Penyanyi Dinie Rashid menyifatkan pengakuannya sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai satu cara untuk memberikan lebih pemahaman kepada peminat.

Ini kerana menurut Dinie, 29, dia yang juga OKU penglihatan yang mengalami ‘molecular dystrophy’ hingga mengakibatkan saraf pada bahagian mata rosak tidak pernah menjadikan perkara tersebut sebagai kekurangan.

Sebaliknya, dia cuba sampaikan informasi dan pada masa sama mahu mengajar orang di luar sana lebih faham dan jelas mengenai kelainan upayanya yang dialami. 

“Kenapa Mamat Ni Boleh Berjalan Tapi Tersepak Sana-Sini?,” – Pernah Dituduh ‘Lalok’, Ini Sebab Dinie Rashid Perlu Jelaskan Hal Sebenar “Kenapa Mamat Ni Boleh Berjalan Tapi Tersepak Sana-Sini?,” – Pernah Dituduh ‘Lalok’, Ini Sebab Dinie Rashid Perlu Jelaskan Hal Sebenar

“Tidak dinafikan mungkin ada yang alami situasi macam saya ni akan rasa segan. Awalnya saya pun begitu. Tapi sebagai penyanyi, saya rasa ada tanggungjawab untuk berikan pemahaman kepada orang luar.

“Saya percaya ada yang ingat OKU penglihatan ini hanya terdiri daripada individu yang ‘totally blind’ semata. Jadi sebab itulah saya akan terangkan sekiranya berkesempatan,” katanya.

IKLAN

Bekas peserta Big Stage 2020 ini juga berkata, dia perlu tampil berikan penjelasan kerana pernah dikatakan menipu.

“Sebelum ini saya pernah dicop menipu (buta). Kenapa mamat ni boleh berjalan tapi kadang-kadang tersepak sana-sini? Jadi penjelasan itu bukan nak merendah-rendahkan keupayaan diri, tetapi untuk maklum kepada yang belum kenal mengenai keadaan diri saya.

“Malah sebelum ini saya pernah sertai program televisyen dan ada isi masa bermain futsal sebab ada juga futsal yang disertai individu yang cacat penglihatan.

“Ada yang kritik ‘kata tak nampak tapi main futsal’, ada juga yang komen ‘mana boleh orang tak yang tak nampak pegang telefon bimbit’,” katanya lagi.

IKLAN

“Kenapa Mamat Ni Boleh Berjalan Tapi Tersepak Sana-Sini?,” – Pernah Dituduh ‘Lalok’, Ini Sebab Dinie Rashid Perlu Jelaskan Hal Sebenar “Kenapa Mamat Ni Boleh Berjalan Tapi Tersepak Sana-Sini?,” – Pernah Dituduh ‘Lalok’, Ini Sebab Dinie Rashid Perlu Jelaskan Hal Sebenar “Kenapa Mamat Ni Boleh Berjalan Tapi Tersepak Sana-Sini?,” – Pernah Dituduh ‘Lalok’, Ini Sebab Dinie Rashid Perlu Jelaskan Hal Sebenar

Ditanya selama mana dia akan terus kongsikan hal tersebut kepad umum, Dinie menambah dia tidak mahu menipu peminat.

“Saya akui masih ramai yang belum kenal dengan saya. Jadi ini peranan sendirilah untuk beritahu hal sebenar. Jika tiba-tiba nama sudah dikenali dan andai kata ketika nak naik pentas saya tersadung misalnya, mesti akan disalah anggap pula.

“Sebelum ini pun saya pernah dikatakan ‘lalok’,” katanya yang tidak mahu dianggap sengaja meraih simpati susulan keadaan diri.

IKLAN

Dinie ditemui media pada majlis Indigital Music Night di Putrajaya pada Jumaat.

“Kenapa Mamat Ni Boleh Berjalan Tapi Tersepak Sana-Sini?,” – Pernah Dituduh ‘Lalok’, Ini Sebab Dinie Rashid Perlu Jelaskan Hal Sebenar “Kenapa Mamat Ni Boleh Berjalan Tapi Tersepak Sana-Sini?,” – Pernah Dituduh ‘Lalok’, Ini Sebab Dinie Rashid Perlu Jelaskan Hal Sebenar

“Saya tahu akan ada yang anggap saya cuma minta simpati dengan apa yang dialami. Tapi sebab itulah saya kata, ia tanggungjawab saya untuk dedahkan mengenai hal ini supaya mereka di luar sana lebih faham.

“Dalam erti kata lain saya nak orang tahu bahawa meski saya begini, saya okay. Meski saya pernah rasa depresi pada peringkat awal kerana saya bukan dilahirkan begini.

“Pada umur sembilan tahun nikmat penglihatan saya ditarik. Semenjak itulah, macam-macam sudah saya lalui. Rasa tertekan dan sebagainya. Tapi saya reda dengan ketentuan. Kini saya lebih relak dan anggap ia tidak ada apa-apa pun, katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI