Isteri kepada Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila menyifatkan akui dirinya tidak nampak usaha suaminya untuk berbaik demi menyelamatkan perkahwinan yang dibina.
Usahawan yang juga kakak kepada hos terkenal, Neelofa terdahulu berkata demikian sejurus sebutan kes perceraian dengan suaminya itu, seperti yang dipetik Harian Metro.
Sementara itu, prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan itu turut menyaksikan wakil dalam proses timbang tara (hakam) yang dilantik kedua-dua pihak gagal mencari kesepakatan sekali gus mahkamah menggugurkan hakam yang diwakili.
Lalu, mahkamah menetapkan 27 Februari depan untuk melantik hakam baru.
Dalam proses itu, mahkamah menerusi Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 mempunyai kuasa melantik dalam kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak iaitu dua penimbang tara yang mempunyai maklumat berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.
“Sepatutnya perkara ini boleh dipercepatkan jika Sharnaaz melafazkan cerai, tapi disebabkan proses yang berlangsung ini perceraian tidak dapat dibuat.
“Saya memang tidak mahu teruskan perkahwinan ini. Sepatutnya kedua-dua belah pihak faham yang kita boleh teruskan kehidupan masing-masing.
Ads
”Dia sudah menjalani kehidupan hampir setahun tanpa isteri, begitu juga dengan saya ,” katanya seperti yang dipetik.
Menurutnya lagi, kes keretakan rumah tangga mereka tidak sepatutnya dipanjangkan memandangkan mereka ada anak yang perlu dibesarkan bersama.
“Kami ada anak, jadi tak payah dipanjangkan atau ada pihak terasa hati. Saya rasa lebih baik teruskan kehidupan, berbaik-baik untuk besarkan anak tanpa ada rasa dendam atau marah.
“Namun, apa yang membuatkan saya tak faham apabila pihak sana tergamak buat macam ini (memanjangkan kes).
Ads
”Adakah Sharnaaz nak selamatkan perkahwinan tapi apa usaha yang dia buat? Saya memang sudah tawar hati dan tidak nampak sebarang usaha daripada pihaknya untuk kembali bersama saya,” maklum Nabila lagi.
Sementara itu, Sharnaaz ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai perkara terbabit.
“Tiada apa nak cakap,” katanya ringkas.
Ads
Dalam prosiding berkenaan, Noor Nabila diwakili peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar manakala Sharnaaz diwakili Datuk Akberdin Abdul Kader.
Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai mereka.
Bagaimanapun, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu.
Bagi prosiding JKP, Sharnaaz melantik rakan baiknya sebagai wakil sementara Nabila melantik bapa tirinya, Abdul Halim Khan.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan pasangan ini turut dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini mencecah usia setahun.
Sumber/Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hati ibu mana tidak sayu apabila melihat sekujur tubuh kecil yang baru berusia beberapa hari terbaring di atas tanah.
Aktres terkenal Indonesia, Nana Mirdad berkongsi detik-detik cemas dan mengharukan apabila pembantu rumahnya, Artika Sari terjumpa bayi yang di buang dalam semak berhampiran rumahnya.
Nana yang ketika itu kebetulan berada di rumah terus membawa bayi malang tersebut ke hospital berhampiran.
“Ini bukan aksi berlagak hero. Inilah hal yang harusnya kita lakukan sebagai manusia biasa. Jika menolong bayi yang terlantar dianggap hero, maka dunia kita benar-benar sudah berbolak balik.
“Dan tragisnya, ini bermakna sudah kedua kalinya saya menyaksikan bayi yang dibuang begitu sahaja oleh orang tuanya. Sayangnya yang pertama sudah tidak berbentuk dan sudah rata dengan tanah,” ungkap wanita kepada dua cahaya mata itu di Instagram.
Tidak dapat menahan kesedihan saat mengangkat bayi tersebut, kerana itu bukanlah kali pertama dia berhadapan dengan kes bayi yang dibuang. Nana berkongsi perasaan yang dirasainya.
“Saya tidak boleh mengekspresikan ketakutan, rasa cemas, bingung dan kemarahan saya saat saya menggendong bayi yang baru dibuang itu ke rumah sakit. Saya berharap dia terus bertahan.
“Saya pun tidak tahu apa yang akan terjadi pada mental saya jika bayi itu harus hilang dalam pelukan saya. Tapi bayi itu selamat. Dia sihat,” ujarnya.
Bayi kecil yang masih bertali pusat itu sihat dan kini dalam pemerhatian pihak hospital. Walaupun diserang hipotermia, keadaannya semakin baik.
Nana menyatakan kesediaannya untuk terus membantu bayi itu sekiranya keadaaan memerlukan biarpun sekarang dia berada di bawah tanggungjawab jabatan kebajikan.
“Sebagai seorang ibu, berat meninggalkan bayi ini lagi. Rasa hati ini ingin membawa pulang dan merawatnya. Seperti titipan dari Tuhan. Tapi hal itu bukan hal yang mudah dilakukan.
“Banyak sekali pertimbangannya dalam membesarkan anak. Bayi ini sekarang sudah ada di tangan para perubatan dan jabatan kebajikan,” kongsinya di ruangan InstaStories mengenai nasib bayi tersebut.
Nana Mirdad merupakan anak kepada pasangan penghibur terkenal, Jamal Mirdad dan Lydia Kandou. Berusia 38 tahun, dia sudah berkahwin dengan Andrew White dan memiliki sepasang cahaya mata.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jangan pernah lelah berbudi kepada orang tua. Di sebalik kehilangan bapa tercinta, terselit satu memori indah apabila adik beradik sepakat menghadiahkan sebuah motosikal berkuasa tinggi kepada adik ipar Achey, Mohd Shafiey.
Hadiah tersebut diberikan kepada Mohd Shafiey atau mesra disapa Pie Atan atas jasanya menjaga arwah bapa, Yahya yang sakit selepas mengalami sesak nafas.
“Hari ni saya nak ceritakan situasi semalam, dimana kami adik beradik, saya, isteri dan adik-beradik belah isteri saya sepakat untuk menghadiahkan adik saya, Pie Atan sempena menjaga ayah yang tidak putus-putus selama satu tahun.
“Kami kumpul duit dan beli hadiah yang dia memang inginkan. Alhamdulillah berjaya,” kata Achey sambil merakam videonya.
Tidak mampu menahan sebak tatkala bertemu buat kali pertama bersama insan istimewa, Datuk Rizalman menerusi laman Instagram berkongsi momen ditemukan dengan peminat cilik, Airen, 6 tahun.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut sedang mengidap sakit buah pinggang dan baru-baru ini disahkan mengalami brown tumor.
Malah menurut doktor, Airen akan ditempatkan di unit Penjagaan Palitif di mana ia merupakan sebuah unit yang khas untuk menjaga pesakit yang mengalami peringkat akhir penyakit kanser, selain yang menghidapi kegagalan organ dalam peringkat terakhir.
Rizalman berkongsi cerita di Insta Story miliknya.
Lalu, netizen dilihat turut meninggalkan komen dengan perkongsian bermakna dan menyifatkan lelaki ini sebagai insan berhati mulia.
Dalam perkembangan lain, pereka fesyen terkenal ini juga ditugaskan sebagai juri tetap bagi program hiburan, Dansa Dan Sing di samping guru tari, Linda Jasmine.
Dansa Dan Sing bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria dan Ria HD.
Foto : Instagram Datuk Rizalman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia ratu cantik menyaksikan satu detik bersejarah apabila model dan aktivis kemanusiaan Palestin–Kanada, Nadeen Ayoub diumumkan sebagai Miss Universe Palestine 2025. Pelantikan ini sekali...