Setelah hampir setahun berehat ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19, akhirnya, program lawak popular, Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 kini kembali membuka tirainya tidak lama lagi.

Masih lagi mengekalkan Datuk AC Mizal selaku hos manakala individu yang bakal mengisi posisi kerusi juri tetap pula masih lagi dirahsiakan.

MLM2021 Dibarisi 100% Grup Baru, Peluang Terbuka Rebut Hadiah RM500,000! MLM2021 Dibarisi 100% Grup Baru, Peluang Terbuka Rebut Hadiah RM500,000!

Apa yang menariknya, pada edisi kali ke-9 ini, MLM2021 tampil memuat kelainan apabila 100% peserta yang akan bertanding adalah daripada kalangan gandingan kumpulan baru.

Ketika ditanya, adakah keputusan untuk mewujudkan kumpulan baru ini bakal memberi kesan kepada kemeriahan program itu sendiri, ini reaksi yang diberikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh;

IKLAN

“InsyaAllah dengan strategi yang betul dan kerja keras, saya yakin gabungan baharu ini akan menjadi sebuah daya tarikan yang baru dan segar. Para penonton juga sudah beberapa tahun disajikan dengan kumpulan yang sama.

“Saya percaya perasaan ini juga turut dirasai oleh para peserta itu sendiri. Mereka juga telah sekian lama beraksi dengan kumpulan yang sama. Meskipun kita tahu, setiap kumpulan itu sudah pun memiliki pengikut mereka yang tersendiri, tapi kami juga sedar keingin para peminat itu sering kali berubah.

“Dengan perancangan yang betul, setiap kumpulan mampu untuk melangkah ke peringkat akhir,” katanya kepada MH.

IKLAN

Norzeha berkata sedemikian seaktu ditemui di majlis sidang media MLM2021 yang dijalankan secara virtual pada Khamis.

Berikut adalah 11 barisan kumpulan yang bakal bersaingan pada MLM2021 seterusnya merebut hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM500,000;

IKLAN

MLM2021 Dibarisi 100% Grup Baru, Peluang Terbuka Rebut Hadiah RM500,000! MLM2021 Dibarisi 100% Grup Baru, Peluang Terbuka Rebut Hadiah RM500,000! MLM2021 Dibarisi 100% Grup Baru, Peluang Terbuka Rebut Hadiah RM500,000! MLM2021 Dibarisi 100% Grup Baru, Peluang Terbuka Rebut Hadiah RM500,000! MLM2021 Dibarisi 100% Grup Baru, Peluang Terbuka Rebut Hadiah RM500,000! MLM2021 Dibarisi 100% Grup Baru, Peluang Terbuka Rebut Hadiah RM500,000! MLM2021 Dibarisi 100% Grup Baru, Peluang Terbuka Rebut Hadiah RM500,000! MLM2021 Dibarisi 100% Grup Baru, Peluang Terbuka Rebut Hadiah RM500,000! MLM2021 Dibarisi 100% Grup Baru, Peluang Terbuka Rebut Hadiah RM500,000! MLM2021 Dibarisi 100% Grup Baru, Peluang Terbuka Rebut Hadiah RM500,000! MLM2021 Dibarisi 100% Grup Baru, Peluang Terbuka Rebut Hadiah RM500,000!

Dalam pada itu, program berpestij ini juga turut menampil penyampai radio, Dinar Nazir selaku pengacara ‘backstage’ manakala penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz akan bergandingan bersama Issey Fazlisham memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +).

Terdahulu, MLM2021 bakal bersiaran secara langsung selama 10 minggu di Putrajaya International Convention Centre (PICC) mulai 15 Oktober, setiap Jumaat, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Malah, para penonton juga dibenarkan untuk memenuhi 50% kapasiti dewan dan diikuti dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI