Pelawak dan penyampai radio, Johan menjelaskan segala titik peluh dan usaha kerasnya dalam bidang seni serta perniagaan bukanlah untuk diwariskan kepada anak-anak, sebaliknya untuk memberikan keselesaan kepada isteri tercinta, Ozlynn Waty.

Menurut Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, sebagai bapa, tanggungjawab utamanya adalah menyediakan pendidikan terbaik buat anak-anak tanpa mengharapkan sebarang balasan.

“Mereka Hanya Akan Dapat Harta Bila Saya Sudah Tiada Nanti,” – Johan Kerja Keras Demi Isteri, Mahu Anak-Anak Cari Kekayaan Sendiri

“Ya, saya memang sedang fokus dalam bidang bisnes. Saya pula ada anak yang ramai dan mereka memang bergantung sepenuhnya kepada saya. Apa yang mereka mahu, memang ibu bapa yang sediakan. Kami tiada subsidi.

“Jadi, saya kena bekerja keras. Memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak adalah tanggungjawab saya tanpa perlu mengharapkan balasan,” katanya kepada MH.

Johan berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran GGR Motor x Johan, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Mereka Hanya Akan Dapat Harta Bila Saya Sudah Tiada Nanti,” – Johan Kerja Keras Demi Isteri, Mahu Anak-Anak Cari Kekayaan Sendiri

Syarikat milik Johan, Hanania Group Sdn. Bhd., kini melebarkan sayap dalam perniagaan motosikal elektrik (EV)melalui kolaborasi dengan GGR Motor, yang secara rasmi membuka Pusat Pameran Motosikal Elektrik GGR.

Bercerita lanjut, Johan turut berharap agar anak-anaknya mampu memanfaatkan segala ilmu dan didikan yang diberikan untuk membina kehidupan mereka sendiri.

Ads

“Mereka Hanya Akan Dapat Harta Bila Saya Sudah Tiada Nanti,” – Johan Kerja Keras Demi Isteri, Mahu Anak-Anak Cari Kekayaan Sendiri

“Apabila mereka sudah besar nanti, tak perlu cari saya lagi. Apa yang saya usahakan saat ini bukanlah untuk anak cucu saya. Saya bekerja keras untuk isteri saya sahaja.

“Saya sudah bekalkan pelajaran, agama dan ilmu buat anak-anak saya. Dengan tiga aspek ini, saya mahu mereka keluar dan cari kekayaan sendiri.

“Jika bisnes restoran Itik Ayam berjaya masuk ke IPO, saya akan jual saham saya. Saya bukan buat bisnes ini untuk legasi.

“Kalau saya sudah bayar mahal-mahal untuk pelajarannya tapi saya masih perlu mencari kekayaan buat mereka, baik tak payah belajar. Jadi sahaja PA saya. Rumah dan kereta saya bagi,” ujarnya.

Ads

Tak Mahu Anak Hidup Dalam Bayangan Bapa

Dalam masa sama, Johan mengakui tidak mahu memaksa anak-anak mengikut jejak langkah atau cita-citanya, sebaliknya memberi mereka kebebasan menentukan masa depan sendiri.

“Mereka Hanya Akan Dapat Harta Bila Saya Sudah Tiada Nanti,” – Johan Kerja Keras Demi Isteri, Mahu Anak-Anak Cari Kekayaan Sendiri

“Anak-anak hanya akan dapat harta saya bila saya sudah tiada nanti. Semasa hidup, saya mahu mereka cari kekayaan sendiri. Saya sudah ajar mereka bertatih, berjalan dan berlari.

“Anak-anak tak semestinya minat apa yang kita minat. Saya pernah buat kesilapan itu dahulu. Saya bagi kepada anak-anak apa yang saya suka contohnya mainan tapi sampai sekarang tak berusik.

“Kita sebenarnya yang kena cari tahu minat anak-anak,” kongsinya lagi.

Ads

Untuk rekod, Johan dan Ozlynn mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania, dan Nur Latifah Cherdiq Hanania.

Dalam perkembangan lain, Johan kini dilantik sebagai rakan kongsi strategik kepada GGR Motor, sebuah syarikat permotoran tempatan yang aktif membangunkan motosikal elektrik (EV) dan ekosistem mobiliti hijau.

“Mereka Hanya Akan Dapat Harta Bila Saya Sudah Tiada Nanti,” – Johan Kerja Keras Demi Isteri, Mahu Anak-Anak Cari Kekayaan Sendiri “Mereka Hanya Akan Dapat Harta Bila Saya Sudah Tiada Nanti,” – Johan Kerja Keras Demi Isteri, Mahu Anak-Anak Cari Kekayaan Sendiri

Syarikat tersebut bukan hanya mengeluarkan motosikal elektrik, malah membina ekosistem selepas jualan seperti bengkel, rangkaian niaga serta kemudahan pemasangan kenderaan.

“Saya akan layan pelanggan sendiri untuk servis. Paling penting, saya mahu majukan perniagaan bumiputera, khususnya anak muda.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

“Saya percaya rakyat Malaysia akan mula beralih ke motor EV kerana ia lebih mesra alam, berbaloi dari segi harga, servis dan kualiti,” katanya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI