Penceramah dan pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan nama serta fotonya untuk menipu dan meminta wang daripada orang lain menerusi WhatsApp.

Menurut Ustaz Don, tindakan seperti ini bukan sahaja boleh mencalarkan nama baiknya bahkan secara tidak langsung telah memburukan imej individu berserban.

“Scammer. Gais!!! Tolong sebarkan. Dah la guna gambaq Ustaz pakai serban. Memang nak bagi buruk imej orang pakai serban. Mintak ribu pulak. Kacau.

“Tolong sat kawan-kawan. Jangan bagi ada yang terkena. Nama saya Don Daniyal dan nama Isteri Husna Zahry @husnazahry bukan Ariati. Tak pasai,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program Salam Baitullah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Memang Nak Bagi Buruk Imej Orang Pakai Serban,” – Scammer Guna Nama Untuk Transfer Duit Ke Akaun Isteri, Ustaz Don Daniyal Minta Ramai Waspada “Memang Nak Bagi Buruk Imej Orang Pakai Serban,” – Scammer Guna Nama Untuk Transfer Duit Ke Akaun Isteri, Ustaz Don Daniyal Minta Ramai Waspada

IKLAN

Menerusi foto tangkap layar yang dikongsi itu, individu tersebut dikatakan telah menyamar menjadi Ustaz Don lalu meminta wang sejumlah RM3750 untuk dipindahkan ke akaun isterinya.

Dikesempatan itu juga, Ustaz Don turut berharap agar semua pihak dapat lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan tersebut.

“Ya Allah, tolong bukak hati pertama, orang yang buat agar jangan buat naya kat orang dan kedua orang yang nak kena, supaya nampak kebohongan,” kongsinya lagi.

“Memang Nak Bagi Buruk Imej Orang Pakai Serban,” – Scammer Guna Nama Untuk Transfer Duit Ke Akaun Isteri, Ustaz Don Daniyal Minta Ramai Waspada

IKLAN

“Memang Nak Bagi Buruk Imej Orang Pakai Serban,” – Scammer Guna Nama Untuk Transfer Duit Ke Akaun Isteri, Ustaz Don Daniyal Minta Ramai Waspada

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut selain turut menasihati Ustaz Don untuk membuat laporan polis berhubung isu berkenaan

“MasyaAllah buat report polis ustaz.

“Ramai dah yang kena macam ni ustaz. Mereka dapat nombor phone ambil dalam Whatsapp dari kenalan kita juga.

IKLAN

“Diorang ni tak fikir ke balasan di akhirat nanti.

“Tudiaa dia ingat 3K tu macam tiga posen ke.

“Tak baik sungguh. Semoga insaf si pelakunya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Memang Nak Bagi Buruk Imej Orang Pakai Serban,” – Scammer Guna Nama Untuk Transfer Duit Ke Akaun Isteri, Ustaz Don Daniyal Minta Ramai Waspada “Memang Nak Bagi Buruk Imej Orang Pakai Serban,” – Scammer Guna Nama Untuk Transfer Duit Ke Akaun Isteri, Ustaz Don Daniyal Minta Ramai Waspada

Terdahulu, selain sibuk dengan aktiviti-aktiviti dakwah dan pengacaraan, Usta Don juga kini dilihat bergiat aktif menerusi bisnes restorannya yang diberi nama Smoked Kingdom by Don Daniyal.

Sumber: Instagram Ustaz Don Daniyal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI