Pasangan penyanyi popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian sudah sah bernikah semula pada 27 Disember 2024 setelah pernikahan mereka pada 10 Mei tahun yang sama tidak sah dari segi hukum syariah.

Pernikahan semula ini telah didaftarkan di Pejabat Urusan Agama Setia Budi, Jakarta Selatan. Berita ini disahkan sendiri oleh Ketua Pejabat Urusan Agama Setia Budi, Nasrullah pada Jumaat, 3 Januari 2024.

“Mereka dinikahkan (berdaftar) di Pejabat Urusan Agama Setia Budi dan sebelumnya sudah mendaftarkan pernikahan. Semalam tepat seperti yang direkodkan pada Jumaat tanggal 27 Disember,” kongsinya.

Jelas Nasrullah, akad nikah itu dilangsungkan secara sah dan semua dokumen pentadbiran yang diperlukan telah lengkap. Segala syarat  juga telah dipenuhi semasa mendaftar di Pejabat Urusan Agama.

Ads

Pernikahan Tujuh Bulan Lalu Tidak Sah, Mahalini & Rizky Febian Nikah Semula

Dengan cara ini, masalah yang menjadikan pernikahan mereka tidak sah sebelum ini dapat diselesaikan dan diisytiharkan sah serta telah menerima buku nikah.

Ads

“Selagi mereka selesaikan, kami akan laksanakan perkahwinan itu. Dan mereka sudah selesaikan semua itu, dokumen sudah siap. Jadi kami akan laksanakan perkahwinan itu,” kata Nasrullah lagi

Ads

Imbas kembali, pasangan ini bertunang pada Mei 2023 dan mereka berkahwin setahun kemudian pada 10 Mei 2024 selepas Mahalini memeluk agama Islam.

Walau bagaimanapun perkahwinan mereka itu mempunyai masalah selepas Mahkamah Syariah Jakarta Selatan memutuskan perkahwinan mereka tidak mengikut hukum syariah. Ini disebabkan salah satu rukun nikah tidak dipenuhi, iaitu pelantikan wali nikah atau wali hakim yang tidak sah.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI