Pelakon, Remy Ishak telah bertindak untuk memadam semua foto di laman media sosial Instagram miliknya, sebelum ini.
Lalu, tindakan pelakon drama bersiri Pujaan Hati Kanda itu mendapat perhatian sekaligus menjadi tanda tanya buat peminat.
Bagaimanapun, aktor berusia 37 tahun itu kembali memuat naik beberapa keping foto di laman media sosial selain turut menulis kapsyen motivasi berkaitan harapan dirinya untuk tahun 2020.
“2020 is finally here! It’s the best time to start afresh with a brand new look coming your way.
Ads
“Grateful for everything that has happened to me in the past decade, feeling excited about what the future has in store.,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram pelakon Fasha Sandha, rakan baiknya, Farahdhiya telah pun mengadakan bacaan tahlil buat arwah bapanya, Mohd Amin Zubir, 68, yang meninggal dunia kira-kira seminggu lalu.
Fasha menerusi postingnya turut merakamkan rasa syukur kerana sahabatnya itu kini sudah mampu mengukir sedikit senyuman dan tabah atas pemergian insan tersayang buat selamanya.
Menyifatkan rakan baiknya itu sudah pun melakukan yang terbaik sebagai seorang anak, bintang Patah Saya Bertongkat Paruh itu turut menzahirkan ucapan takziah dan sedekahkan al-Fatihah buat arwah.
“Alhamdulillah, lepas seminggu dah nak ada sedikit senyuman di wajah Sada. Sada mintak send gambar untuk kenangan.
“Hati semestinya masih berdukacita, tapi ketabahan dan Redha untuk terus melalui hidup tanpa kekasih hatinya, Dada. He’s in a better place now. Sada juga telah melakukan yang terbaik sebagai anak.
“Al Fatihah buat Dada, Semoga Sada dan Luq terus tabah melalui dugaan ini. Love you.💖
Terima kasih juga buat kesayanganku @wlfs4eva team kerana turut bersama dalam bacaan yassin dan tahlil sada malam ni. (Syukur, ramai yang datang malam ni)
@farahdhiya_fd,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sementara menerusi ruangan komen, para peminat turut mendoakan kesejahteraan selain merakamkan ucapan takziah buat Farahdhiya sekeluarga.
Terdahulu, beberapa teman artis termasuk seperti Haiza Hanafi dan Datin Rabecca Nur Al Islam, turut berkongsi berita sedih itu di media sosial masing-masing.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi laman Instagram milik Lisa Surihani, pelakon jelita ini memaklumkan dia terpaksa menangguhkan pembedahan servis Flapless sewaktu menjalani pemeriksaan mata bulan lalu.
Kongsinya lagi, struktur matanya mengalami kesan akibat penggunaan kanta lekap selama 24 tahun.
“Yong mcm “whoa, that’s mummy’s eyeeee!” Ini adalah gambar Lisa masa buat pemeriksaan mata 12 Disember 2019 yang lepas di @profmuhayaeyelasikcentre.
“Untuk yang tidak tahu, Lisa nak buat Flapless pada hari tersebut, tapi nak dijadikan cerita, Lisa perlu tangguhkan pembedahan tersebut. Nak tahu sebab apa?
“Sebab… penggunaan “contact lens” bertahun- tahun ni (24 tahun gais) dah memberi kesan kepada struktur kornea Lisa!” ulasnya.
Bagaimanapun dengan bantuan sesi terapi mata, ibu kepada dua cahaya mata ini berjaya memulihkan keadaan kornea matanya kembali normal.
“Tapi alhamdulillah, dengan kelengkapan perkhidmatan di PMELC, Lisa berjaya juga melalui pembedahan Flapless setelah menjalani sesi terapi mata yang membantu struktur kornea Lisa kembali normal!
“Jadi, kalau anda memakai “contact lens” tapi takut tidak sesuai nak jalani rawatan bebas rabun, jangan risau! Di PMELC, ada cara yang boleh kita usahakan!
“Terapi apa yang mereka gunakan? Nanti Lisa akan kongsikan lagi!
“Jom, book appointment hari ini! Easy step,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Penyanyi Tajul Arif mengakui isterinya, Nurul Shamieza Eddie punya akses kepada akaun media sosialnya demi menjaga keharmonian rumah tangga mereka.
Jelasnya kepada MH, isteri terlebih dahulu akan menapis dan menyekat akaun individu yang cuba menghantar mesej peribadi yang bertujuan tidak baik.
“Tidak dinafikan ada yang mencuba walaupun mengetahui saya sudahpun berkahwin. Namun saya tidak melayan kerana takut lebih melarat.
“Sebelum berkahwin, ada juga yang menghantar foto atau mesej dengan niat memikat, namun isteri telah menyekat akses mereka yang berbuat demikian.
“Kami masing-masing ada akses ke akaun sosial jadi tiada masalah akan timbul kemudian hari,” katanya.
Terdahulu, dia ditemui pada sidang media Anugerah Meletop Era 2020 di Petaling Jaya pada Rabu.
Dalam pada itu, bapa kepada seorang anak ini turut mengulas lanjut kehidupannya selepas berkahwin pada usia muda.
“Bagi saya berkahwin muda memang bagus kerana kita dapat pelbagai pengalaman. Kehidupan kita berubah 360 darjah.
“Malah jika menyentuh isu kebebasan, saya masih boleh berhibur dan meminta izin daripada isteri. Cuma bezanya dahulu tidak perlu meminta izin, boleh ke mana sahaja.
“Isteri pula kena tengok mood. Perempuan biasalah, ada mood baik dan kadang kala mood tak baik. Jadi bila mood isteri baik, dia beri kebenaran tapi jangan balik terlalu lewat.
“Niat saya mahu jadikan dia isteri yang sah kerana kami rapat daripada zaman persekolahan. Kami selalu bersama dan tidak elok pula bila orang berkata-kata.
“Arwah bapanya juga pernah berpesan sewaktu sedang nazak supaya kami percepatkan perkahwinan,” ulasnya lagi.
Menegaskan isteri tidak pernah mencampuri urusan kerjaya, namun sentiasa menasihati dirinya agar menjaga batas dan hati.
“Isteri tidak pernah marah berkait dengan hal kerja. Dia tidak pernah marah jika saya mahu berduet atau bergambar dengan siapa, cuma dia berpesan agar menjaga batas dan hati.
“Setakat ini dia tidak pernah mengikut saya bekerja kerana tidak mahu masuk campur dan seorang yang pemalu,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Tajul dicalonkan dalam Anugerah Duo Meletop Era bersama Wani Hasrita.
Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 April dan bertemakan Yang Epik,Yang Legend, AME 2020 masih menampilkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.