Selepas berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (kepujian) di Universiti Selangor (UNISEL), pelakon meningkat naik, Mierul Aiman kini hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk bergelar anak seni.

Menurut Mierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman, sepanjang lima tahun di universiti, dia sudah pun menjalankan amanah ibu bapanya itu sebaik mungkin.

Lari Bidang Lepas Raih Ijazah Mechanical Engineering, Mierul Aiman Fokus Jadi Anak Seni

“Buat masa sekarang, sepenuh hati saya hanyalah untuk bergelar anak seni. Saya sudah bertungkus lumus selama lima tahun di universiti untuk mendapatkan segulung ijazah.

“Saya tahu bagaimana prosesnya dan ia sangat susah. Bila saya sudah lalui fasa itu, saya sudah buktikan kepada mama dan abah yang saya berjaya menamatkan pengajian tanpa gagal,” katanya kepada MH.

Pelakon drama Projek: High Council itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pertunjukkan fesyen ‘Bulan Bintang Terrrpaling Raya 2024’ baru-baru ini.Lari Bidang Lepas Raih Ijazah Mechanical Engineering, Mierul Aiman Fokus Jadi Anak Seni Lari Bidang Lepas Raih Ijazah Mechanical Engineering, Mierul Aiman Fokus Jadi Anak Seni

Pada masa sama, Mierul turut menzahirkan rasa syukur apabila segala penat lelah dan usaha untuk bergelar anak seni kini telah membuahkan hasil.

IKLAN

“Sekarang, saya mahu mecari perkara yang mampu memuaskan diri saya pula iaitu dunia lakonan. Ketika menyertai Hero Remaja 2021, saya tertanya-tanya adakah saya mampu menembusi bidang ini.

“Mampukah saya meraih kepercayaan daripada para pemain industri seperti penerbit, pihak produksi, pengarah rakan lakon dan penonton.

“Namun alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya. Pengarah dan pihak produksi telah meletakkan kepercayaan untuk saya menaikkan nama industri,” ulasnya lagi.

Sementara itu, juara Hero Remaja 2021 itu akui berbesar hati untuk menjadi duta bagi jenama baju raya terkenal, Bulan Bintang.

IKLAN

Lari Bidang Lepas Raih Ijazah Mechanical Engineering, Mierul Aiman Fokus Jadi Anak Seni

Katanya lagi, komited yang ditunjukkan oleh jenama ini sangat dekat dengan jiwanya.

“Saya mula bekerja dengan Bulan Bintang pada tahun 2023. Ketika itu, saya hanyalah sebagai salah seorang wajah yang menggayakan produk ini.

IKLAN

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT tahun ini saya mendapat kepercayaan yang besar untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta.

“Saya percaya jenama ini mempunyai identiti yang sangat dekat dengan jiwa saya. Ini merupakan salah satu impian untuk bekerja dengan jenama yang terkenal dan disegani di negara ini,” katanya.

Lari Bidang Lepas Raih Ijazah Mechanical Engineering, Mierul Aiman Fokus Jadi Anak Seni

Terdahulu, Mierul telah pun diperkenal sebagai duta bagi kempen Hari Raya 2024 bagi produk kurta.

Selain Mierul, beberapa selebriti ternama turut terpilih menjadi duta seperti Shukri Yahaya, Remy Ishak, Hannah Delisha, dan Daiyan Trisha.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI