Syarikat teknologi dan perisian digital pertama di Malaysia, Tronserve (M) Sdn. Bhd. baru-baru ini telah memperkenalkan laman web berkonsepkan do it yourself (DIY) serta aplikasi mesyuarat maya.

Dibangunkan oleh anak tempatan, program yang dikenali sebagai Tronserve Link itu turut menyediakan pelbagai tawaran menarik seperti komunikasi bersama komuniti, peluang pekerjaan dan peluang niaga serta pengajian secara dalam talian dan sebagainya.

Pastinya juga, web tersebut menjadi medium terbaik khasnya kepada pengguna yang bekerja dari rumah bila mana mereka ingin melakukan diskusi atau komunikasi secara maya lebih-lebih lagi di dalam situasi semasa dunia yang berdepan pandemik COVID-19 ketika ini.

Tidak hanya kepada pengguna lain, program ini juga disifatkan sebagai antara peluang terbaik buat golongan selebriti di dalam mempromosikan segala bentuk naskhah seni kepada semua orang.

“Boleh dikatakan kebanyakan selebriti di negara ini kini memilih menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tik Tok di dalam mempromosikan naskhah seni atau berkongsi aktiviti semasa.

“Bagaimanapun apabila mereka memiliki laman web sendiri, ia boleh menjadi ‘rumah’ kepada apa sahaja yang melibatkan selebriti berkenaan dan sekali gus membuatkan akses bersama peminat menjadi lebih mudah, selain sokongan platform aplikasi lainnya.

“Jadi kami ada menghubungi beberapa selebriti serta bintang media sosial untuk memberi galakan serta pendedahan mengenai program ini.

“Malah kami turut memerlukan mereka untuk mencipta lebih kesedaran mengenainya kepada semua orang di luar sana demi memastikan kempen ini berjaya,” kata pengasas Tronserver, Datuk Allan Goh.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Tronserve, Arash Abdullah pula menambah, pelancaran dua platform ini dilihat sebagai satu kemudahan baru bagi semua orang di negara ini.

Lebih-lebih lagi, ia juga boleh menjadi menjadi masa yang tepat untuk digunakan oleh mereka yang bekerja dari rumah.

Mengharapkan sokongan semua, Ketua Pegawai Eksekutif Tronserver, Dr Keith Ooi Kuan Keat optimis menerusi Tronserver, semuanya menjadi lebih mudah terutamanya di dalam melalui fasa kerja norma baharu ketika ini.

“Kami mensasarkan lebih 2 juta pengguna yang akan menggunakan pelbagai kemudahan yang ditawarkan Tronserve sehingga akhir tahun ini.

“Jika kami berjaya memperolehi sekitar 20 peratus pengguna di negara ini dalam tempoh berkenaan ia menjadi satu signal yang baik,” katanya ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan Tronserve di Sunway Convention Centre pada Sabtu.

Layari www.tronserve.com untuk mendapatkan pelbagai informasi mengenai laman web berkonsepkan DIY dan aplikasi mesyuarat secara maya, Link ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI