Penyanyi Marsha Milan tidak menafikan bahawa suaminya, Mohamed Shaiful Nizam, menjadi antara individu penting ketika setiap kali berpeluang berentap di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Menurut Marsha, suaminya banyak menyumbangkan idea bagi memastikan persembahannya berada pada tahap yang baik dan berjalan dengan lancar.

Marsha Milan Pilih Tak Bergantung Dengan Duit Suami, Urusan Seni Hal Sendiri – “Saya Selesa Cara Ini.”

“Dia memang memainkan peranan yang sangat besar dalam setiap persiapan saya di AJL. Walaupun dia tidak sentiasa berada di hadapan, dia akan semak setiap karya-karya saya.

“Dia akan pastikan sama ada sesebuah lagu itu mampu dibawa ke hadapan atau tidak. Dalam setiap penyertaan saya di AJL, lagu Hening Rindu ini paling banyak saya ubah susunan lagu.

“Bagi saya, Hening Rindu ini sangat berbeza. Sudah empat kali saya ubah susunan. Alhamdulillah, suami saya juga bersetuju,” katanya kepada MH.

Bercakap soal kos persembahan, Marsha memaklumkan dia lebih selesa untuk menggunakan wangnya sendiri dan tidak bergantung kepada suami.

Ads

Tanggung Sendiri Kos Ke AJL39

Marsha Milan Pilih Tak Bergantung Dengan Duit Suami, Urusan Seni Hal Sendiri – “Saya Selesa Cara Ini.”

“Dari segi wang ringgit dan kos persembahan, memang saya boleh bergantung kepada suami tetapi saya memilih untuk tidak mahu melakukan hal tersebut.

“Bagi saya, selagi saya mampu mempertahankan kerjaya dengan cara saya sendiri, saya akan dahulukan cara saya.

“Namun, dari segi idea, suami saya memang banyak membantu,” ujarnya.

Katanya lagi, dia pernah diberikan pilihan untuk meninggalkan kerjaya seni selepas mendirikan rumah tangga namun, dia sendiri yang memutuskan untuk meneruskan bidang yang dicintainya ini.

Ads

Marsha Milan Pilih Tak Bergantung Dengan Duit Suami, Urusan Seni Hal Sendiri – “Saya Selesa Cara Ini.”

“Saya tak suka dan enggan terlalu bergantung kepada suami bila melibatkan soal kewangan dalam kerjaya saya. Lagipun, saya sendiri yang memutuskan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni ini.

“Saya telah diberikan privilege untuk tidak menjadi artist selepas berkahwin tapi saya nak teruskan juga. Saya selesa dengan cara seperti ini.

“Malah, saya masih punyai banyak sumber-sumber sendiri. Saya akan manfaatkan sumber tersebut. Sebagai contoh, saya merupakan artis rakaman, Alternate Record. Mereka juga membantu saya dalam segala hal,” katanya lagi.

Saingan Sengit

Mengulas lanjut tentang persembahan di AJL39, penyanyi asal Sabah ini tidak menafikan saingan finalis tahun ini sangat mencabar terutamanya dalam kategori
Vokal Terbaik.

Ads

“Tidak hanya bersaing dengan penyanyi wanita seperti Aina Abdul, Nadeera Zaini dan Ernie Zakri, Marsha menganggap saingan yang diberikan oleh penyanyi lelaki juga tidak kurang hebatnya.

“Saya rasa tahun ini sukar kerana kebanyakan finalis AJL39 pernah memegang Anugerah Vokal Terbaik. Itu yang membuatkan saya agak gementar sedikit.

“Selalunya netizen akan mengaitkan saya dengan vokal Aina, Nadeera dan Ernie kerana mereka merupakan penyanyi wanita tetapi perlu dingat penyanyi lelaki juga mempunyai banyak kelebihan.

Terdahulu, AJL39 bakal berlangsung pada 16 Febuari ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Sebanyak 10 buah lagu bakal dipertandingkan untuk merebut gelaran utama Juara Lagu edisi kali ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

@mediahiburanofficial Demi kelainan, TV3 membuat keputusan berasi untuk memilih gandingan pengacara baharu iaitu Naz Rahman dan Sissy Iman sebagai hos Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), Februari depan. Menurut Pengurus Projek AJL 39 yang juga Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3, Russell Mark Rodrigues, dia percaya gabungan mereka bakal membuka satu lembaran baharu seterusnya memecah dominasi pengacara-pengacara yang kerap kali muncul di kaca TV. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI