“Mama Mahu Kami Dinikahkan Di Masjid Saja…,” – Fasha Kongsi Perkembangan Menjelang Hari Bahagia, Rancang Nikah Mac Depan

Pelakon versatil, Fasha Sandha berkongsi bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya yang juga pelakon, Aidil Aziz, penghujung Mac depan.

Fasha memberitahu MH, majlis nikah dan bersanding akan diadakan di Perlis dan majlis sebelah lelaki berlangsung di Rembau, Negeri Sembilan.

“InsyaAllah kami merancang nikah hujung Mac ini. Majlis diadakan di Perlis atas permintaan ibu saya. Majlis nikah akan dibuat di masjid. Itu perancangannya saja,” katanya ringkas apabila ditanya mengenai persiapan kahwinnya.

Bagaimananpun, ibu kepada dua cahaya mata ini turut mengakui dia masih belum membuat persiapan secara sepenuhnya lagi gara-gara kekangan masa dan komitmen terhadap jadual penggambaran.

“Saya belum buat apa-apa persiapan lagi kerana sibuk dengan kerja hingga tidak terfikir mengenai majlis pernikahan. Berbeza Aidil yang sudah siap membeli kain untuk dibuat baju bagi ahli keluarganya.

“Malah dia juga sudah mulai mengemas rumah keluarganya di Rembau sebagai persediaan. Saya pula belum buat apa pun lagi,” katanya secara berseloroh.

IKLAN

Pada masa sama, Fasha juga memberitahu kerana sibuk, dia sendiri masih belum bertemu dengan perancang perkahwinan untuk berbincang selain belum mempunyai lokasi kahwin untuk majlis nikah dan sandingnya nanti di Perlis.

“Akan tetapi, mama mahu kami dinikahkan di masjid saja, malah majlis di Perlis juga dilakukan juga atas permintaannya juga,” jelas Fasha jujur.

Cuma yang pasti, Fasha memberitahu majlis kahwin di sebelah pihak perempuan mungkin dianjurkan secara sederhana sahaja.

Sementara majlis di pihak lelaki pula akan melibatkan jemputan yang lebih besar, sekitar 5,000 orang. Malah peminat juga mungkin dijemput untuk meraikan.

“Cuma mungkin rakan baik akan hadir di majlis nikah saya nanti di Perlis. Syukur meski agak jauh dari Kuala Lumpur, tetapi sudah ada rakan terdekat yang sudi ke sana, luangkan masa,” kongsi Fasha.

Sementara itu, bintang ini turut memberitahu sebelum ini dia agak ragu-ragu untuk berkongsi lebih mengenai status atau persiapan perkahwinan memandangkan ia belum boleh diputuskan lagi.

“Setiap kali ditanya mengenai tarikh pernikahan, saya takut untuk berkongsi kerana belum muktamad tadi. Tak berani untuk beritahu lebih-lebih.

“Apa pun, saya tidak boleh pentingkan diri kerana Aidil belum pernah melalui pengalaman ke jenjang pelamin. Jadi harap yang terbaik saja buat kami.

IKLAN

Terdahulu, fasha ditemui media di lokasi penggambaran drama Patah Sayap Bertongkat Paruh terbitan Zeel Production di Kapar, Selangor.

Turut sama terlibat di dalam drama rantaian tersebut ialah Datuk Aaron Aziz, Elly Mazlein, dan ramai lagi.

Fasha yang selesa solo selepas tiga tahun berpisah, dia kini bahagia bersama dua permata hatinya Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4 tahun. Terdahulu, Fasha dan Aidil mengikat tali pertunangan 18 November lalu.

Foto: Instgram Fasha Sandha