Penyanyi, Tomok akui terharu saat menyaksikan anak sulungnya, Arrian Shah Akid menyanyikan lagu popular kumpulan New Boyz, Meraung dengan sangat lancar di sebuah majlis baru-baru ini.

Menurut Tomok yang juga merupakan vokalis kumpulan New Boyz, dia sendiri sebenarnya tidak menyangka anaknya itu akan menghafal lagu yang pernah menjadi kegilaan ramai satu ketika dahulu itu.

“Lagu Favourite Karaoke Ni,” – Tomok Terharu Anak Hafal Lagu Meraung, Peminat Minta Arrian Sikat Rambut Belah Tengah! “Lagu Favourite Karaoke Ni,” – Tomok Terharu Anak Hafal Lagu Meraung, Peminat Minta Arrian Sikat Rambut Belah Tengah!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

“Terkejut ayah dengar Arrian hafal lagu ayah,” tulisnya ringkas.

Video nyanyian tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi hantaran terikini di laman Instagram yang dimuat naik pada Ahad.

Video berdurasi hampir seminit itu nyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih lebih 300,000 jumlah tontonan di Instagram.

IKLAN

“Lagu Favourite Karaoke Ni,” – Tomok Terharu Anak Hafal Lagu Meraung, Peminat Minta Arrian Sikat Rambut Belah Tengah! “Lagu Favourite Karaoke Ni,” – Tomok Terharu Anak Hafal Lagu Meraung, Peminat Minta Arrian Sikat Rambut Belah Tengah! “Lagu Favourite Karaoke Ni,” – Tomok Terharu Anak Hafal Lagu Meraung, Peminat Minta Arrian Sikat Rambut Belah Tengah!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut meluahkan rasa kagum selain turut merasakan Arrian bakal mengikut jejak langkah bapanya satu hari nanti.

“Tak lama lagi Arrian buat rambut belah tengah. Tercetuslah fenomena Tomok Junior.

“Vokalis New Boyz yang seterusnya.

IKLAN

“Rambut kena ubah tau. M is life. Mengimbau kenangan.

“Syok tengok ada waris yang boleh nyanyikan semula kan. Terbaik Arrian. Moga besar jadi anak soleh dan membanggakan ibu ayah.

“Fuhh ramai la jatuh cinta dengan Arrian ni nanti,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar informasi, Meraung merupakan lagu hasil ciptaan Zul dan Allahyarham Mama Juwie. Lagu ini juga dimuatkan di dalam album kedua New Boyz yang berjudul Akur pada tahun 2001.

IKLAN

“Lagu Favourite Karaoke Ni,” – Tomok Terharu Anak Hafal Lagu Meraung, Peminat Minta Arrian Sikat Rambut Belah Tengah! “Lagu Favourite Karaoke Ni,” – Tomok Terharu Anak Hafal Lagu Meraung, Peminat Minta Arrian Sikat Rambut Belah Tengah! “Lagu Favourite Karaoke Ni,” – Tomok Terharu Anak Hafal Lagu Meraung, Peminat Minta Arrian Sikat Rambut Belah Tengah!

Pada ketika itu, kumpulan New Boyz dianggotai oleh Tomok (vokalis), Syuk (bass), Jay (gitar utama), Lan (gitar kedua) dan Along (drum).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Tomok

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI