Pelakon Hairul Azreen atau nama sebenarnya, Hairul Azreen Idris, 32, mengakui dia tidak mempunyai formula spesifik dalam mendidik dua anaknya, Yusuf Iskandar, 4, dan Alisa Aisyah, 1 tahun 6 bulan.
Sebaliknya, bintang filem Wira ini hanya berazam untuk memberikan yang terbaik buat permata hati bersama sokongan isteri, pelakon Hanis Zalikha.
Terdahulu, gelagat anak bongsunya, Alisa yang petah menyebut beberapa perkataan selain faham dengan kata-kata ibunya mendapat perhatian pengguna Instagram.
“Saya tidaklah terlalu arif mengenai soal keibubapaan, cuma setahu sayalah, setiap anak ada cara pembesaran masing-masing.
“Malah saya juga punyai ramai anak buah. Daripada situ, ada di antara mereka yang boleh bercakap, bertatih pada peringkat usia yang masih awal dan begitu juga sebaliknya.
“Akan tetapi saya percaya, sokongan ibu bapa juga penting dalam perkembangan anak-anak. Setiap ibu bapa pasti ada cara masing-masing dan mahukan yang terbaik untuk anak mereka.
Ads
“Isteri pun banyak membantu dan kami saling menyokong,” katanya.
Ditanya mengenai pandangan sesetengah netizen yang mempersoalkan isu penggunaan bahasa Inggeris yang lebih kerap dalam komunikasi keluarganya, Hairul menjelaskan ia adalah berdasarkan pengalaman sendiri.
“Saya sebelum ini tidak fasih berbahasa Inggeris. Rasa menyesal bila tidak belajar bahasa tersebut secara serius dulu.
Ads
“Di rumah, kami kerap bercakap dalam bahasa Inggeris selain bahasa Melayu. Macam saya sendiri, impian memang kalau boleh nak berlakon sampai ke Hollywood.
“Jadi saya juga turut ikuti kelas Bahasa Inggeris sejak setahun lalu. Bagi saya, ia bahasa yang penting, misalnya dalam sektor pekerjaan, sosial dan sebagainya.
“Apa pun, ia bergantung kepada cara ibu bapa juga. Cuma macam kami, hal itu bukanlah sehingga menidakkan bahasa sendiri.
Ads
“Cuma saya kurang ni pandai… jadi saya mahu didik anak saya supaya fasih berbahasa Inggeris selain bahasa sendiri.
“Pada masa sama, saya pun turut sedang belajar bahasa tersebut.
“Saya hanya nak lakukan yang terbaik untuk mereka, lagi banyak kelebihan andai kita tahu bahasa kedua,” jelasnya lagi.
Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015.
Setahun bergelar bapa tunggal, pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seseorang.
Namun, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 38, berkata dia masih belum bersedia untuk berkongsi cerita berkaitan soal jodoh dan perkahwinan memandangkan masih lagi dalam proses berkenalan.
“Secara jujurnya, saya ada mengenali hati budi seseorang, InsyaAllah.
“Saya tak berani nak komen bila akan berkahwin sebab jodoh, ajal dan pertemuan ini di tangan Tuhan.
“Saya takut betul nak bercakap mengenai ini (jodoh) sebenarnya.
“Kalau ada (jodoh) saya beritahu, kalau tak ada saya diam-diam sahaja,” katanya memetik kenyataannya dalam program Melodi yang disiarkan baru-baru ini.
Pernah dikaitkan dengan rakan artis seperti Zara Zya dan Wan Sharmila, Shuib berkata wanita yang kini rapat dengannya itu bukanlah daripada kalangan orang industri.
“Dia orang biasa-biasa sahaja, dia pilihan ibu saya,” kongsi Shuib lagi.
Shuib kehilangan isteri, penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkahwinan, Shuib dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 1 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Teka-teki mengenai lagu manakah yang bakal mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 39 (SFMM39) telah pun diketahui selepas 30 buah lagu tersebut telah pun diumumkan.
Mencipta kelainan, hanya 10 buah lagu terbaik sahaja akan lolos ke Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL39), tahun hadapan.
Senarai lagu yang berjaya ke SFMM39 ialah Sah (Sarah Suhairi & Alfie Zumi), Ritma & Rima (Akim Ahmad & Stacy), Panas (Nikki Palikat), Menggenggam Bahagia (Sufian Suhaimi), Dulu Kini & Selamatnya (Marsha), Belakang Tabir (Syamel), Saksama (Akim & Majistret), Diam (Hael Husaini), Sangkar Derita (Haqiem Rusli) dan Masihkah Ada Rasa Itu (Misha Omar).
Tidak ketinggalan lagu Puas Sudah nyanyian Aina Abdul, Yennode Macha (Zubir Khan), Sinar Pelangi (Projector Band), Gelora (Usop), Hening Rindu (Marsha), Memori Mungkin Berulang (Tomok & Siti Nordiana), Aura (Ernie Zakri), Pujaanku (Masdo ft Aisyah Aziz), Risiko (Benzooloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique) dan Ilu (Aepul Roza).
Sepuluh lagu lain yang turut layak termasuklah OMK (Ezra Kairo & Zubir Khan), Terus Bersinar (Hafiz Suip), Tangis (Nabila Razali), Retak Hatiku (Eira Milpan), Bukan Lagi Kita (Nadeera Zaini), Angau (Fahmi Rahmat), Oh Huminodun (Elica Paujin), Sengaja (Amir Masdi), Lemas (Khai Bahar) dan Helah (Puteri Khareeza).
SFMM39 akan bersiaran secara langsung dari Studio Glenmarie, Shah Alam selama dua hari iaitu pada 14 dan 15 November depan jam 9 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Indonesia kehilangan seorang bintang apabila bekas penyanyi cilik terkenal, Santi Sardi, menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat, 8 Ogos 2025. Allahyarhamah meninggal dunia...