Pelakon Shima Anuar kesal dengan tindakan masyarakat yang keluar beramai-ramai dan tidak mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani wabak pandemik Covid-19.
Kongsi pelakon filem Highland Tower itu, kejadian berlaku di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya.
“Pergi Curve tadi beli barang for kids and collect stock contact lense.
Ads
“I’m alone. Tapi tadi ada banyak family keluar ramai-ramai siap bawa anak-anak lagi.
“Seronok eh? Covid 19 tu dah lesap dari dunia ke eh? Ke ada yg pakai ubat kebal? Kalau ada meh lah share beli kat mana,” tulisnya menerusi IG Story.
Ads
Ads
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham berkongsi data sejak 4 Mei lalu hingga 29 Mei (semalam), hampir sebulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan yang menunjukkan hanya kira-kira 200 kes membabitkan rakyat Malaysia daripada 1,800 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Malaysia.
“Hampir raya sudah kita. Maksud raya anda bagaimana?
“Hanya dari berbaju raya anda beraya?
“Atau kerna amalan anda hati beraya?,” tulisnya.
Tambahnya lagi, apalah guna kita beraya sekiranya dalaman kita masih ditakuk lama dan tidak pernah berubah.
“Jangan hanya raya luaran jika dalaman masih tidak menang,” kongsinya lagi.
Posting tersebut dikongsikan Zizan menerusi akaun Instagram milliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat berpendapat posting tersebut membuatkan mereka berfikir sejenak selain turut menitipkan ucapan Aidil Fitri buat palakon berusia 36 tahun itu.
Sumber: Instagram Zizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, setiap orang pasti akan berasa sedih bagi yang pernah kehilangan insan tersayang dan itulah yang dirasai oleh isteri kepada pelawak Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali.
Menerusi entri terkini Hidayah di Instagram, dia ada meluahkan rasa hiba dan sayu ketiadaan arwah Abam di pagi Syawal.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin Tahun lepas beraya dengan arwah, Hamzah masih dalam kandungan saya. Tapi tahun ni sekelip mata arwah pergi tinggalkan kami.
“Terasa sedih dan sayu sangat hati ni. Tak dapat nak gambarkan bila di pagi raya pakaikan Hamzah baju raya, terasa pilu sekali.
“Abang, sayang rindu sangat dengan abang. Sayang rindu sangat dengan pelukan kasih sayang abang pada sayang dan Hamzah. Sayang sedih sangat abang sebab tahun ni sepatutnya kita sambut hari raya sama sama dengan anak kesayangan kita tapi abang pergi dulu tinggalkan kami dan Hanya Sekeping Gambar Nikah Yang Menjadi Pengubat Rindu Sayang Dan Hamzah.
“Hanya Allah yang tau perasaan sayang. Sayang doakan abang tenang disana dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh..Kenangan sampai ke syurga.
“Al-fatihah (di baca) suamiku Syed Umar Mokhtar#kitabaikramaisayang
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu di kediamannya, di Gombak akibat demam panas.
Jenazah Abam telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, dan seorang lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia sepuluh bulan.
Foto: Instagram Hidayah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Indonesia, Didi Kempot dikhabarkan baru sahaja meninggal dunia di Surakarta, Jawa Tengah pada usia 53 tahun.
Menurut kompas.com, Didi dibawa ke Kasih Ibu Hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan punca kematian belum dikenal pasti.
Didi atau nama sebenarnya, Dionisius Prasetyo terkenal menerusi adunan lagu Jawa dan muzik moden.
Terdahulu, Didi antara selebriti yang membantu meraih dana lebih RM1.5 juta bagi membantu golongan yang hilang pekerjaan akibat virus Covid-19 di negara berkenaan.
Sumber : The Jakarta Post
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Emma Suhaimi mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16 Kilogram (Kg) dalam tempoh enam bulan sebagai persediaan untuk kemunculan semulanya menerusi single berjudul Tersakiti.