Tahniah diucapkan kepada kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri Datin Seri Nur Shahida yang telah selamat menimang bayi lelaki pada petang Isnin.
Shahida bersalin secara normal di pusat perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur, kira-kira jam 2:40 petang.
Menerusi Insta Stories, ibu kepada enam cahaya mata itu meluahkan rasa syukur selain turut menjawab beberapa persoalan daripada pengikutnya.
“Masya-Allah budak kecil ni kasi keluar tangan dulu nak minta duit raya. Itu yang lama sangat tu nak suruh masukkan tangan tapi tak masuk-masuk.
“Akhirnya, keluar juga tangannya dulu baharu muka. Pertama kali juga ada pengalaman macam ni.
“Memang sakit sikit dari sebelum ini. Apa pun syukur selamat semuanya,” tulis Shahida.
Ads
Shahida pada masa sama menjelaskan kesakitan untuk bersalin kali ini sedikit berbeza bebanding pengalaman sebebelumnya.
Ads
“Berat 3 kilogram sahaja, lahir pada minggu ke-37,” tulisnya lagi.
Ads
Lebih mengujakan, Shahida mengakui dia sempat berpuasa selama 11 hari penuh sebelum menanti detik melahirkan cahaya matanya.
Imbas kembali, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga Ogos 2007 dan hasil perkahwinan, mereka dikurnia lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Damai yang saya rasakan. Tiada rasa stres, panas atau kepala rasa gatal-gatal. Saya rasa okay dan itu pentunjuk yang baik.”
Demikian kata Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin yang mengesahkan dia kini sudah bertudung sejurus pulang daripada mengerjakan umrah, baru-baru ini.
Menyifatkan ini masa terbaik untuknya terus istiqamah berhijab, DJ Lin atau nama sebenar, Roslinda Abdul Majid, 47, turut mengimbas pelbagai ujian hidup yang pernah dilalui sebelum ini.
“Sejak menunaikan umrah, saya tanamkan dalam diri bila sampai sahaja tanah air, saya pasang niat untuk terus kekal berhijab. Ini juga adalah perkara yang baik dan dituntut.
“Malah mungkin bila mengenang kembali apa yang pernah saya lalui sebelum ini sejak iaitu bila kehilangan arwah ibu. Kemudiannya abang pula dijemput Illahi ketika saya berada di Madinah.
“Perkara yang berlaku sangat menyentap hati, buatkan saya terduduk. Sekaligus membuatkan saya sedar bahawa jika kita mempunyai segalanya di dunia sekalipun, kita kena kembali kepada fitrah.
“Banyak rezeki yang Allah sudah kurniakan dalam kehidupan saya,” katanya ketika ditemui di Majlis Iftar Melakar Pahala Warnai Raya Suria FM di Eastin Hotel, Petaling Jaya, pada Selasa.
Pada majlis itu, turut diperkenalkan pelbagai program menarik sepanjang Syawal, termasuk drama pendek Raya 2023 Suria FM yang mana lagu ‘Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu’ nyanyian asal seniwati Uji Rashid diangkat menjadi runut bunyi bagi drama berkenaan.
Dalam pada itu, Ibu kepada dua cahaya mata ini juga akui mahu lebih menghargai keluarga selepas kehilangan ibu tahun lalu dan abang kandung pada 27 Mac lalu.
“Selama 23 tahun ke udara, memang saya abdikan diri dalam dunia radio. Hingga arwah mak selalu cakap “engkau ni kerja nombor satu, keluarga nombordua.” Saya memang tiada tolenrasi bab cuti dan sebagainya.
“Selalu baki cuti tahunan berbelas hari. Orang lain mungkin sibuk di kampung isi masa bersama keluarga, saya pula sibuk bekerja di konti. Sayang sangat-sangat segmen Suria Cinta, Suria FM.
“Tapi bila mak sudah tiada dan abang pula menyusul sembilan bulan selepas itu, apa yang diperkatakan arwah mak terngiang kembali. Jadi bila di Tanah Suci, saya banyak refleksi diri,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Amelia Henderson bakal mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah tinggi yang mengarahkan dirinya membayar ganti rugi sebanyak lebih RM200,000 selepas tewas dalam keputusan kes saman pelanggaran kontrak perjanjian membabitkan syarikat produksi, A Aida Production Sdn Bhd.
Bagaimanapun, Amelia tetap akur dengan keputusan pihak mahkamah.
“Saya tak boleh berkata banyak. Saya pun akan buat rayuan juga. Jadi, kes ini masih berturusan dan kita nantikan keputusannya.
“Saya hormati keputusan mahkamah,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Amelia tetap merasakan dirinya memperoleh kemenangan kerana semua orang yang disayanginya ada disisinya disaat dia memerlukan.
“Saya hadir ke mahkamah hari ini tanpa sebarang ekpektasi. Saya bangga dengan diri saya sendiri sebab saya percaya saya buat perkara yang benar.
“Pada masa sama, perasaan ini juga yang memberikan saya kekuatan untuk membuat rayuan. Hari ini, secara peribadi, saya sangat gembira kerana ketika saat saya memerlukan kekuatan, semua orang yang saya sayang ada untuk saya.
“Saya tetap rasa menang. Ingin saya betulkan di sini, saya tak pernah berniat nak melawan sesiapa sebaliknya, keputusan yang saya buat ini adalah untuk menegakkan pendirian saya. Itu sahaja,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Amelia tetap menyifatkan dirinya mempunyai pengalaman yang baik sepanjang bekerja bersama A Aida selama ini.
“Pengalaman saya bekerja dengan Datuk A Aida memang sangat seronok. Tiada satu puh perkataan negatif untuk menggambarkan dirinya.
“Saya harap semua orang faham kes ini adalah berkaitan perbezaan pendapat. Itu sahaja,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya mengenai kenyataan A Aida yang tidak mahu lagi bekerja dengan dirinya, Amelia akur dengan keputusan penerbit tersebut
“Kalau itu perasaan Datuk A Aida, saya terima. Kalau jumpa di luar saya tetap akan okay sahaja. Saya menghormati semua orang di dalam industri ini lebih-lebih lagi bila saya pernah bekerja dengan individu tersebut,” akhirinya.
Sepanjang perbicaraan bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plaintif termasuk A Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia memberi keterangan.
Ketika perbicaraan berlangsung, pengurus produksi A Aida Production dilaporkan memberitahu mahkamah, syarikat itu terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dibuat Amelia.
Amelia dan dan seorang lagi pelakon, Idris Khan berdepan tindakan saman daripada A Aida selepas didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani.
A Aida bersama pengarah drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Rizal Baharuddin dilaporkan sepakat membawa perkara itu ke muka pengadilan.
Bagaimanapun, saman antara A Aida dan Idris berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah, manakala Amelia memilih untuk dibicarakan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan pempengaruh media sosial, Sam Lim dan Parisa Ardina sekali lagi mencuri perhatian apabila perkongsian mereka menjalani penggambaran ‘pre-wedding’ selepas sah bergelar suami isteri tular di media sosial.