Sedang sarat mengandung 35 minggu, Nourul menegaskan tidak mahu lagi berkongsi gambar perut yang makin membuyut.
Ujarnya, terlalu banyak komen negatif netizen sehingga membuatkannya mengambil keputusan untuk tidak lagi berkongsi.
“Bila hang rasa hang lawa sikit sebab baru keluaq salon rambut. #perasan hang tak peduli dah kat mana pun. Hang selfie ja.
“Tu kami lah. Hahaha.
Ads
“Seorang #leo sangat pentingkan rambut dan kepalanya. Jangan main2. Sapa tarik rambut kami, kami roar kat depa.
“Sebenaqnya hari ini #isabelladepp menjangkau #35minggu. Alhamdulillah. Minggu depan #36minggu. Dah 9 bulan. Alhamdulillah dah nak ke penghujungnya. Sat ja masa.
“Tak ambik gambaq perut. Takmau. Banyak sangat mulut hebiaq , mulut gedembai sat lagi dok komen. Buat kami geram sat lagi. So tunjuk muka ja lah.
Ads
“Soon! .
“Kami berterima kasih kepada semua yang menghantar doa setiap hari bagi isabella selamat dilahirkan. Semoga Allah berkati hidup kalian.”
Biasalah Nourul, ada sahaja yang tidak kena di pandangan mata orang, komen pula seolah-olah tidak fikir perasaan orang. Jadi, kita ambil positif sahaja dan biarkan di luncai terjun dengan labu-labunya.
Foto – Instagram Nourul Depp
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pejam celik, rupanya sudah genap sebulan usia permata hati pasangan pelakon Raff Yaakob dan Mawar Rashid.
Diakui sebagai antara bayi selebriti yang paling mencuri perhatian netizen ketika ini, wajahnya sering kali menjadi ‘peneman’ Mawar tiap kali berkongsi entri terbaru di Instagram khususnya.
Malah, si ibu sendiri lewat petang semalam ada memuat naik foto anaknya yang dirakam secara kandid.
“Besok Rafael akan cukup sebulan. Cepat nya masa berlalu. Mommy dah start sebak @radenrafaelraf#6daysold. Btw, ni gambar Rafael yang paling galak senyuman dia. Gambar ni @radenrayyanrafyang tangkap.
“And Rayyan dia punya sweet, dia letak dekat wallpaper phone dia. How sweet kan,” kongsinya.
Pelakon senior dan usahawan, Datuk Seri Shah Rezza beberapa jam lalu ada memuat naik sekeping fotonya di pusara Wan Hassan Ibrahim.
Allahyarham merupakan bekas pemain bola sepak negara sekitar 70-an dan pernah mendapat jolokan ‘Soh Chin Aun Kelantan’ pada zaman kegemilangannya.
Menerusi ruangan kapsyen, bintang tersebut ada menitipkan dedikasi dan sedekahkan al-Fatihah atas pemergian Allahyarham.
“Al Fatihah buat seorang Yang pernah menjadi Abang kepada Saya walaupun berlainan Ibubapa… Semuga Wan Hassan Ibrahim Bekas Pemain Bolasepak Negara 70’s Yang pernah digelar ‘Soh Chin Aun Kelantan’ tenang disana…,” tulisnya.
Pelakon dan aktivis teater terkenal, Sabri Yunus tampil memberikan pandangannya berhubung isu tular membabit satu pementasan teater di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang teruk dikecam gara-gara didakwa mempertontonkan adegan kurang sopan.