Kata orang, siapa yang ada lesung pipit ni mempunyai senyuman yang manis.

Terkini, trend lesung pipit palsu mula menjadi pilihan ramai apabila ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit hanya untuk mendapatkan lesung pipit pada wajah ketika tersenyum.

Menurut sebuah portal trend yang kian mendapat sambutan ramai ini telah meningkatkan permintaan bagi melakukan pembedahan ini dan ramai yang menjadikan wajah model Miranda Kerr sebagai contoh.

Bagi mendapatkan lesung pipit di wajah ini tidak perlu mengambil masa yang lama, hanya 30 minit sahaja sudah boleh dapat lesung pipit yang diidamkan.

IKLAN

30 Minit Untuk Dapatkan Lesung Pipit Palsu

Pakar bedah akan membentuk otot pipi dan kemudia otot tersebut dilekatkan pada permukaan bawah kulit muka maka terhasillah lesung pipit setiap kali otot muka digerakkan.

Setiap kali tersenyum lesung pipit ini akan kelihatan dan kos bagi menjalani pembedahan ini adalah di antara RM3,400 ke RM10,700.

IKLAN

Zaman sekarang ini, macam-macam teknologi moden yang ada untuk menjadikan seseorang itu cantik.

Sedikit info tentang lesung pipit, ianya terjadi akibat daripada variasi otot muka yang dipanggil ‘zygomaticus major’. Kecacatan variasi yang berlaku pada otot ini sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic.

IKLAN

Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu, faktor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal dan menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi yang dipanggil lesung pipit.

Haa sekarang dah tau kan apa punca terjadinya lesung pipit ni.

Sumber: Mynewshub & Ena’s Stories

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI