Relak atas apa yang berlaku, pendatang baru Farhan Asri mengakui tidak ambil hati apabila wajahnya tidak terpapar di skrin ketika kategori memperkenalkan calon Top 20 Artis Baharu Lelaki Popular diumumkan di Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABP33), Jumaat lalu.
Farhan menjelaskan, perkara tersebut mungkin terdapat kesilapan teknikal sehingga wajahnya tertukar dengan individu lain pada acara yang bersiaran secara langsung di TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil itu.
“Saya tidak kecewa atau ambil hati pun. Saya anggap mungkin ada masalah teknikal yang berlaku sehingga wajah saya tertukar dengan individu lain di skrin.
“Saya akui banyak menerima mesej peribadi daripada peminat yang bertanyakan mengenai perkara ini. Namun tiada apa yang mampu saya katakan. Saya okey saja.
“Saya hanya ingin berterima kasih kepada peminat yang sudah undi ketika proses undian berlangsung.
”Tercalon Top 20 untuk kategori Artis Baharu Lelaki Popular pun dianggap hadiah bermakna untuk saya sepanjang tiga tahun bergiat aktif dalam dunia lakonan,” katanya.
Terdahulu, seorang pemilik akaun di Twitter dikenali sebagai Wafiy Rosli mengakui terkejut apabila wajahnya tersenarai sebagai Artis Baharu Lelaki Popular meskipun dia bukan pelakon.
Perkara tersebut menjadi perhatian seterusnya menerima reaksi pelbagai wargamaya.
Menurutnya lagi, meski tidak ada rezeki untuk merangkul trofi bagi kategori berkenaan, bintang muda ini bagaimanapun sudah cukup rasa bangga apabila pihak penganjur mencalonkan namanya untuk kategori terbabit.
“Tuhan sebaik-baik perancang. Allah menyusun hidup manusia dengan aturan yang cukup sempurna dan terbaik.
“Saya percaya belum tiba rezeki saya untuk menang sebarang anugerah. Namun saya bersyukurABP33 melihat bakat seni seperti saya yang masih baru ini.
“Bukan sebuah trofi yang saya kejar ketika ini, tapi saya optimis untuk terus aktif berlakon supaya saya dapat berkongsi bakat lakonan yang dimiliki ini. Semoga kehadiran saya ini akan terus diterima baik,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Farhan bakal muncul menerusi sebuah drama bersiri berjudul Menantu Tok Sintok dan kini sibuk menjalani penggambaran drama terbaru, Baby Tak Gila.
ABP33 menyaksikan kemenangan penyanyi Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popular dengan meraih lebih 22 juta undian.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Danial Zaini meluahkan rasa kecewa selepas mendedahkan namanya didakwa telah disalah gunakan sendiket pelaburan wang haram untuk cuba memperdaya orang ramai.
Menurut Danial, dia tidak pernah terlibat dengan mana-mana skim pelaburan atau saham seperti yang digembar-gemburkan oleh segelintir pihak di platform media sosial.
“Ada pihak yang menggunakan gambar saya tanpa kebenaran dengan membuat iklan saham pelaburan. Saya ingin tegaskan saya tidak terlibat dengan mana-mana pelaburan atau saham.
“Kepada pihak yang mengunakan gambar saya diminta delete gambar tersebut dalam masa 24jam dan laporan polis akan dibuat oleh saya dalam masa terdekat,” tulisnya.
Terbaru, menerusi sebuah posting yang dimuat naik pada petang Selasa, penyampai radio Era itu memberi tahu, dia telah pun membuat laporan polis berhubung isu berkenaan di Balai Polis, Shah Alam.
Jelas Danial lagi, individu berkenaan bukan sahaja telah menggunakan nama dan gambarnya, malah logo Bank Negara juga telah digunakan bagi mengaburi mata orang ramai.
“Hari ini saya bersama manager saya dan atas nasihat lawyer saya membuat satu laporan polis di Balai Polis Shah Alam bekenaan pengunaan gambar saya berserta logo Bank Negara dalam satu penipuan pelaburan yg diIklankan di sosial media.
“Saya harap pihak yang bertanggungjawab dalam menyebarkan penipuan ni dapat ditangkap dengan segera. Cukup-cukuplah tipu orang,” kongsinya lagi.
Malah, Danial juga turut berharap agar si pelaku bakal mendapat hukuman yang setimpal.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menyifatkan tindakkan yang diambil oleh Danial itu adalah wajar selain turut menasihati pelawak tersebut agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Terdahulu, sendiket penipuan wang haram ini dikatakan telah memuat naik gambar Danial bersama kereta barunya kononnya mendakwa kejayaan tersebut banyak berpunca daripada aktividi-aktiviti pelaburannya sebelum ini.
Sumber: Instagram Danial Zaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior, Datin Marlia Musa mendedahkan dia mengenali pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad iaitu sejak bintang berkenaan berusia 19 tahun lagi.
Menurut Marlia, sewaktu pertama kali dia bertemu dengan Sherry, sudah jelas terpancar keyakinan di wajahnya bahawa satu hari dia akan menjadi antara orang yang hebat di dalam industri seni tanah air.
“Mengenali Sharifah Mariam dari beliau berusia 19 tahun. Saya dan @che_kem_ yang audition beliau. Berbaju kurung dia pagi tu. Yakin menjawab setiap soalan kami. Saya bagitahu dia ‘di dalam kelas saya, awak kena berguling dari corner ke corner, bole ke?’
“Dengan suara yang terang dan tegas dia jawab ‘nak buat sekarang ke?’. Keyakinan beliau itulah yang terus menjadi semangatnya untuk menjadikan bidang seni ini sebagai sumber mata pencarian beliau,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh isteri kepada penyanyi Datuk M. Nasir itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Sementara itu, Marlia turut memberi tahu, Sherry pernah mengelak daripada berjumpa dengannya gara-gara kisah cintanya yang tidak kesampaian.
Oleh yang demikian, bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-36, Marlia turut menitipkan doa agar hos Big Stage 2020 itu akan dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik satu hari nanti.
“Beberapa tahun kemudian, pada 1 hari saya perasan yang dia cuba melarikan diri dari saya. Bila saya cari ada saja alasannya. Rupanya ketika itu, dia sedang dirundung duka. Cinta remajanya musnah. Saya confront dia, menangislah kami teresak-esak.
“Hari ni doa saya pada Sharifah Mariam @sherry_alhadad semoga beliau terus berkerja keras demi mencapai cita-cita dan membahagiakan ibunya tercinta.
“Semoga cinta yang musnah angkara org ketiga dulu akan Allah gantikan dengan seorang lelaki yang beriman, yang menghormati serta menyayangi beliau dan ibunya. Selamat Ulang tahun,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur mendengar perkongsian daripada Marlia itu.
Baru-baru ini, nama Sherry telah menjadi sebutan selepas dia berjaya merangkul dua anugerah pada malam Anugerah Bintang Popular Ke-33 (ABP33) bagi kategori Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular.
Sumber: Instagram Datin Marlia Musa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.