Memetik laporan Berita Harian, Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Rizuan, meluahkan kerinduan terhadap satu-satunya zuriat yang ditinggalkan arwah abang, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 10 bulan.

Jelasnya, sejak krisis membabitkan dakwaan perebutan harta peninggalan arwah Abam, hubungan dengan keluarga balu arwah, Siti Nurhidayah Mohd Ali terputus.

Lebih memburukkan keadaan, jelas Ali, segala akses komunikasi termasuk laman sosial telah disekat dan menyukarkannya untuk bersemuka.

“Sejak insiden itu, hubungan kami terputus. Malah, kami disekat di media sosial oleh seluruh anggota keluarganya.

IKLAN

“Saya faham, selepas apa yang berlaku, situasi menjadi semakin sukar.

“Cuma terkilan apabila tidak dapat berjumpa anak saudara. Hendak tengok di media sosial mereka tidak boleh sebab sudah disekat.

IKLAN

“Mujur bekas pemandu arwah memuat naik foto atau video Uthman di media sosialnya, dapat kami menumpang tengok sambil melepaskan rindu.

“Insya-Allah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat, saya berhasrat bertemu isteri arwah dan keluarganya untuk menjernihkan keadaan. Kami mahu melihat anak buah yang amat dirindui itu.

IKLAN

“Buat masa ini, biarlah saya tengok Uthman dalam media sosial sahaja. Dapat melihat dia sihat dan membesar dengan sempurna sudah cukup menggembirakan kami sekeluarga,” katanya seperti dipetik.

Terdahulu, Ali pernah melahirkan hasrat bertemu kakak iparnya secara tertutup bagi menyelesaikan kekusutan yang berlaku.

Sumber : Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI