Pelakon, Saharul Ridzwan ada berkongsi foto  kandid mesra bersama isterinya, Qabilaa Deena Emir Mohamed menerusi Instagram.

Foto yang dirakam selepas solat itu turut disambut dengan doa peminat agar hubungan mereka terus harmoni sampai bila-bila.

“Bukan selalu dapat bermanja-manja laki bini macam ni. Ali tengah tidur. So lepas solat sama-sama tadi kita bercintalah kejap.

“Kalau tak Ali selalu marah saya, pegang tangan Deena pun dia marah. Ya Allah, berikanlah aku masa dan peluang yang banyak untuk aku berjenaah dengan isteriku lagi.

“Unilah terapinya kalau tengah stres, bergaduh pasal nak makan apa ke, lepas solat mesti semuanya InsyaAllah kembali normal,” tulisnya yang kini turut aktif melebarkan sayap dalam perniagaan.

IKLAN

Saharul yang pernah menduduki tempat ketiga Pencarian Hero Remaja kini mengusahakan perniagaan tudung serta kosmetik, Maria Miracle.

“Ketika saya masih bujang, saya rasa pendapatan dalam bidang lakonan sudah cukup. Tetapi selepas mempunyai isteri dan anak, saya kena banyak fikirkan mengenai masa hadapan.

“Bidang lakonan memang ‘passion’ saya tetapi perniagaan adalah untuk persiapan masa depan kami sekeluarga,” katabya ketika ditemui di DTC Motors Fest anjuran DTC Motors Sdn Bhd, Jalan Ampang baru-baru ini.
Tambah aktor drama bersiri Arluna ini, dia juga banyak mendapatkan nasihat serta tips niaga dari rakan, seperti pelakon Fizo Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif DTC Motors, Md Afendy Wahid.

“Saya pernah melalui zaman ‘down’ serta buntu dengan beberapa perkara berkaitan bidang perniagaan dan kehidupan. Banyak perkara yang saya belajar dari mereka.

IKLAN

“Memandangkan mereka terlebih dahulu terjun dalam bidang bisnes dan sukses atas apa yang mereka lakukan,” jelasnya lagi.

Selain Saharul, turut sama hadir memeriahkab program berkenaan ialah Syamel, Norman Hakim, anggota kumpulan Nico dan ramai lagi.

IKLAN

DTC Motors Fest dianjurkan bersempena dengan pembukaan syarikat pengedar kenderaan import dan terpakai berkenaan yang terletak bersebelahan Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Foto: Instagram Selebriti

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI