Lagu Sirih Pulang Ke Gagang, hasil ciptaan sepenuhnya oleh Akmal Mustafa dan Aniq Muhai serta dipersembahkan oleh kumpulan UNIC, dinobatkan sebagai Lagu Terbaik di Anugerah Carta 114 musim kedua.

Kemenangan ini melayakkan kumpulan tersebut membawa pulang hadiah utama bernilai RM20,000.

Fitri Haris mewakili UNIC berkata, kemenangan yang diraih sebagai kejutan memandangkan mereka tidak berpeluang untuk berlatih bersama dalam tempoh panjang atas kekangan masa.

Selain hadiah utama, UNIC turut Bazli dan Fakhrul itu juga membawa pulang Anugerah Vokal Terbaik dan wang tunai RM10,000.

Hanya Sempat Berlatih Saat Akhir

“Jujurnya perasaan kami bercampur-baur dan tak percaya. Kami bersatu buat pertama kali malam ini kerana masing-masing ada komitmen sebelum ini.

“Malah saya sendiri baru sampai dari United Kingdom, semalam dan sudah tentulah sesi latihan kami dilakukan secara berasingan.

“Bagi kami, ini rezekiNya. Kami sempat berlatih sama dalam kereta. Apa pun, mungkin inilah bukti 23 tahun keserasian yang dapat kami capai walau tidak bersama.

Ads

“Apa yang saya nak tekankan, kebersamaan itu sangat penting. Alhamdulillah, dalam tak percaya, kami bersyukur dan terima kasih kepada yang menyokong dan para juri,” katanya kepada MH.

Lagu Nyanyian UNIC Menang Anugerah Carta 114, ‘Kaut’ RM30,000 Lagu Nyanyian UNIC Menang Anugerah Carta 114, ‘Kaut’ RM30,000

Fitri berkata demikian ketika ditemui sejurus malam kemuncak Anugerah Carta 114 di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumupur, malam tadi.

Sementara itu, lkumpulan Darwish menerima Anugerah Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000.

Ads

Kumpulan duo itu membawakan lagu Abu Ubaidah ciptaan sepenuhnya Faiz Darwish.

Selain UNIC dan Darwish, lima peserta lain yang berentap di Anugerah Carta 114 termasuk Kumpulan Rabithah, Kumpulan Madinah, Haadi, Idris Shamsuddin, dan duo Halim Ahmad dan Aiman Sidek.

Optimis Angkat Industri Nasyid

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah iaitu Puan Nadzariah Mohamed berkata, tujuan Anugerah Carta 114 khusus bagi memartabat dan mengangkat industri nasyid di Malaysia.

Ia pada masa sama dilihat sebagai platform terbaik bagi menyampaikan dakwah kepada audiens.

Ads

“Bait-bait lirik dalam nasyid memang membawa ke arah kebaikan dan ini merupakan salah satu platform untuk mendidik jiwa seseorang.

“InsyaAllah TV AlHijrah akan teruskan dalam mendidik masyarakat dan memberikan yang terbaik. Ini juga sebagai platform untuk penggiat seni muzik Islam supaya dapat berada di arus perdana,” katanya.

Lagu Nyanyian UNIC Menang Anugerah Carta 114, ‘Kaut’ RM30,000 Lagu Nyanyian UNIC Menang Anugerah Carta 114, ‘Kaut’ RM30,000

Anugerah Carta 114 dijurikan tiga juri profesional yang diketuai oleh Farihin Abd Fatah, Amran Omar dan Razin Mestica.

Selain persembahan peserta, Anugerah Carta 114 turut disajikan dengan persembahan oleh kumpulan nasyid legenda, Rabbani yang menyampaikan beberapa buah lagu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI