“Can’t believe this pregnancy journey is coming to an end. We are so ready to meet you baby!
“But the nerves are definitely setting in! Pray for me and the baby okay! Selamat Hari Raya once again!,” tulisnya.
IKLAN
Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-ratanya menyampaikan ucapan salam Syawal buat Mia selain mendoakan agar proses bersalin nanti dipermudahkan.
IKLAN
Terdahulu, Mia mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Mohd. Izham Tarmizi.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Sayf Issa pada September 2018 lalu dan sedang menantikan kelahiran permata hati kedua mereka, Jun depan.
Foto: Instagram Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selain menggayakan persalinan baharu di Aidilfitri, ditatarias menawan juga pastinya menjadi antara perkara yang dititikberatkan oleh golongan wanita khususnya.
Bagi yang tercari-cari produk mesra wuduk dan tanpa rasa was-was, jenama Nurraysa boleh menjadi pilihan.
Malah tujuh selebriti popular seperti Zulin Aziz, Wan Sharmila, Sharifah Shahira, Zara Zya, Adira, Eyra Hazali, Alya Iman termasuk isteri kepada Datuk Aaron Aziz, Datin Diyana Halik juga antara yang mempercayai produk mesra wuduk berkenaan.
Menurut pengasasnya, Nur Aini Zolkepeli, produk terbabit mendapat kepercayaan bukan sahaja orang biasa tapi juga selebriti dan pempengaruh di negara ini.
“Lebih 30 pempengaruh juga sudah menggunakannya dan mengesyorkan ramai memilih set panas ini. Kita mahu membantu lebih ramai wanita menginginkan set solekan asas yang sah solat dan mudah ditanggalkan,” katanya.
Sempena lebaran kali ini, Nurraysa tampil dengan koleksi Hot Set menerusi dua rangkaian produk iaitu Glowing DD Moist Cake (DDMC) dan Magic Lipstick.
Ia antara kosmetik mesra wuduk yang paling laris dan mempunyai banyak kelebihan.
“Biarpun kedua rangkaian produk itu sudah tujuh tahun di pasaran, ia antara yang terus laris dan mendapat permintaan tinggi. Malah lebih 500,000 set berkenaan sudah terjual sejak di pasaran padatahun 2015.
“Kami mahu Syawal kali ini diraikan dengan bermakna dan penuh kesyukuran sekali gus pilihan semua wanita. Ia alat solekan mesra wuduk yang sah solat. Bahkan boleh dibawa solat di pagi raya. Ia set solekan kami gelar sebagai Halal Raya tanpa ragu-ragu. Yang tak pandai bersolek pun boleh jadi arif.
“Tentunya ia tidak merosakkan kulit,bersolek sepantas lima minit, kulit berseri dalam lima saat, mudah ditanggalkan. Ia juga dihasilkan tanpa silikon. Saya anggap raya akan lebih sempurna dan praktikal tanpa menggunakan masa lama dengan set panas ini,” katanya.
Glowing DD Moist Cake merangkumi produk tiga dalam satu menggabungkan bedak asas, penutup cela dan bedak dengan pelindung cahaya matahari SPF 50++.
“Ia dihadirkan dengan dua tona warna, kulit tidak bercapuk dan berminyak walaupun dibawah terik matahari. Kandungan dalamnya sendiri diperkayakan minyak Marulakaya omega, melembap kulit, dan anti penuaan.
Tak ketinggalan ada khasiat minyak zaitun dan jojoba. Ia juga bersifat ‘noncomedogenic’ yang tidak menyumbatkan liang pori.
“Magic Lipstick pula tiada kandungan plumbum yang boleh menghitamkan bibir yang kerap memakai lipstik setiap hari.
“Malah, ia juga membantu melembapkan bibir dan membuatkan ia sentiasa segar serta cantik dengan senyuman. Lipstik ini juga boleh diguna sebagai pembayang mata dan pemerah pipi,” katanya optimis.
Bekas penyampai berita TV3 dan hos, Zakiah Anak ada berkongsi beberapa keping foto keluarga yang jarang sekali didedahkan personaliti ini.
Lalu, rata-rata para pengikutnya teruja memandangkan anak-anaknya sudah besar panjang hingga anak yang samakan mereka seperti mak dan kakak.
“Ramadan 20… Nyawaku…. #imblessed
#syukuralhamdulillah dgn anugerah Mu ya Allah. Love u so much,” tulisnya ringkas sambil menanda nama masing-masing di entri sama.