Pelakon, Betty Rahmad meluahkan rasa kecewa saat mengetahui pembantu rumahnya didakwa mengambil keputusan untuk melarikan diri.

Menurut Betty, pembantu rumahnya itu pernah menyuarakan hasrat untuk pulang ke negara asal buat sementara waktu tetapi tidak diizinkan olehnya.

Dengan keadaan semasa yang tidak menentu dek kerana penularan wabak COVID-19, Betty pernah menasihati wanita yang dikenali sebagai Anim itu agar bersabar dan tunggu sehingga keadaan kembali stabil.

View this post on Instagram

Officially Maidless Sedihnya bangun tidur harini our helper dah takde. Sedih, dissapointed. Tak sangka. The reason why she left because dia nak balik kampung this month and we all tak bagi. Bukan sengaja tak bagi, with this covid yang tengah teruk sekarang macammana lah nak balik & masuk sini balik. Dan dia nak ikut “jalan belakang” naik kapal haram. Lagilah me and husband tak agree. Permit pun baru renew. Kita mintak dia balik January depan bila covid semua ni dah reda so balik dengan selamat naik flight & datang pun naik flight. Bukan secara haram. Takpelah, pasti ada sesuatu Allah nak tunjuk & ganti untuk kami. Anim, saya tau kamu akan baca ni, terima kasih atas segala pertolongan selama ini dan tinggalkan kami dengan cara ini. Semoga kamu bahagia dengan keputusan kamu 😔

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on

“Officially Maidless. Sedihnya bangun tidur hari ni our helper dah takde. Sedih, dissapointed. Tak sangka.

“The reason why she left because dia nak balik kampung this month and we all tak bagi.

IKLAN

“Bukan sengaja tak bagi, with this COVID-19 yang tengah teruk sekarang macam manalah nak balik & masuk sini balik.

“Dan dia nak ikut “jalan belakang” naik kapal haram. Lagilah me and husband tak agree. Permit pun baru renew,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh adik kepada pelakon, Umie Aida itu menerusi akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Dalam pada itu, Betty turut mendedahkan dia dan suami telah pun merancang perjalanan pembantu rumahnya supaya dia dapat menggunakan saluran yang betul tahun depan.

“Kita mintak dia balik January depan bila COVID semua ni dah reda so balik dengan selamat naik flight & datang pun naik flight. Bukan secara haram.

“Takpelah, pasti ada sesuatu Allah nak tunjuk & ganti untuk kami. Anim, saya tau kamu akan baca ni.

IKLAN

“Terima kasih atas segala pertolongan selama ini dan tinggalkan kami dengan cara ini. Semoga kamu bahagia dengan keputusan kamu,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka berurusan dengan para pembantu rumah yang terdahulu.

“Dia Nak Ikut Jalan Belakang, Naik Kapal Haram,” – Mahu Balik Kampung Di Kala Pendemik? Betty Rahmad Kecewa Pembantu Rumah Larikan Diri! “Dia Nak Ikut Jalan Belakang, Naik Kapal Haram,” – Mahu Balik Kampung Di Kala Pendemik? Betty Rahmad Kecewa Pembantu Rumah Larikan Diri! “Dia Nak Ikut Jalan Belakang, Naik Kapal Haram,” – Mahu Balik Kampung Di Kala Pendemik? Betty Rahmad Kecewa Pembantu Rumah Larikan Diri!

Bagaimanapun, Betty mengakui dirinya reda dengan perkara ini dan percaya segala yang berlaku, pasti ada hikmahnya.

Sumber: Instagram Betty Rahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI