Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 April ini telah menggugurkan tiga kategori iaitu Program Radio Meletop, Penyampai Radio Meletop dan Artis Lawak Meletop.
Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro Raqim Ahmad berkata, pengguguran tiga kategori tersebut adalah untuk memberi laluan kepada tiga kategori baru yang diwujudkan iaitu Artis Versatil Meletop, Influencer Meletop dan Top Top Meletop (berkumpulan/duo).
Sementara itu, Nabil Ahmad selaku hos program tersebut ada pendapatnya tersendiri apabila kategori Artis Lawak Meletop digugurkan.
Jelasnya, bakat-bakat pelawak kini semakin menyerlah kerana mereka tidak hanya tertumpu pada bidang melawak, sebaliknya mereka telah menunjukkan bakat dalam bidang lain.
“Bagi saya, mereka (pihak produksi) yang telah menggantikan Kategori Artis Lawak Meletop kepada Kategori Artis Versatil Meletop itu masuk akal juga kerana kita dapat lihat sekarang ini kebanyakan pelawak sudah menceburi pelbagai bidang seperti menyanyi, mengacara, penyampai radio dan pelakon.
Ads
“Mereka sudah ada dalam kategori tersebut. Tambahan pula, sekarang ini dah tahun 2020,” kata Nabil.
Hos Gegar Vaganza ini ditemui pada sidang media Anugerah Meletop Era 2020 di Petaling Jaya pada Rabu.
Ads
Dalam masa sama, Nabil menganggap bahawa pelawak kini lebih versatil dalam pelbagai cabang seni.
“Mungkin akan ada percanggahan apabila ada dua kategori iaitu Artis Lawak Meletop dan Kategori Artis Versatil Meletop, kerana kita sudah nampak bakat-bakat pelawak ini kebanyakkannya sudah mula berkembang.
“Mungkin AME nak selesaikan masalah ini dan letak dalam satu kategori sahaja iaitu Artis Versatil Meletop,” jelas Nabil.
Bertemakan Yang Epik,Yang Legend, AME 2020 masih menampilkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.
Selain tiga kategori baru, kategori lain adalah Lagu Meletop Era, Penyanyi Meletop Era, Grup/Duo Meletop Era, Filem Meletop, Bintang Filem Meletop, Drama Meletop, Program Meletop, Pelakon Meletop, Hos Meletop, Artis Baharu Meletop, Couple Meletop, Fesyen Meletop dan Si Cilik Meletop.
Berkongsi secebis kisah surat khabar Jawi ketika zaman persekolahan, jelas Amy Search, sewaktu tinggal di Sembawang Singapura, dia bersekolah di Johor Bahru dan terpaksa berjalan kaki demi mengelak kesesakan lalu lintas di sempadan.
Lebih menarik, bintang senior ini ada bercerita mengenai kisahnya yang menyeludup surat khabar tulisan Jawi demi memastikan arwah bapanya dapat membaca naskahtersebut.
Ulas rockers ini lagi, dahulu di Singapura, khabar berkenaan telah diharamkan.
“Slm buat semua. Arini aku nk crite psl surat kabar Jawi. Pda tahun 1971 aku masih tinggal di Naval Base, Sembawang, Singapura tpi sek menengah di Sek Dato Jaffar, JB.
“Kalau hari Ahad kena klua awal lah sbab jln ke Jb jem. So kita org akn naik bas smpai ke Woodland dn jln kaki dri causeway smpai lah ke sek. Korang bayangkn brapa batu aku jln utk smpai ke Sek Dato Jaffar tu.
“Balik pn mcm gitu jln kaki smpai check point Woodland thn naik bas smpai umah tpi sblom stay jln kite org beli pisang. Layan pisang goreng dng kerak tepong tu.
“Cerita causeway jem memang dh bezaman dri dulu smpai skarng pn masih cmtu gak. Dia dh kira mcm culture (budaya) Cuba korang tngok bas stand lama,” tulisnya.
Entri sama turut dikongsikan beberapa foto lama yang berkaitan dengan kisah yang diceritakan.
“Gmba ni memang tmpt bas aku South Johore ke Spore waktu tu. Kt tepi tu ada parit yg aku pernah jatuh kt dlm parit tu. Nasib baik tk patah kaki.
“Arwah ayah aku selalu akn pesan beli surat khabar Jawi. Surat kabar Jawi ni Spura haramkn dn tk di benarkn bwk msuk.
“Jdi aku smuggle seletkn dlm buku tex aku. Brani lah juga aku demi utk ayah aku yg tercinta. Di haramkn sbab gomen spura takut kalau ada penulisan yg menghasut atau sewaktu dgn nya. Lgi dorng pn memang tk reti nk baca Jawi nih. Isu politikus,” jelasnya.
Bapa kepada Nabila Huda ini turut menjelaskan masyarakat Johor memang fasih membaca tulisan Jawi kerana ia sebahagian daripada budaya di sana.
Malah, dia turut berkongsi kisah lucunya ketika di dalam penerbangan.
“Utk bdk2 Johor baca Jawi mcm biasa jer tkde hal lar, mcm baca surat kaba rumi, masa sek agama pn kita tulis dlm bahasa Jawi aper. Utk aku tulisan Jawi tu dh kira sbhgian budaya kita juga.
“Ada satu peristiwa, masa tu dlm flight nk baca surat kaba tpi yg tinggal surat kaba Jawi. Pramugara bgi aku surat kaba Jawi smbil senyum sbab dia ingat mesti aku tengok gmbo jer lar kan tk reti baca Jawi.
“Hihihi lu apa barang, Ini bkn sembarang barang… Ini barang Bakobatu tau… Bdk Joho OK. Mak cik sblh pn Tanya aku.. Amy reti ker baca Jawi, aku jwb reti tpi laju mcm kapal terbang nih. Hidup Jawi sbab Jawi itu sebahgian hidup kita. #hidupjawi #amysearch #jawi #bdkjohor #bdkbakobatu #longlivejawi #jawirian,” kongsinya panjang lebar.
Genap 41 tahun pada tanggal 11 Januari, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan kesyukuran di laman Instagram miliknya.
Penyanyi nombor satu Malaysia ini memanjatkan doa agar dia sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dan bersujud kepada Yang Maha Esa.
“Alhamdullillah, Terima Kasih Ya Allah di atas kurniaan umurku, kesihatanku, rezekiku, suamiku, ibuku,adikberadikku,
anakku, kasih sayang orang terhadapku.
“Jadikan Aku orang yang sentiasa bersyukur & bersujud kepadaMu. Kurniakan ku keimanan yang tinggi dalam mengharungi dugaan di dunia ini….Peganglah & pimpinla hatiku Ya Allah .. Aamin ya rab..Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
“dan nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kau dustakan”,” kongsi ibu kepada Siti Aafiyah ini.
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.