah selepas seminggu beraya di sini, saya akan terbang ke Indonesia. Untuk balik dan tengok rumah yang ditinggalkan di sana selama dua tahun sejak pandemik melanda,” katanya kepada Media Hiburan.
Ads
Dalam perkembangan lain, Shima turut mengeluarkan single raya berjudul Pulang yang diharap dapat memenuhi citarasa pendengar muzik tempatan.
“Anda kena dengar lagu raya saya. Memang best. Saya yakin anda akan komen lagu yang paling terbaik adalah lagu Pulang. Lagu saya paling best.
Ads
“Saya yakin bila anda dengar pasti apabila jalan akan terngiang-ngiang, ternyanyi-nyanyi lagu ini,” katanya.
Pulang ciptaan sepenuhnya komposer Ezra Kong.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi Rafidah Ibrahim memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama dan usia kandungannya kini sudah tiga bulan.
Bagaimanapun, Rafidah turut mendoakan yang terbaik selepas dia disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.
Menurut Rafidah, suaminya, Shahzemir Shahzulkarib terlebih dulu dijangkiti virus berkenaan selepas pulang daripada mengerjakan umrah.
“Pada hari Rabu lepas, saya hubungi pihak hospital unit wanita & kanak-kanak untuk bertanya.. Saya sedang pregnant 3 bulan dan berlaku sedikit pendarahan, dalam masa yang sama saya juga positif Covid-19 kerana suami saya baru pulang dari umrah dan didapati positif.
“Alhamdulillah pihak hospital menerima kehadiran saya untuk pemeriksaan. Pemeriksaan jantung dan darah saya dalam keadaan normal dan tidak kritikal,” tulisnya menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Instagram.
Jelasnya lagi, situasi berkenaan menyebabkan dia bimbang akan keadaan bayi yang sedang dikandung.
“Paling saya risaukan adalah keadaan baby. Alhamdulillah denyut nadi baby masih ada dan itu merupakan satu berita gembira buat saya berbanding kandungan yang lepas (tiada denyutan).
“Itupun saya dah bersyukur sangat kerana ada progres berbanding dengan yang lepas. Terima kasih Dr Norliza Abdul Manap, Dr Khoo Er Hau & misi-misi (nurses) yang bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh melakukan pemeriksaan ke atas saya & kandungan.
“Alhamdulillah semuanya ok, cuma kerana yang lepas saya ada record keguguran, Dr kata chances ni 50-50 bergantung pada keadaan baby. Dan jika pendarahan semakin banyak, terus datang ke hospital.
“Tak semestinya yg tak baik tu tak baik, dan tak semestinya yg kita rasakan baik tu baik untuk kita” – Ustazah Asma Harun. Semoga segala perancangan dan yang terbaik itu sentiasa daripada Allah SWT,” tulisnya lagi.
Di hujung perkongsian, Rafidah turut memperkenalkan single terbaharunya yang kini sudah boleh didapati di pelantar muzik digital.
“Last but not least disebabkan saya pukalkan posting ni, saya mohon juga support single terbaru saya #ANUMERTA #YARASULULLAH (telah ada di spotify dan boleh request di radio. Semoga bermanfaat buat semua,” tulisnya lagi.
November lalu, Rafidah pernah mengalami keguguran selepas mengalami pendarahan ketika kandungan berusia lebih 10 minggu.
Terdahulu, Rafidah selamat melangsungkan pernikahan dengan Shahzemir yang juga pengurusnya, pada 5 Mei tahun lalu.
Pasangan yang sudah berkenalan lebih 10 tahun itu bernikah di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur dalam majlis sederhana yang hanya dihadiri keluarga terdekat kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Tasha Shilla berkongsi berita gembira apabila dia kini sedang hamil cahaya mata kedua.
Menerusi hantaran di Instagram, Tasha memberitahu usia kandungan sudah masuk mingg ke-26 dan dia turut mendedahkan pengalaman mengandung kali ini agak berbeza.
“Anak kedua ni terasa nak bersolek je. Thank you @bellahudd terubat rindu sentuhan #bellahuddsignature #26weekspregnant,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan komen, rakan serta peminat turut menitipkan ucapan tahniah buat pelakon drama Mimpi Sabrina itu. Antaranya;
“Congratulations again sayangku. You’re always the prettiest!”
“Semoga dipermudahkan urusan Tasha. Alahai macam sebut nama anak sulung sndiri yanb 9 tahun…”
“Alhamdulillah, tahniah sis.”
Dalam pada itu, Tasha turut akui kali ini dia ‘mengidam’ mahu berlakon dan akhirnya berpeluang berada di set penggambaran selama lima hari.
Sekadar informasi, Tasha mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Raees Zander.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Tasha Shilla
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.