Tahniah diucapkan buat Josiah Hogan dan isteri, NurulHidayu Mohamed Nordin yang telah selamat menimang cahaya mata keempat mereka pada Selasa.

Bayi perempuan itu dilahirkan dengan berat 2.6 kilogram, kira-kira jam 1.37 pagi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

Memetik Harian Metro, pelakon dan model berusia 34 tahun itu menzahirkan rasa syukur memandangkan kelahiran dipermudahkan.

Dia bagaimana pun tidak menafikan wujud rasa sedikit bimbang apabila isterinya mengalami kesakitan yang lebih untuk proses kelahiran kali ini.

“Kelahiran kali ini sedikit berbeza disebabkan isteri tidak dibenarkan bersalin dalam bilik bersalin. Ini disebabkan untuk mengelakkan daripada risiko jangkitan Covid-19.

IKLAN

“Saya juga agak risau memandangkan isteri mengalami kesakitan yang lebih sedikit berbanding bersalin sebelum ini. Jadi, hari-hari saya pantau keadaan dia untuk melihat perkembangannya,” katanya seperti yang dipetik.

Pelakon Degup Cinta itu berkata, buat masa ini mereka belum memutuskan nama untuk bayi perempuan terbabit.

IKLAN

“Isteri saya baru dibenarkan keluar dari hospital. Kami masih dalam perbincangan untuk memberi nama kepada ahli baru dalam keluarga kami ini,” kata pelakon Mimpi Sabrina ini lagi.

Terdahulu, berita gembira tersebut turut dikongsikan bintang berkenaan menerusi posting terkininya di Instagram.

IKLAN

Josiah dan NurulHidayu mendirikan rumah tangga pada Mei 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ireleen Padilla Hogan, 6, dan Irsa Padilla Hogan, 4.

Ia perkahwinan kedua pelakon terbabit. Menerusi perkahwinan pertamanya, dia dikurniakan anak lelaki iaitu Irvine Padilla Hogan yang kini berusia 14 tahun.

Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Josiah Hogan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI