Selepas tersebarnya beberapa keping foto tanpa hijab yang dikatakan mirip kepada pelakon, Emma Maembong sejak awal hari ini, akhirnya pelakon Kimchi Untuk Awak secaea profesional tampil mengakui khilaf.
Pengakuan tersebut dibuatnya menerusi Instagram menerusi posting terkini. Berikut merupakan apa yang dikongsikan Emma;
“Salam semua. Sy nk mintak maaf atas salah sy lalai. Mmg salah sy. Bukan salah kawan, keluarga atau sapa2 jgn salah kan diorg sbb sy sendiri yg lalai.
Ads
“Maaf kan sy. Thank you kepada yg nasihat sy, dan yg marah yg kecewa atau sedih semua sy mintak maaf ya. Im sorry.
“Walaupon ramai ckp pergi mintak maaf dekat allah sy buat, dekat manusia pon still sy kene mintak maaf jgk kan.tak sempat sy nk reply comment satu2 byk sgt.
Ads
“But Thank you yg masih support dan yg positive. Love you guys so much. Im sorry again. Maaf kan saya,” tulisnya.
Pelakon filem Paskal, Hairul Azreen awal malam tadi ada memuat naik foto kenangan sebuah kereta dan motorsikal berkuasa tinggi yang dibelinya tidak lama dulu menerusi Instagram.
Bagaimanapun, atas faktor bernazar, pelakon berusia 30 tahun itu sanggup menjual dua ‘permainan’ kegemarannya itu, demi keluarga tercinta.
“Nazar saya untuk anak ke-2 jual superbike & super car. Demi keluarga dan saya telah jual pun #HarapDapatBeliBasikalBaru (last tu hanya tambahan) hahaha #FamilyFirst,” tulisnya.
Terdahulu, isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Hanis Zalikha kini sedang sarat mengandung tiga bulan.
Selain Datuk Seri Aliff Syukri, turut memberikan dedikasi buat Qayyum ialah isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang menyifatkan dia mungkin bukan ibu terbaik buat kanak-kanak itu.
Malah ujarnya seperti yang dipetik menerusi perkongsian usahawan tersebut di Instagram, dia mungkin akan lakukan perkara sama iaitu mengambil anaknya kembali andai dia berada dalam situasi ibu kandung Qayyum.
Berikut merupakan antara coretan yang dikongsi Shahida;
“Nak tahu kenapa saya x bagi kutuk2 mak qayyum lebih2?? Sebab kalau saya ada di tempat dia maybe saya akan buat yg sama….zaman laman sosial ni……..mcm2 benda boleh jadi.
“Netizen yg start compare Qayyum Ameena dan Yusoff,dari start saya mengandung dah mcm2 komen keluar,dah mengandung nanti pilih kasih,lepas tu dah beranak komen pula kenapa yusoff beranak kat hospital ni kenapa mak qayyum n ameena bg beranak kat hospital lain.
“Dah lahir compare pula majlis cukur jambul,lepas tu compare pula apa yg hadiah yusoff dapat dgn yg ameena qayyum dapat,compare strollers,baju,kasut,bercuti, hari jadi semua lah selagi boleh pakai jari2 tu selagi tu la mcm2 menulis.
“Korang ingat mak dia x baca ke,pastu komen pula kata qayyum lembab la,x sihat la,terencat la…. ameena tak,itu lah inilah…..dan inilah apa yg berlaku sekarang….
“Belum lagi isu tunjal kepala la….apa lagi nak jadikan isu lepas ni…kadang2 doktor yg suntik pun korang bawangkan sebab kononnya bezakan2 anak yusoff doktor lain ni doktor lain…dah dia beranak hospital tu…situ lah dia pergi.
“Jangan pandai2 nk salahkan mak dia lebih2 sangat sebab jari jemari kita ligat mengutuk… so x perlu nak sedih2 sangat sebab puncanya dari kita semua…
“Saya tidak marah dan berdendam…cuma supaya benda2 ni tidak berlaku pada masa lain…..yg dah jadi x boleh putar balik pun….cuma doakan yg terbaik je dah memadai…saya saya percaya masa akan merawat saya dan juga Qayyum.
“Nak gaduh dgn netizen pun x guna nanti balik2 mereka juga yg betul dan baik….Jangan Bimbang….netizen sentiasa betul,yg salahnya saya….keluarga saya x cukup baik…….apapun don’t worry saya tidak sedih mana pun…pura2 sedih aja.
“Jangan bimbang pasal Yom sebab Allah punya rencana terbaik….Mak dia pasti jaga dia lebih baik,saya anggap saya tolong jagakan sahaja dalam 1 tahun ni.
“Saya boleh jer x nak bagi tapi mcm mana pun itu tetap mak dia jadi x nak kemudian hari saya dipersalahkan sebab pisahkan dia dari mak dia,” tulis Shahida panjang lebar.
Sementara menerusi Instagram Aliff pula, penyanyi Abang Nak Tegur itu ada memaklumkan dia bakal menyerahkan kembali Qayyum kepada ibu kandungnya, hari ini.