Kehidupan Raffi Ahmad bukanlah rahsia. Memiliki pelbagai perniagaan dan popular di media sosial berkongsi kisah seharian keluarga mereka, pasangan pular ini menjadi perhatian ramai.

Terbaharu, khabar tidak enak menyinggah dalam kehidupan suami kepada Nagita Slavina ini apabila dia dituduh kaya disebabkan kegiatan penggubalan wang haram.

Bagaimanapun saat menerima berita ini, bapa kepada dua cahaya mata itu menafikan perkara itu sekeras-kerasnya dan kecewa dengan dakwaan tersebut. Dia bahkan menyifatkan tuduhan itu sebagai satu serangan politik.

BACA JUGA: Raffi Ahmad Beli Kereta Bernilai Lebih RM6 juta Untuk Isteri

Miliki Kekayaan Melimpah Ruah, Raffi Ahmad Kesal Dituduh ‘Cuci’ Wang Haram

IKLAN

Walaupun  tidak bertanding, dia terlibat secara tidak langsung sebagai salah seorang daripada pasukan yang menyokong calon presiden iaitu Prabowo Subianto.

Kongsinya sejak dahulu lagi dia menjalankan perniagaan yang sah mengikut undang-undang dan sama sekali tidak menyangka akan dikaitkkan dengan kes di bawah Tindak Pidana Pencucian Uang (TPPU) serta National Corruption Watch (NCW).

IKLAN

“Disebabkan masalah ini, ramai pelanggan RANS rasa terganggu. Sebab itu saya sudah jelaskan. Saya bekerja sejak berusia 13 tahun lagi, jadi saya sudah bekerja hampir 25 tahun. Memang kerjaya saya ibarat tangga, saya simpan duit,” jelasnya.

Memiliki banyak cabang perniagaan, Raffi turut berkongsi bayaran yang diterimanya setiap kali muncul dalam program-program.

IKLAN

“Saya dibayar antara RP 25 sehingga 40 juta (RM7600 ke RM12000) sekali tampil selama 30 minit ke sejam. Sejak tahun 2023, sehari selalu ada tiga program,” kongsinya.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Sumber: CNBC Indonesia

&;

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI