Pengacara dan penyampai berita, Shahril Sarapudin berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan isterinya telah selamat malahirkan cahaya mata ketiga pada Khamis.
Menurut Shahril, dia berasa sangat bersyukur kerana segala proses sewaktu melahirkan bayi perempuan tersebut telah pun dipermudahkan.
“Alhamdulillah. Syukur padamu Ya Allah.
Puteri kami seberat 3.4kg selamat dilahirkan. Buat isteriku tercinta…terima kasih atas pengorbanan yang tak terhingga ini.
“Terima kasih keluarga dan sahabat sekalian atas titipan doa. Kami sangat menghargainya.
“Doakan puteri kami ini akan membesar menjadi insan berguna untuk agama dan negara. Syukur Ya Allah,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Selamat Pagi Malaysia itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Shahril turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan keluarganya itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga anak tersebut membesar menjadi anak yang solehah.
Terdahulu, Shahril telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Souzul Fazlina pada Januari 2013 dan telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata sebelum ini.
Sumber: Instagram Shahril Sarapudin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada pelawak dan pengacara, Fad Bocey, Syaheera Rahman ada memasang hajat agar bayi didalam kandungannya itu lahir pada tanggal 10 Oktober ini.
Bagaimanapun, Syaheera mengakui dirinya ada berasa sedikit gementar menantikan detik kelahiran cahaya mata mereka yang keempat itu.
“Kita doa baby keluar 10/10 tau. Menanti hari walaupun berkali dah nervous tu tetap ada.
“Kita doakan sesiapa yang baca post ni yang menanti zuriat moga Allah kurniakan kalian rezeki yang tak ternilai ni.
“Moga dikurniakan anak dari zuriat keturunan yang baik-baik, Amin ya rab,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Syaheera menerusi akaun Instagram miliknya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat Syaheera selain turut berharap agar urusan ketika melahirkan nanti akan dipermudahkan.
Terdahulu, Fad dan Syaheera telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Mac 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan anak kembar lelaki Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang anak perempuan bernama Nur Aminah Mishall.
Sumber: Instagram Syaheera Rahman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Chacha Maembong mengakui sudah tiba masanya untuk dia menjalani kehidupan yang lebih baik, seterusnya cuba fokus dalam kerjaya seni dan bisnes yang diterokainya kini.
Mula melancarkan produk Perfect Look, Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aisyah Ismail, 24, turut menambah kisah sensasi yang pernah terpalit di dalam hidupnya sebelum ini menjadi pengajaran yang mematangkan diri.
Apatah lagi apabila mengenangkan adik-beradiknya yang lain sudah pun berkahwin dan mempunyai kehidupan sendiri.
“Saya sahaja yang masih belum berkahwin, jadi keadaan itu berlaku, saya merasakan ini bukanlah masa sesuai untuk main-main lagi. Adik-beradik perempuan lain ada kehidupan sendiri.
“Jadi bila sendiri ni, rasanya saya perlu menjadi individu yang ada hala tuju, punya masa depan dan bukan masanya untuk ‘have fun’ lagi.
“Saya anak bongsu. Dulu saya dan Emma sebelum berkahwin, kita selalu ‘buat hal’. Saya tahu kakak saya akan ada… I got my sisters. Lantaklah kalau orang nak cakap apa dan sebagainya.
“Tapi kini situasinya berubah. Sudah tiba masa untuk saya fokus dalam hidup. Pada masa sama, belajar untuk jadi individu yang lebih baik,” jelasnya kepada MH.
Bintang asal Terengganu ini juga tidak menolak transisi hidup kakaknya yang juga pelakon, Emma Maembong turut membuka ruang untuknya memandang jauh ke depan.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.