Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei setiap tahun, bintang versatil Elly Mazlein tidak lupa untuk menitipkan ucapan buat suami, Mohammad Azlan Che Noh yang juga merupakan seorang pendidik.
Ingatan sama turut didedikasikan buat semua guru di negara ini.
Kongsi Elly, jasa mereka akan terus dikenang.
“Selamat hari Guru Buat Papa Awan Nano Dan semua guru-guru. Kegigihan mngajar kami Akan dikenang.
Ads
“Terima Kasih Guru Wahai Cikgu. Tak sngka ade Cikgu pencuri hati GADIS yg bernama kepompom kesuma Jiwa Laksana Bulan Purnama Parking di B1 D Sunway Pyramid.
“Selamat Hari Guru. Nak tanya, ada sapa2 x yg brani lawan nama GADIS itu?,” tulisnya dalam kapsyen humor.
Penyanyi Lufya Omar berkongsi kisah sewaktu membawa anaknya, Laana Haura keluar untuk mencari barangan keperluan dan barangan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Jelas Lufya, disebabkan tiada sesiapa yang boleh menjaga anaknya, dia terpaksa mengambil risiko membawa si kecil keluar bersama, namun dengan mengambil langkah keselamatan yang lengkap.
Walau bagaimanapun, tindakannya mendapat perhatian seorang lelaki yang kemudiannya menegur langkah yang diambil.
“Al kisahnya semalam keluar bawak Haura nak cari barang-barang keperluan dan baju raya anak. Ikutkan taknak bawak pun dia keluar dah takde sapa jaga so bawak la si kecik ni siap promise2 taknak bukak cap & mask die.
“Nak dijadikan cerita dtg seorang Chinese Man dengan tak pakai mask.
“Dia tanya: wahhh ini macam sekali punya jaga ka?
“Sis pun jawab la: Extra precaution dari orang macam u hahahahaha… (dalam hati) sambil flip tudung.
“P/s cap shield for kids ni boleh didapatkan di IG @ustajahnaie,” kongsinya.
Pengacara Iesya Toh berkongsi maklumat akan perintah terbaru berkait dengan pelaksanaan solat berjemaah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Jelasnya hanya 12 orang jemaah sahaja dibenarkan manakala golongan pesakit berisiko, warga emas berusia 70 tahun ke atas dan kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan menyertai solat jemaah.
“12org jemaah yg dibenarkan. Sebenarnya new norm ni, byk perubahan, dah dibenarkan hanya mereka yg SIHAT, Xde penyakit BERISIKO, 70tahun ke atas x boleh bjemaah dahulu & 15tahun ke bawah pun x boleh bjemaah dahulu.
“Tak boleh bersalaman.. abis solat, doa & terus balik.
“BALIK RUMAH TERUS! XDE SINGGAH MANA2 DAH.. SAMPAI RUMAH, TERUS MANDI. Sebelum sentuh ahli keluarga yg lain! Itu new norm. ANDA BOLEH DISPLIN?,” jelasnya.
KERAJAAN membenarkan semua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan berstatus zon hijau menunaikan solat Jumaat, berjemaah, tarawih dan Aidilfitri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Namun, buat masa ini hanya jemaah lelaki dibenarkan terlebih dulu menunaikan solat berjemaah berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu diputuskan selepas resolusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang 8 Mei lalu sebelum dipersembahkan dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu.
Menurutnya bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan lain-lain solat berjemaah adalah tidak kurang daripada tiga orang tidak termasuk imam dan tidak lebih daripada 30 orang.
Foto : Instagram Iesya Toh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!