Menampilkan figura selebriti popular pada satu masa, buat pertama kalinya pengeluar jenama baju Melayu popular Bulan Bintang tampil dengan iklan raya sendiri berjudul Raya Macam Star.

Menerima lebih separuh juta tontonan hanya selepas dua hari dilancarkan di platform penstriman YouTube, ia menjadi antara iklan raya yang diperkatakan ketika ini.

Malah, meninjau ke ruangan komen di media sosial, rata-ratanya memuji kualiti penghasilan iklan raya berkenaan yang sudah disifatkan setanding dengan jenama yang kerap mengeluarkan iklan raya saban tahun.

“Bulan Bintang punya iklan raya, lain macam weh level dia. Dah tahu dah tahun depan nak tunggu iklan siapa. Power!” tulis @AkeemSharyzal

“Level level iklan TNB siot. Power,” tambah @syafiqyzd

IKLAN

“Lawa cinematography n editing dia,” tulis @nhxkm_

“Fuhh iklan merekot mat,” sahut @mrbunroy pula.

Malah, ada juga yang meminta jenama berkenaan untuk terus menerbitkan iklan seumpamanya untuk tahun mendatang.

IKLAN

Dalam iklan terbabit, Zul seorang pemuda kampung jauh hati pada seorang gadis dan cuba mencari jalan untuk bertemu dengan gadis terbabit ketika Syawal.

Hannah Delisha ‘Jelma’ Jadi Supergirl Berhijab & Hakim Mahkamah, Sekali Iklan Raya Ini Memang Next Level! Hannah Delisha ‘Jelma’ Jadi Supergirl Berhijab & Hakim Mahkamah, Sekali Iklan Raya Ini Memang Next Level!

Menerima cadangan daripada poster Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya dan Beto Kusyairy yang boleh bercakap, Zul menjemput seisi kampung untuk datang ke rumah terbukanya.

IKLAN

Lucunya, ketika menyarung baju Melayu Bulan Bintang, Zul tiba-tiba bertukar sekacak Shukri Yahaya dan impiannya untuk bertemu dengan gadis terbabit (lakonan Hannah Delisha) tercapai.

Hannah Delisha ‘Jelma’ Jadi Supergirl Berhijab & Hakim Mahkamah, Sekali Iklan Raya Ini Memang Next Level! Hannah Delisha ‘Jelma’ Jadi Supergirl Berhijab & Hakim Mahkamah, Sekali Iklan Raya Ini Memang Next Level!

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI