
Penyampai radio Suria.FM, Feeya Iskandar ada meluahkan rasa terhadap komen yang ditinggalkan segelintir netizen berkenaan artikel mengenai dirinya yang disiarkan di sebuah portal hiburan.
Katanya, dia hanya menjawab perkara yang ditanya media dan akui berita mengenai dirinya tidaklah penting serta terpulang kepada pembaca untuk membaca atau sebaliknya.
Artikel yang disiarkan berkaitan dengan perkongsian dia dan suami yang menjaga dua anak secara bergilir-gilir sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula sejak pertengahan Mac lalu.
View this post on InstagramA post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on
“Tq @mstaronlineofficial walaupun tgk dkt komen tu.ada yang kata,okey perlu bitau jiran ke? hello dah wartawan tanya aku jawab la,mmg tak penting pun cerita aku ni.
“Nak baca, baca lah ko x nk baca sudah. korang puasa ke tak ni? hari2 nk kecam org..pepagi dah buat mood hilang. apa pun bersihkan hati bersihkan jiwa. peace yaw!,” tulisnya pada entri tersebut, hari ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan pandangan dan meminta bintang radio tersebut tidak menghiraukan reaksi negatif yang ditinggalkan.
Feeya atau nama sebenarnya, Nor Shafiza Iskandar Azizan mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Nurashid Abd Wahab pada Mei 2016.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua permata hati lelaki iaitu Adam Malique, 3 dan Nuh Aryyan yang kini berusia dua tahun.
Foto: Instagram Feeya Iskandar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Makin Matang, Hanya Bersyukur Dengan Apa Yang Dimiliki,” – Diam Ubi Berisi, Rafidah Ibrahim Sukses Jual Produk Makanan Sejuk Beku

Rafidah Ibrahim atau mesra disapa Fida mengakui sepanjang tempohnya menyepi dalam dunia seni kerana mahu fokus dalam bisnes, dia pada masa sama turut ambil masa menginsafi diri.
Malah, menurut Fida, 35, situasi pandemik yang berlaku juga memberi ruang buatnya untuk bersyukur atas segala hal yang dikurniakan Allah SWT.
“Selama menyepi dari kerjaya seni kerana memberi fokus pada perniagaan, saya banyak bermuhasabah diri. Apatah lagi, pelbagai pengalaman hidup sudah saya lalui untuk sampai pada tahap sekarang.
“Kini, saya semakin matang dan hanya bersyukur dengan apa yang dimiliki. Bahkan, saya juga tidak menduga pada ketika sektor ekonomi negara terganggu dengan penularan Covid-19, saya dapat terbabit dengan perniagaan produk makanan sejuk beku, Aris Burger.
“Saya memilih produk makanan sebagai cabang perniagaan baharu kerana saya suka mengembara masuk hutan untuk melakukan aktiviti seperti berkhemah atau mendaki.
Jadi, keperluan makanan ringkas begini diperlukan,” katanya, memetik Harian Metro.
Tambahnya lagi, sebelum fasa pandemik, dia sering mengisi masa pada hujung minggu dengan menyertai aktiviti luar seperti berkhemah.
Oleh sebab itulah, dia mulai sedar betapa pentingnya makanan sejuk beku yang ringkas dan senang dimasak.
“Jadi, alhamdulillah ada pula rakan kongsi dan saya terus mencuba.
“Pada saya, keberanian diri penting untuk cekalkan hati supaya nekad mencuba dan berusaha. Kini, saya bersyukur apabila kerja keras dilakukan membuah hasil positif biarpun perlu mengorak langkah perlahan-lahan,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Fida yang sinonim menerusi lagu Apo Kono Eh Jang memilih untuk merakam lagu yang berunsurkan kebaikan selepas ini andai diberikan peluang.
“Saya akan lebih teliti pada lagu yang liriknya ke arah nasihat dan ketuhanan. Saya mahu karya lagu itu membawa impak positif pada kita semua yang mendengarnya untuk lebih bermuhasabah diri dengan erti kehidupan.
“Apa genre lagu itu, saya tidak meletakkan sebarang pilihan kerana lirik yang lebih utama. Untuk itu, jika saya berpeluang mendapatkan lirik lagu yang sesuai, saya sentiasa sedia mahu merakamnya,” katanya yang turut mempunyai strategi tersendiri dalam lakonan.
Difahamkan, dia kini dalam perancangan kerjasama dengan pengarah terkenal, Mamat Khalid. Bagaimanapun, sama ada ia karya drama atau filem, katanya belum diputuskan.
“Kerjasama berkenaan masih dalam perancangan dan kena tunggu perkembangan seterusnya. Tetapi, insya-Allah jika tiada aral saya memang akan terbabit. Diharapkan semuanya lancar,” katanya yang selamat bergelar isteri pada 5 Mei lalu.
Foto: Instagram Rafidah Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Boleh Dengar Dan Menjawab, Tapi…,” – Uji Rashid Syukur, Cico Sudah 80 Peratus Pulih

Penyanyi terkenal era 1970-an, Uji Rashid merakamkan rasa syukur apabila anaknya, Cico atau nama sebenarnya, Ezzaq Farrouq Haharap Jamaludin kian menunjukkan perkembangan positif selepas dikatakan menghidap penyakit misteri sejak dua tahun lalu.
Seperti yang dilaporkan Harian Metro, Uji memaklumkan sebelum ini anaknya itu tidak mengenali sesiapa dan sukar bercakap kerana dikatakan menjadi mangsa penganiayaan pihak tertentu yang meletakkan bahan terlarang dalam minumannya.
Bagaimanapun, keadaan kini sudah berbeza apabila sudah mengenali rakan-rakan artis dan pihak media.
“Alhamdulillah Cico sudah 80 peratus pulih. Dari segi fizikal nampaknya dia sudah okay, cuma percakapan yang masih bermasalah dan perlahan tetapi dia boleh memahami apa yang diperkatakan.
“Dia boleh dengar dan menjawab tapi agak lambat untuk membalas kembali,” katanya.
Menurut Uji, dia sering mengajak Cico menemaninya ke mana-mana sebagai satu proses terapi demi mengembalikan ingatannya.
“Saya buat begini kerana nak bagi dia ingat semula apa yang dilaluinya sebelum ini. Kadang-kadang dia malas nak ikut kerana tak mahu orang banyak bertanya kepadanya.
“Saya nak kembalikan ingatannya kerana dia pernah hadir ke acara-acara membabitkan saya sejak kecil dan sebelum dia sakit,” katanya.
Malah, Cico juga kerap membawa anaknya Rindu Nur Fitrah, 10, bersama.
Uji menambah, Cico juga pernah ditawarkan berlakon tetapi sebagai ibu dia menolak kerana Cico belum bersedia.
“Dia boleh baca dan bercakap, tapi doktor beritahu prosesnya perlahan. Saya harap Cico akan pulih sepenuhnya selepas ini. Buat masa ini dia masih menjalani rawatan di hospital termasuk rawatan perubatan Islam.
“Dia juga kerap menjalani terapi di gimnasium bagi mempercepatkan proses pemulihannya dengan bantuan doktor,” katanya.
Foto: Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
’Aku Budak Boy’ Macam Tumpang Populariti Lagu Lain? Ini Respon Neon Band – “Dalam Bidang Muzik Kena Bijak Buat Keputusan.”

Lagu ‘Aku Budak Girl’ daripada bintang Tik Tok, Suekhaizhar telah menjadi antara lagu paling popular tahun ini dengan pencapaian video paling trending di YouTube untuk satu tempoh yang panjang.
Malah sehingga kini, ia video lirik lagu tersebut sebanyak 3.8 juta totonan setakat ini di YouTube.
Terbaharu, band pop rock meningkat naik, Neon Band pula muncul dengan versi rock baru yang ‘catchy’ berjudul ‘Aku Budak Boy’.
Selain mengenengahkan susunan muzik yang baru, lagu ‘Aku Budak Boy’ turut menampilkan penyanyi baru Neon Band, Boy yang merupakan bekas peserta program ‘Suara Viral’ (SR).
Keputusan vokalis lama Neon Band, Ezwan Ariff yang melancarkan single solo berjudul ‘Misteri’ sejak Disember tahun lalu menimbulkan tanda tanya apakah dia sudah meninggalkan kumpulan itu.
Kini, selepas tujuh bulan single solo Ezwan dilancarkan, persoalan itu terjawab apabila posisi Ezwan diisi penyanyi baharu tersebut.
Ini bermakna, penglibatan Boy, 33, atau nama sebenarnya Mohd Firdhaus Mahadzir melengkapkan ‘line up’ baru Neon Band yang turut dianggotai Adam (gitar), Azuad Abdullah (dram), Firdaus (keyboard), Naim (bass) dan Syafique Sharif (gitar).
Menurut Boy, penyertaannya dalam Neon Band adalah secara tidak sengaja selain menyifatkan dia lebih cenderung bergerak bersama kumpulan berbanding secara solo.
“Selepas tamat program SV saya ada berjumpa Abang Lan Adlie. Ketika itu, dia mahu carikan saya single solo. Saya okay saja. Sudah ada beberapa lagu tapi berasakan tidak kena dengan jiwa saya.
“Saya pula kalau boleh memang nak bersama sebuah kumpulan. Jadi, dia pun menyokong hasrat saya itu. Kebetulan sebelum masuk SV, saya memang terlibat dengan sebuah band. Namun, bukan rezeki kami untuk bersama.
“Kemudian Abang Lan minta saya cuba cari band yang lain. Kebetulan berjumpa dengan Neon Band dan kami pun ‘jamming’ bersama. Ketika itu, saya tahu mereka sudah ada vokalis yang terlibat dengan projek solo.
“Dari situ, kami cuba buat lagu sendiri. Tapi, pelancaran lagu ciptaan sendiri ini kami tangguh dulu. Kami fikir daripada tidak buat apa-apa, baik cuba rakaman nyanyian semula atau ‘cover version’.
“Ketika kami persembahkan ‘cover version’ lagu Aku Budak Girl, Abang Lan cukup tertarik dan minta kami buat susunan muzik baru agar berbeza dengan lagu ‘Aku Budak Girl’,” katanya.
Bertitik tolak dari situ, lagu nyanyian semula ‘Aku Budak Boy’ yang diinspirasikan daripada lagu ‘Aku Budak Girl’ nyanyian Suekhaizhar dipertaruhkan sebagai single pengenalan Neon Band bersama penyanyi baru yang diterbitkan Nova Music.
Sekali gus, lagu yang mendapat sentuhan susunan muzik daripada Neon Band itu sendiri memberi nafas baharu kepada muzik mereka sebelum ini.
“Macam dikatakan, single pertama Neon Band bersama saya sebagai vokalis baru sepatutnya dilancarkan selepas sambutan hari raya lalu. Tapi, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kami tidak sempat buat video muzik. Itulah yang membuatkan kami terpaksa tangguh dulu pelancaran single terebut.
“Jadi, pihak pengurusan Nova Music nak ketengahkan lagu Aku Budak Boy ini sebagai single pertama kami. Lagi pun Neon Band sudah lama tak keluar lagu baru. Jadi, nak gunakan fenomena lagu asal ini untuk kemunculan semula kami dan dalam masa sama memperkenalkan saya selaku vokalis baharu Neon Band.
“Kiranya, single Aku Budak Boy yang baru dilancarkan ini sangat berbeza dengan muzik Neon Band yang dikeluarkan sebelum ini. Malah, lagu baru yang ditangguhkan itu pun tidak sama.
“Dalam erti kata lain, lagu Aku Budak Boy ini memberi nafas baharu kepada muzik Neon Band sekali gus mampu menarik lebih ramai pendengar muzik tempatan. Harapnya, peminat boleh terima ‘wajah’ baharu Neon Band ini,” katanya.
Boy menambah, ‘Aku Budak Boy’ itu adalah ‘balasan’ kepada lagu ‘Aku Budak Girl’ yang mana liriknya lebih berunsur positif dengan memberi semangat kepada ‘Girl’ dan penyanyi Suekhaizhar yang mendapat kecaman warganet.
“Lirik asal lagu ini ada bahagian yang ditukar. Seperti semua tahu, lagu asal ini terkenal dan tular, tapi banyak juga dikecam dan dikeji. Jadi, lirik lagu Aku Budak Boy ini adalah balas balik kepada lirik lagu Aku Budak Girl yang memberi semangat pada ‘Girl’ dan penyanyi itu. Orang kata, semangat Boy pada Girl,” katanya lagi.
Ditanya tidakkah dia dan Neon Band bimbang jika dikatakan menumpang populariti lagu lain, Boy mewakili kumpulan itu mengakui masing-masing akan mendapat ‘keuntungan’ dan kelebihan.
“Bagi saya dalam bidang muzik kena bijak untuk buat keputusan. Sebagai contoh, kalau kami keluar lagu lain ketika saya pula masih baru pasti lebih sukar untuk mendapat tempat. Jadi, apa boleh dikatakan kami memang menumpang populariti lagu yang viral ini, tapi secara positif.
“Kami membawakan lagu ini dengan versi tersendiri yang memberikannya nafas baharu. Kalau lagu asal orang kecam, saya yakin untuk versi Aku Budak Boy ini orang akan suka. Malah, tanggapan mereka terhadap lagu ini pasti berubah.
“Sebenarnya kami nak bagi orang dengar kekuatan lagu ini. Secara tidak langsung, menerusi lagu Aku Budak Boy, lebih ramai orang lagi akan mendengar lagu Aku Budak Girl.
“Ramai cakap lagu ini mudah, tapi tak sebenarnya. Kami ambil masa dua hari untuk siapkan proses rakaman lagu ini,” katanya.
Antara lagu yang pernah dihasilkan Neon Band sebelum ini dan berjaya diterima peminat adalah ‘Cinta Yang Telah Mati’, ‘Hingga Akhir Nanti’, ‘Kaca’ dan ‘Jiwa’.
Lagu ‘Aku Budak Boy’ terbitan Nova Music telah dilancarkan hari Jumaat lalu dan kini boleh didengar di semua pelantar striming muzik.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI