Menerusi perkongsian di Instagram pelakon Fasha Sandha, rakan baiknya, Farahdhiya telah pun mengadakan bacaan tahlil buat arwah bapanya, Mohd Amin Zubir, 68, yang meninggal dunia kira-kira seminggu lalu.

Fasha menerusi postingnya turut merakamkan rasa syukur kerana sahabatnya itu kini sudah mampu mengukir sedikit senyuman dan tabah atas pemergian insan tersayang buat selamanya.

Menyifatkan rakan baiknya itu sudah pun melakukan yang terbaik sebagai seorang anak, bintang Patah Saya Bertongkat Paruh itu turut menzahirkan ucapan takziah dan sedekahkan al-Fatihah buat arwah.

“Alhamdulillah, lepas seminggu dah nak ada sedikit senyuman di wajah Sada. Sada mintak send gambar untuk kenangan.

IKLAN

“Hati semestinya masih berdukacita, tapi ketabahan dan Redha untuk terus melalui hidup tanpa kekasih hatinya, Dada. He’s in a better place now. Sada juga telah melakukan yang terbaik sebagai anak.

“Al Fatihah buat Dada, Semoga Sada dan Luq terus tabah melalui dugaan ini. Love you.💖
Terima kasih juga buat kesayanganku @wlfs4eva team kerana turut bersama dalam bacaan yassin dan tahlil sada malam ni. (Syukur, ramai yang datang malam ni)
@farahdhiya_fd,” tulisnya di ruangan kapsyen.

IKLAN

IKLAN

Sementara menerusi ruangan komen, para peminat turut mendoakan kesejahteraan selain merakamkan ucapan takziah buat Farahdhiya sekeluarga.

Terdahulu, beberapa teman artis termasuk seperti Haiza Hanafi dan Datin Rabecca Nur Al Islam, turut berkongsi berita sedih itu di media sosial masing-masing.

Foto: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI