Sedang menanti detik kelahiran permata hati sulung, pasangan selebriti, Zahirah MacWilson, 25 dan suaminya Aiman Hakim Ridza, 31, ada berkongsikan momen sekitar majlis baby shower khas buat tatapan peminat.
Berkongsikan kenangan indah itu di Instagram masing-masing, pasangan sama cantik sama padan ini kini mengisi masa di Perth, Australia bayi menyambut kelahiran anak sulung.
Diraikan oleh ahli keluarga dalam sederhana tetapi meriah, majlis turut dilangsungkan dalam tema kuning dan jingga cair.
“Oh, Baby. Thank you to everyone for making our baby shower a day to remember,” tulis bintang filem Bulan dan Pria Terhebat ini ringkas.
Malah momen sama turut dikongsikan ibu Zahirah, Maslinda Yusuff menerusi platform sama.
Sementara itu pada ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti turut tidak lepas peluang untuk saling berteka-teki mengenai jantina anak sulung pasangan.
Selain itu, mereka turut mendoakan agar urusan bersalin buat bakal ibu dipermudahkan kelak.
Terdahulu bulan lalu, pasangan ini mengambil keputusan untuk tinggal di Australia bersama keluarga sehingga Zahirah selamat melahirkan.
Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya, Selangor.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada penyanyi, Nubhan, iaitu Dr. Afifah Tawfek mengakui keputusannya untuk berhenti daripada menjadi seorang doktor gigi di Klinik Pergigian Seremban bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.
Menurut Afifah, semenjak mula berkahwin, banyak keputusan yang harus dia pertimbangkan demi kebaikan diri sendiri dan juga keluarganya.
“Sekarang Fie faham sangat susah betul nak buat keputusan bila kita dah ada keluarga dan tanggungjawab besar lagi-lagi bergelar seorang ibu.
“Fie habis belajar je, fie berat juga nak buat keputusan untuk tangguh masuk kerja sebab Fie sedang mengandung. Lepas Aafiya cukup enam bulan, alhamdulillah Fie pun dpt tawaran kerja. Dpt fie bg 100% susu ibu utk Aafiya sebelum fie mula bekerja.
“Tahun kedua bekerja lahir pulak Aaffan. Sambil kerja sambil pam susu. Alhamdulillah rezeki Aaffan, dapat susu ibu sepenuhnya. Balik kerja sambung jaga Aafiya. Jarak Aafiya dengan Aaffan 2 tahun je. Agak penat tapi membahagiakan,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Afifah turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami mengenai kerjayanya itu.
“Tahun ketiga, dapat offer penempatan tetap di Johor. Tapi fikirkan suami yang dah selesa di Seremban. Business makin baik. Anak-anak pula dekat dengan aki dan wan nya. Berat lagi hati nak pindah bawa keluarga.
“Suami pulak sangat supportive, sanggup jaga anak kalau fie perlu travel untuk kerja. Suami tak pernah halang apa sahaja keputusan Fie.
“Sekarang Fie ambil keputusan untuk berhenti. In shaa Allah malam ni kalau ada rezeki, Fie nak buat live sambil kita sembang lg story okay?
“Special thanks to staff-staff Klinik Pergigian Seremban. Ni video hari last kt sana. Sempatla picnic Oden belakang klinik. Kalau korang tau klinik seremban glamour dengan klinik dalam taman hehe.. Jangan jealous,” kongsinya lagi.
Sementara itu, menerusi sebuah lagi entri, Afifah memaklumkan suaminya itu juga ada mempersiapkan sambutan sempena hari terakhirnya berkhidmat di klinik pergigian tersebut.
“Husband @nubhan.ahamad kata pekerjaan suri rumah ni pekerjaan paling mulia. Bukan main meriah sambutan masuk kerja hari pertama as housewife. Dulu masuk kerja as doctor takde pulak macam ni. Hehehehe.
“Tapi ye lah. Bila jadi housewife kenan juga buat side income kan. Siapa nak beli @lantarabeauty boleh click link kat bio ig @lantarabeauty ok? Jom la support gang-gang housewife ni,” kongsinya.
Video sambutan tersebut turut dikongsi oleh Nubhan menerusi saluran Youtube miliknya.
Terdahulu, Nubhan dan Afifah telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Ogos 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia dan Ahmad Aafan.
Sumber: Instagram Dr. Afifah Tawfek
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri Lan Solo, Nur Sheila Hassim ada memaklumkan dirinya terpaksa mengambil rehat atas status kesihatan yang kurang mengizinkan.
Jelas ibu kepada empat cahaya mata ini, doktor mengesahkan kedudukan rahimnya turun dari kedudukan asal. Malah tahap homoglobinnya juga rendah.
Atas situasi yang berlaku, Sheila mengakui sukar untuk berdiri tegak dan kerana itu, ia menyebabkan rasa sakit sejak seminggu lalu.
“KISAH SEMALAM. Erm… Tak tau nk mula kat mana tapi semalam memang hari yang hectic. Suddenly lower abdomen KY (Sheila) cramps sampai tak boleh berdiri tegak.
“Sakit dah almost seminggu (even masa teman LS (Lan Solo) shooting pon mmg dah sakit – org terdekat dah tau).
“Tapi masih boleh jalan dan buat kerja walaupun terbatas jugak la. Tapi semalam, KY decide untuk terus pi jumpa pakar.
“Rupa-rupanya serviks sedikit turun dari kedudukan asal dan hemoglobin rendah. Tu pasal KY pitam terus.
“Terpaksa la KY cancel semua shoot / meeting / training dan lain-lain,” tulisnya dalam satu status di Facebook, hari ini.
Dalam pada itu, Sheila turut meminta ramai agar mendoakan yang terbaik buat suaminya yang bakal bersaing dalam program Vokal Mania minggu ini.
“Sampai dah ready utk admit la. Tapi doktor bagi pelepasan rest kat rumah je, lega.
“So now, untuk seminggu dua ni. KY akan berehat sahaja, bukan kuarantin ya.
“U guys, doakan LS dapat buat yang terbaik untuk #VokalMania minggu ni tau sebab lagu tu agak mencabar ye. Ce teka lagu apa?,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Sheila dan Lan mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 dan diserikan dengan empat cahaya mata, Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara dan Muhammad Akid Qassyaff dan Nur Amna Quxandra.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Puteri Balqis mengakui dirinya kini berada di fasa bahagia selepas bertunang dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Didi pada Oktober tahun lalu.