Beberapa jam lalu, pelakon Remy Ishak ada berkongsi fotonya yang dirakam secara kandid bersama jambangan bunga.
Tidak memberitahu secara terperinci mengenai hadiah jambangan bunga yang diterima bintang berkenaan, namun peminat membayangkan ia merupakan hadiah bersempena dengan hari jadinya semalam.
Awal hari ini, Tomok berkongsi kisah lucu melibatkan salah seorang anaknya yang mendapat keputusan cemerlang di dalam salah satu kertas ujian yang diduduki.
Bagaimanapun, apa yang lucunya nama bapa yang ditulis si anak cukup menggelikan hati netizen.
“Alhamdulillah..ada paper yg ok ada yg kena di pertingkatkan lagi..kena banyak buat ulangkaji.
“Tapi kenapa nama ayah tulis macam tu? bukan nama penuh..kau ingat ustazah nak bagi markah extra ke?,” tulisnya.
Lalu perkongsian tersebut mendapat reaksi netizen yang pelbagai dan rata-ratanya terhibur dengan kapsyen yang ditulis Tomok.
Foto: Instagram Tomok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terdahulu, pasangan ini menyarungkan tiga busana perkahwinan iaitu majlis malam berinai, majlis akad nikah dan majlis resepsi yang diadakan pada Ahad lalu.
Baru-baru ini, MH berkesempatan bertemu Forteen untuk bertanyakan mengenai perkembangan terkini mengenai kumpulan yang terkenal dengan lagu Berdua Bersatu itu.
Kongsi kumpulan yang dianggotai oleh One, Ameerais Azhar dan Ariz Lufiaz berkata mereka tidak merancang untuk menambah ahli kumpulan mereka.
“Ini merupakan sesuatu yang baru juga buat kami. Walau macam mana pun saya rasa semua dah tahu kita dah move on, dah berbaik semula. Tapi macam mana pun, Forteen harus diteruskan juga walaupun kami bertiga.”
“Buat masa sekarang ni memang kita orang rasa dah terbiasa bertiga hampir 8 tahun jadi kita orang memang tak ada nak tambah ahli ke atau apa.”
“Tapi mungkin akan ada featuring dengan artis-artis lain in future,”kongsi Forteen.
Dalam perkembangan lain, Fourteen kini telah melancarkan lagu single terbaru berjudul Diam Saja pada bulan lalu. Menurut Fourteen, lagu single terbaru ini merupakan buah tangan buat peminat Fourteen setelah hampir 2 tahun kumpulan ini menyepi.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.