Usahawan, Tya Arifin akhirnya bersetuju untuk memenuhi permintaan para pengikutnya untuk mengadakan ‘house tour’ di kediaman banglo mewah miliknya dan suami, Asyraf Khalid.

Video ‘house tour’ itu dikongsikan sendiri oleh menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu di saluran Youtube, The Tya’s Family.

Video berdurasi lebih 20 minit itu memaparkan setiap sudut serta hiasan dalaman banglo mewah yang memiliki 7 bilik itu.

Ada Pawagam, Tempat Tennis & Bola Keranjang, Netizen Teruja Tonton ‘House Tour’ Banglo Tya Arifin & Asyraf Khalid Ada Pawagam, Tempat Tennis & Bola Keranjang, Netizen Teruja Tonton ‘House Tour’ Banglo Tya Arifin & Asyraf Khalid Ada Pawagam, Tempat Tennis & Bola Keranjang, Netizen Teruja Tonton ‘House Tour’ Banglo Tya Arifin & Asyraf Khalid

Menurut Asyraf, segala idea untuk mendekorasi serta pemilihan perabot diseragkan sepenuhnya kepada Tya.

“Bila bercakap mengenai dekorasi rumah ini, saya rasa ianya hanya simple sahaja. Hal dekorasi dan pemilihan perabut semuanya diuruskan oleh Tya sendiri.

“Bila kami mula masuk di rumah ini, segalanya sudah pun cantik tersedia. Kami hanya tinggal untuk membawa masuk perabut sahaja,” katanya.

IKLAN

Selain itu, kediaman Tya dan Asyraf ini turut dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti bilik pawagam, gelanggang bola keranjang dan tennis serta pejabat.

Ada Pawagam, Tempat Tennis & Bola Keranjang, Netizen Teruja Tonton ‘House Tour’ Banglo Tya Arifin & Asyraf Khalid Ada Pawagam, Tempat Tennis & Bola Keranjang, Netizen Teruja Tonton ‘House Tour’ Banglo Tya Arifin & Asyraf Khalid Ada Pawagam, Tempat Tennis & Bola Keranjang, Netizen Teruja Tonton ‘House Tour’ Banglo Tya Arifin & Asyraf Khalid

Malah, rumah ini juga turut memilik beberapa bahagian ruang tamu yang dikhaskan untuk keluarga dan tetamu.

Dikesempatan itu juga, Tya turut menitipkan nasihat buat para pengikutnya untuk tidak sesekali berhenti bermimpi untuk mengejar impian yang dihajatkan.

IKLAN

“Jangan pernah berhenti berimpian. Impian merupakan tanggungjawab yang untuk dijadikan kenyataan. Oleh itu, kita kena berusaha sekuat tenaga demi merialisasikannya.

“Kepada yang menonton, semoga kita semua dimurahkan rezeki. Saya doakan semoga segala urusan, perniagaan atau apa sahaja yang anda lakukan akan dipermudahkan,” kongsinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan kebahagiaan keluarga tersebut.

IKLAN

Ada Pawagam, Tempat Tennis & Bola Keranjang, Netizen Teruja Tonton ‘House Tour’ Banglo Tya Arifin & Asyraf Khalid Ada Pawagam, Tempat Tennis & Bola Keranjang, Netizen Teruja Tonton ‘House Tour’ Banglo Tya Arifin & Asyraf Khalid Ada Pawagam, Tempat Tennis & Bola Keranjang, Netizen Teruja Tonton ‘House Tour’ Banglo Tya Arifin & Asyraf Khalid

Sekadar informasi, Tya dan Asyraf telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 November 2015.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Youtube The Tys’s Family & Instagram Tya Ariffin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI