Pelakon jelita, Nora Danish mengakui ada rasa rindu untuk melalui fasa kehamilan dan melahirkan anak selepas kelahiran anak keduanya, Neyqal kira-kira 2 tahun lalu.
Malah kongsinya lagi, melihat anak membesar depan mata, perasan rindu untuk hamil lagi kian menebal.
“Itulah orang selalu kata wanita apabila sudah bergelar ibu ini dia lupa kesakitan semasa melahirkan anak apabila melihat anak semakin membesar.
“Bila tengok anak sudah makin membesar, kita jadi rasa rindu nak ada baby balik.
“Contoh macam anak saya, dia baru berumur dua tahun, tapi sata rasa cepat sangat masa berlalu.
“Rasa rindu nak ada baby dan kalau diberikan rezeki, saya nak sangat anak perempuan. InsyaAllah sebelum berumur 40 tahun,” katanya jujur.
Kongsi bintang berusia 37 tahun ini dirinya berhasrat untuk hamil lagi namun tetap berasa khuatir untuk melahirkan anak.
Di samping itu, bintang drama bersiri Puteri ini berkata dia pernah mengalami masalah pendarahan yang teruk ketika melahirkan anak keduanya.
Ads
“Masa lahirkan anak kedua, kandungan baru berusia 8 bulan sebab ketika itu saya alami masalah fibroid selain pendarahan yang sangat teruk.
“Bila jadi macam ni memang rasa sangat takut nak hamil balik tambahan pula sebelum ini saya menjalani pembedahan pembuangan fibroid.
“Jadi, saya kena beri masa sekurang-kurangnya setahun untuk pulih sepenuhnya sebelum mahu hamil lagi,” jelasnya pula yang tidak menolak rezeki cahaya mata.
Ads
Terdahulu, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki bernama Putra Raqyal yang kini berusia 12 tahun.
Selepas itu, Nora berkahwin bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.
Nora ditemui pada majlis pelancaran koleksi pakaian wanita terbaru keluaran jenama Lilit.xWoo/Fiziwoo di Fashionvalet, Publika, Kuala Lumpur pada Selasa.
Gambar: Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“I love you, good night.” Itu antara perbualan mesej sebelum tidur antara pasangan tunangan Nur Risteena dan Isa Khan.
Risteena, 30, telah mendedahkan perbualan mesej menerusi aplikasi Whatsapp bersama Isa sebelum masing-masing melelapkan mata.
Kongsinya, perbualan itu dilakukan kira-kira jam dua pagi kerana akui sukar untuk mendapatkan tidur yang secukupnya.
“Our conversation before sleep. Just to share with you guys, lately ni kami memang tak cukup tidur especially Isa yang work hard untuk bisnes kami. Tak sangka dia bekerja keras sehingga tahap tidur 3-4 jam sahaja sehari.
“Alasannya untuk bahagiakan saya, untuk menghalalkan saya. Rezeki dia datang mencurah. Alhamdulillah. Saya happy tengok satu persatu yang dia capai sekarang. Katanya, saya semangat dan kekuatan dia.
“Actually we both need each other so much! Kami kuat dan semangat bila kami bersama. Semoga dengan izin Allah, @lovit_hq terus success hasil kerja keras awak sayang,” konsinya.
Dalam pada itu, kakak kepada Ruhainies itu sentiasa mendoakan yang terbaik buat tunangnya itu.
“Ya Allah, jauhi @theisakhan dari niat tidak baik manusia, permudahkan segala urusannya, beri kesihatan yang baik untuknya, kuatkan semangatnya, lindungi dia dimana pun dia berada, curahkan rezeki yang tidak disangka sangka, jadikan dia seorang yang berjaya dunia dan akhirat. Amin.
Raut wajahnya tenang dan senyuman sentiasa terukir di bibir.
Walau beberapa kali lapkan air mata dan bergetar suara menahan tangis tatkala berkongsi kisah kehilangan suami dan anak-anak, namun penyanyi Nora Ariffin terus reda dengan ketentuan Yang Maha Esa.
Genap 40 hari pemergian anakanda tercinta, arwah Alif Johan, Nora mengimbau kembali detik terakhir bersama arwah.
Jelasnya, Allah mengambil Alif pada waktu dan keadaan yang sangat tepat.
“Saya sangat bersyukur kerana arwah diambil kembali pada waktu dan tempat yang sangat tepat.
“Sewaktu Alif menghantar saya ke lapangan terbang, dia membawa bersama anak bongsu saya. Bayangkan sewaktu memandu pulang dan dia rebah ketika itu, apa pula akan terjadi kepada anak bongsu saya.
“Waktu mula-mula ditimpa ujian, memang berat rasanya. Namun saya selalu tanamkan dalam diri untuk sentiasa bersangka baik.
“Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
“Rindu, memang sentiasa saya rindu. Namun saya berfikiran positif, saya mahu teruskan hidup. Memang saya akui tak mudah untuk tenang, tiada ibu yang tidak sedih kehilangan anak.
“Namun apa yang berlaku kepada kita ialah ketentuan Allah,” jelasnya kepada MH.
Cekalnya hati seorang isteri dan ibu apabila kehilangan dua insan tersayang dalam tempoh masa yang agak rapat.
Bahkan, jelas penyanyi Hanya Satu ini lagi, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
“Kita sayangkan anak namun Allah lebih sayangkan dia. Allah tahu apa yang terbaik. Dunia ini sebentar sahaja, jadi lebih baik sekiranya saya tumpukan ke akhirat.
“Suami selalu pesan, hidup sementara, kemuncaknya kita semua ingin ke syurga. Seperti anak saya, dia pergi dalam usia 20 tahun, mungkin itu yang terbaik untuknya. Saya reda. Saya ampunkan segala dosanya.
“Saya tiada rasa sedih atau mengeluh kenapa ia berlaku, saya nampak hikmahnya Allah beri nikmat lain yang tidak pernah terlintas dalam hidup saya sebelum ini,” katanya.
Terdahulu, bintang ini ditemui pada Majlis Tahlil dan Pengumuman Duta Umrah ECO di Bangi.
Mengakui sukar menerima kehilangan arwah suami sementelah kedua-duanya bagaikan belangkas, tidak pernah berpisah.
Dia juga harus bangkit demi anak-anak. Nora juga berkongsi detik seminggu sebelum pemergian arwah suami.
“Kehilangan arwah suami agak lama untuk saya terima kerana dialah jiwa saya. Namun bagaimanapun saya harus bangun kerana anak-anak perlukan saya. Tiada gunanya saya depresi, terus dalam kesedihan.
“Yakinlah, apa yang kita ada hanyalah pinjaman. Allah akan uji dengan apa yang kita sayang. Kena selalu bersangka baik. Sabar atas segala ujian, reda dan bersyukur dengan ujian yang diturunkan.
“Seminggu sebelum suami meninggal, kami berbulan madu di Jakarta. Sebelum pulang, saya peluk arwah dan katakan padanya supaya jangan tinggalkan saya.
“Maksud saya waktu itu janganlah ceraikan saya jika berlaku apa-apa. Dan beberapa hari selepas itu, arwah mula demam dan Allah ambil kembali suami saya,” tambahnya lagi.
Akur akan takdir dirinya tanpa suami dan anak yang telah pergi dahulu mengadap Ilahi, kata penyanyi berusia 46 tahun ini, jangan sesekali bergantung harapan kepada manusia.
“Sebagai suami isteri kita harus saling mengingati dan bersedia. Waktu arwah meninggal, saya risau apa yang akan berlaku kepada anak-anak andai saya pula pergi. Tapi nasihat saya, jangan risau, kita jaga amal ibadat kita dan yang lain Allah yang tentukan.
“Dahulu saya sangat bergantung harap kepada suami dan apabila Allah uji dengan kehilangannya, saya belajar bahawa kita tidak boleh bergantung kepada manusia. Memang kadang kala terfikir bila suami dan anak tiada, siapa yang akan menjaga kita, tapi fikirlah yang baik-baik,” jelasnya lagi.
Sekadar imbasan, Nora kehilangan suami, Johan Nawawi 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun manakala anak keduanya, Alif Johan meninggal dunia secara mengejut pada 14 Disember 2019.
Dalam perkembangan lain, Nora telah dilantik sebagai duta Umrah Eco dan akan bersama mengerjakan umrah dalam pakej ‘Umrah Eksklusif Istimewa Bersama Nora’ pada 18 Mac sehingga 29 Mac ini.
Walaupun menjadi antara peserta terawal yang tersingkir, pelakon veteran Mubarak Majid menyifatkan penglibatannya dalam program Kilauan Emas Selebriti (KES) sebagai satu pengalaman berharga untuk menimba ilmu dalam bidang nyanyian.