Sedar tak sedar, kumpulan Slam yang popular sekitar tahun 90-an kini sudah lebih dua dekad dalam industri hiburan.
Dalam kegembiraan itu, anggota kumpulan Slam yang dihadiri Zamani (vokalis) dan Shah (gitaris) telah mengadakan majlis secara sederhana bersama peminat di sebuah restoran baru-baru ini.
“Kami nak ucapkan terima kasih banyak2 kpd semua yg dengar lagu dan mengundi lagu kami di radio..Terima kasih kerana masih sayang lagi Slam, tanpa ada, kami tak akan bertahan sehingga hari ini.. InsyaAllah.. Kalau ada rezeki, kami plan nak buat konsert tahun depan .. ni semua untuk anda,” kata Shah teruja.
Video yang dikongsikan Shah itu memaparkan wajah-wajah ceria dan keterujaan mereka meraikan ulang tahun penubuhan kumpulan Slam yang ke-25 tahun itu.
“Terima kasih tak terhingga kepada semua yang masih mendengar lagu2 slam & mengundi di carta2 radio.. slam dah lebih 25tahun.. happy 25 anniversary slam,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Susulan itu, video tersebut dibanjiri komen dari netizen yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kumpulan yang popular dengan lagu Kembali Terjalin.
Wah! Kalau benar apa yang dikatakan Shah itu, pastinya tahun 2019 menjadi titik bersejarah buat peminat Slam untuk hadir ke konsert yang gilang-gemilang! Tak sabarnya!
Video : Instagram Shah Slam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Fazura menitipkan doa dan ucapan kata-kata semangat buat ahli keluarga dan tunang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia malam kelmarin.
Katanya, dia mendoakan agar semua diberi ketabahan dalam menghadapi ketentuan ini.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Malam semalam salah seorang wira kita telah kembali ke rahmatullah.
“Beliau berjuang ketika menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau dan beliau juga telah bertarung untuk kekal bersama yang tercinta di dunia ini.
“Namun cinta Allah SWT kepada hambanya yang dikasihi itu jauh lebih kuat dari semua kasih sayang alam ini, walaupun ianya dikumpulkan di satu tempat pada masa yang sama.
“Tiada kata-kata yang dapat mengungkapkan perasaan Faz ketika ini. Faz doakan agar Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan insan yang yang terpilih lagi terpuji.
“Kepada keluarga Allahyarham, Faz doakan agar segalanya dipermudahkan dan diberikan ketabahan dalam menghadapi ketentuan ini. Doa dan ingatan Faz sentiasa bersama anda semua.
“Khas kepada tunang Allahyarham, Nurul Najihah Mohd Radzi, Faz doakan agar dikurniakan ganjaran kesabaran dan kekuatan dalam menerima pemergian insan yang tercinta semoga ketabahan itu menjadi contoh yang baik kepada Faz dan ramai lagi.
“Jika ada apa yang boleh Faz bantu untuk melalui dugaan ini, mohon dapat maklumkan Faz.
“Akhir kalam, Faz berharap semua bertenang dengan pemergian Allahyarham kerana beliau berada di tempat yang lebih baik. Sesungguhnya doa mereka yang dianiaya tidak akan ada penghalang antaranya dengan Allah SWT. Ameen,” tulisnya.
Adib meninggal dunia pada jam 9.41 malam di Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin dan selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kuala Kedah, semalam.
Foto/Instagram: Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam, kita dikejutkan dengan berita pemergian pelakon dan krew Ruzzlan Shah Abdullah yang melakonkan watak Detektif Wong dalam drama siri kegemaran ramai, Gerak Khas.
Kelihatan ramai rakan artis yang turut sama memberikn ucapan takziah di atas pemergiannya itu.
Dalam pada itu, pelakon Hisyam Hamid sempat berkongsi di laman Instagramnya ketika bekerja dengan Allahyarham serta menyifatkan bahawa dia merupakan seorang yang sangat baik.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. I’m in shock bila dpt berita tentang arwah. Such a nice person, soft spoken, selalu belanja org makan, selalu bagi nasihat dan sgt prihatin terhadap org lain
“Semoga arwah Ruzzlan Shah Abdullah aka Detective Wong aka Abg Lan dicucuri Rahmatnya dan ditempatkan dikalangan yg beriman, InShaAllah. Al-Fatihah,” tulisnya.
Benar kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Moga-moga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Foto/Instagram: Hisyam Hamid & Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.