Bintang versatil, Elly Mazlein ada berkongsi kisah selain mendedahkan keperibadian vokalis kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad yang turut hadir meraikan majlis nikah dan resepsinya, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Akim yang dilihat tiba mengenakan baju-T putih hadir ketika majlis hampir bersurai dan sepatutnya, vokalis itu membuat persembahan pada majlis raja sehari bintang Kampung People itu.

“Ada cerita sebenarnya, sangat tersentuh bile tiba2 nmpak Akim dtg, masa tu tetamu da balik. Suami & kakak lina tgh buat photoshoot.

”Sebenarnya Akim di antara yg buat persembahan di malam Nikah kami dan kebetulan pulak hari yg sama Akim terlibat dgn Show case AJL.

”Kata kakak lina dkat Stacy ” xpe love, Teruskan ke show case AJL sbab AJL adalah tugasan. Doakn kebahagiaan buat Kakak lina & Suami dari Jauh pun da cukup memadai”.

”Dan tiba2 ternmpak kelibat Akim dlm dewan dari Jauh, berjln terus ke pentas dgn keadaan yg masih berpeluh. Rasa nak gugur air mata tgk kesungguhan Akim utk memenuhi janjinya,” tulisnya.

IKLAN

Elly pada masa sama turut bercerita mereka saling bersalaman dan kebetulan hari jadi Akim sama dengan tarikh nikah Elly dan suami.

“Kami bersalaman Dan ambil gambar. Akim ucapkan Tahniah buat Suami & kepom. Kakak lina pulak, nyanyi lagu happy birthday buat Akim.

”Kalau nak tau Birthday Akim sama date dgn date Wedding kakak lina. Selesai bersalam Dan Akhir sekali Akim hulurkan hadiah Sampul putih buat kami.

”Buat susah2 je Akim. Apa2 pun Suami & kakak lina Doakn semoga Allah permudahkn urusan mu Akim. Cuma nak bg tau, Akim & Stacy sgt baik, berbudi bahasa, hormat org apabila berbicara.

IKLAN

”Moga kebahagiaan milik kamu berdua Dan family.. Untung mengenali kamu berdua. Jaga diri @akimahmad @stacyanam. InsyAllah kite jumpa nnti. Kakak syg kamu berdua dik,” kongsi Elly panjang lebar.

View this post on Instagram

Tq tq tq tq @akimahmad . Ada cerita sebenarnya..sgt tersentuh bile tiba2 nmpak Akim dtg😭😭😭😭😭😭 .. masa tu tetamu da balik .. Suami & kakak lina tgh buat photoshoot . Sebenarnya Akim di antara yg buat persembahan di malam Nikah kami .. dan kebetulan pulak hari yg sama Akim terlibat dgn Show case AJL . kata kakak lina dkat Stacy " xpe love .. Teruskan ke show case AJL sbab AJL adalah tugasan .. Doakn kebahagiaan buat Kakak lina & Suami dari Jauh pun da cukup memadai" . Dan tiba2 ternmpak kelibat Akim dlm dewan dari Jauh .. berjln terus ke pentas dgn keadaan yg masih berpeluh😭😭😭😭😭.. rasa nak gugur air mata tgk kesungguhan Akim utk memenuhi janjinya 🙏🙏🙏🙏.. kami bersalaman Dan ambil gambar .. Akim ucapkan Tahniah buat Suami & kepom.. Kakak lina pulak , nyanyi lagu happy birthday buat Akim ..klu nak tau Birthday Akim sama date dgn date Wedding kakak lina😍😍 . Selesai bersalam ,Dan Akhir sekali Akim hulurkan hadiah Sampul putih buat kami .. Buat susah2 je Akim .. Apa2 pun Suami & kakak lina Doakn semoga Allah permudahkn urusan mu Akim .. Cuma nak bg tau, Akim & Stacy sgt baik .. berbudi bahasa, hormat org apabila berbicara.. Moga kebahagiaan milik kamu berdua Dan family.. Untung mengenali kamu berdua .. Jaga diri @akimahmad @stacyanam InsyAllah kite jumpa nnti .. kakak syg kamu berdua dik🌹

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

Serentak dengan perkongsian itu, para peminat memuji sikap Akim dan isteri kerana menghargai erti persahabatan dan sikap profesional penyanyi berkenaan.

IKLAN

Malah, entri tersebut turut mendapat respon dari Akim sendiri.

“Tiba-Tiba Ternampak Kelibat Akim Dari Jauh, Terus Ke Pentas Dengan Keadaan Masih Berpeluh,” – Elly Mazlein Memuji, Ini Respon Tuan Badan

Terdahulu, Elly dan pasangannya, Mohamad Azlan selamat diijabkabulkan pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Foto: Instagram Elly Mazlein

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI