Pelakon Nelydia Senrose atau nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen telah sah bergelar isteri kepada seorang usahawan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, hari ini.
Beberapa jam lalu, pelakon Remy Ishak ada berkongsi fotonya yang dirakam secara kandid bersama jambangan bunga.
Tidak memberitahu secara terperinci mengenai hadiah jambangan bunga yang diterima bintang berkenaan, namun peminat membayangkan ia merupakan hadiah bersempena dengan hari jadinya semalam.
Kecewa dengan sikap netizen yang suka menghukum dan menilai, Nourul Depp meluahkan rasa apabila apa sahaja yang dimuat naik di laman sosial pasti akan mendapat kecaman.
Ulasnya, bukan tugas manusia untuk menilai dan tidak perlu mengawal apa yang orang lain lakukan.
“Assalamualaikum dan selamat pagi – hanya buat yang positif dan si baik hati.
“Takdak caption panjang2. Kami kecik hati. Sedih dengan yang judgemental. Sedih dengan yang suka hukum orang.
“Qeja tuhan oi nak menghukum orang. Jangan buat qeja tuhan sebab kita manusia saja. Tak maksum pun.
“Jangan kawal hidup orang, andai hidup kita pun tak terkawal. .
“Jangan judge orang, kalau kita tak mau orang lain judge kita .
“Mata hanya mahu melihat apa yang mahu dilihat, telinga hanya mendengar apa yang mahu didengar.
“So dengar dan lihat yang baik2 saja. Kalau takdak yang baik, tu yang suka dok judge orang,” tulisnya.
Malah, dia telah bertindak menyekat akaun sosial netizen yang gemar mengkritik demi memastikan hanya individu yang positif dalam lingkungan hidupnya.
“Sakit pulak hati kami. Dah block dah depa yang dua tiga orang yang lagu tu. Kami tak mau dalam hidup kami ada orang yang judgemental ni.
“Tak kira dekat ka jauh. Family kami yang judgemental pun kami hi hi bye hye ja. Sampai dia sedaq sendiri.
“Kami rasa you all pun lagu tu. Toksah kawan dengan orang yang judgemental. Sat gi kita pun jadi lagu depa.
“Kami tak mau jadi lagu tu sebab kami malu nak buat qeja tuhan sebab kami manusia biasa. Serba kekurangan.
“So kami tak suka orang yang judgemental ni. Sebab kami suka allah yang judge kami. Bukan manusia. Biaq Allah saja yang tahu siapa kami.
Marah ni. Mau sat lagi berletiaq seguni,” tambahnya lagi.
Malah, penyanyi popular ini telah berkongsi tip untuk menghilangkan kemarahan.
“Tips bila geram dna marah kat orang :
“Fokus pada tenaga baik Fokus pada apa yang hari ni kita rasa kita dapat rezeki dari Allah Fokus pada apa yang Allah bagi Fokus pada siapa yang kita dah kenal dan tengah kenal yang baik hati dan positif. Kira berapa ramai. .
“Hargai mereka yang lebih ramai yang baik hati. Bukan seorang dua yang macam hantu raya dok bisik kat telinga dok kata jahat kat kita. . “Hantu raya” ni pun tak banyak . Sorang dua ja. Tapi negatif energy depa tu yang bagi kita down . Agak agak depa mai bisik jahat2, pi azan atau baca al fatihah kat telinga depa ? mati lah depa. .
“Kami bersyukur sangat2, dalam kami geram tu, kani dok sat pikiaq, Allah bagi cahaya dalam kepala ni pikiaq dan fokus pada mereka yang banyak supoort dan baik hati macam follower di sini. Family, saudara mara dan rakan diva dalam #divakurusbynouruldeppkami bertuah!”
Malam tadi berakhir sudah drama Nur 2 yang pastinya menjadi ingatan segar kepada setiap individu.
Malah, watak Ustaz Hamadi yang paling dibenci ramai hasil lakonan hebat Azhan Rani berakhir dengan kematian.
“Alhamdulillah berakhir sudah..
“Sejak drama #nur sampai tamatnya episod 15 #nur2 malam ni soalan yang selalu aku dapat setiap hari.. bila #syedhamadi nak bertaubat? berulang2 warga penonton #nur tanya..
“Hari ni dengan hati terbuka aku serahkan semula soalan tu pada korang dan aku sendiri.. BILA PULAK KITA NI NAK BERTAUBAT? #syedhamadi dah pun berjumpa pengakhirannya.. sempat juga dia dibisikkan soalan ini juga di telinganya sebelum pergi..
“Apakah nasib kita seburuk dia, atau lebih malang kita tak berpeluang langsung mendengar pun bisikkan taubat..
“Ini masa untuk bertanya diri sendiri setelah kita terlalu leka bertanyakan nasib orang lain.. #nur2 hanya rekaan.. #syedhamadi watak ciptaan namun hakikatnya suratan atau kebetulan mampukah kita menafikannya sebagai suatu kenyataan!!!,” tulisnya.
Sering dihujani soalan mengenai watak Ustaz Hamadi sebagai penunggang agama, namun kalai ini, Azhan sendiri mahukan pendapat dan jawapan penonton.
Pada masa sama, peminat turut mengagumi bakat lakonan yang ada pada Azhan yang telah meraih kategori Pelakon Antagonis Pilihan dalam Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) baru-baru ini.
Foto : Instagram Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti televisyen, Maria Tunku Sabri mendedahkan dia lebih selesa memendam perasaan sendiri apabila menerima sebarang kritikan sepanjang bersaing program Kilauan Emas Selebriti (KES).