Demi komitmen pada kerjaya, penyanyi Min Yasmin memaklumkan dia menyambut kedatangan 1 Syawal di Tawi-Tawi, Filipina kerana terbabit dengan persembahan sempena kempen pilihan raya di negara berkenaan

Jelas Min, dia bertolak ke Filipina sejak 26 April lalu bersama suami, komposer Julfekar dan berada di sana selama 29 hari.

“Alhamdulillah, selepas dua tahun tidak boleh ke luar negara, tahun ini rezeki saya dapat kembali ke sini. Seperti semua tahu,  Filipina ibarat rumah kedua saya kerana sering ulang alik membuat persembahan selain pernah mengadakan konsert.

“Kali ini, saya dijemput untuk membuat persembahan di beberapa lokasi sempena kempen pilihan raya Filipina. Satu penghormatan buat saya daripada pihak kerajaan di sini kerana ini kali kedua saya terbabit. Bagi saya, ini satu lagi peluang keemasan selain dapat melepas rindu dengan seluruh peminat di sini,” katanya.

IKLAN

Kali pertama berhari raya di perantauan, penyanyi lagu Belum Lelah Setia ini bagaimanapun terbuka dengan rezeki seni yang diterima dari negara jiran.

“Apabila mendapat tawaran ini, tentu saja saya dan suami berbincang. Apatah lagi tarikh penerbangan kami kurang seminggu lagi untuk menyambut hari raya.

“Namun, apabila difikir semula tawaran ini bukan selalu datang. Jadi, saya dan suami bersetuju. Memandangkan kami pergi berdua, jadi tidaklah saya berkeseorangan menyambut raya. Ditemani suami juga satu rahmat biarpun tak dapat bersama keluarga lain.

IKLAN

“Nak kata sedih, memanglah sedih lagi-lagi sudah dua tahun kita berhari raya dalam keadaan pandemik dan terpaksa berjauhan dengan keluarga yang lain.

“Setiap kali solat pastinya saya dan suami berdoa untuk dimurahkan dan dipermudahkan rezeki, namun apabila rezeki yang Allah nak beri datang pada masa begini, kami reda dan sangat bersyukur dengan rezeki ini. Alhamdulillah,” katanya lagi.

IKLAN

 

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/MtgZnLbSkZ0

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI