Kebelakangan ini, pelakon, Adam Corrie sering kali dilihat berkongsikan pengalamannya sewaktu manjalankan proses bagi mengislamkan para saudara baru menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri terkini di platform yang sama, Corrie mendedahkan dirinya ada menerima mesej peribadi daripada seorang individu yang dilihat kurang senang dengan perkongsiannya selama ini.

Malah, individu tersebut turut bertindak mencabar Corrie untuk meyakinkannya memeluk agama Islam.

Kurang Senang Lihat Adam Corrie Islamkan Saudara Baru? Tuan Badan Beri Penjelasan – “Saya Hanya Ceritakan Keindahan Islam, Itu Sahaja.” Kurang Senang Lihat Adam Corrie Islamkan Saudara Baru? Tuan Badan Beri Penjelasan – “Saya Hanya Ceritakan Keindahan Islam, Itu Sahaja.”

Tidak melatah, Corrie sebaliknya mendedahkan perkongsiannya selama ini bukanlah bertujuan untuk bangga diri, sebaliknya dia sebenarnya hanya sekadar ingin membantu mereka yang benar-benar yang ingin bergelar Muslim.

Menurut pelakon filem, KL Gangster ini lagi, dia sebenarnya tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk memeluk agama Islam kerana segala terjadi adalah dengan kerelaan hati mereka sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

“Ini bukan luahan hati. Ini untuk pengetahuan secara umum yang berniat untuk kembali kepada fitrah. Cara-cara untuk syahadah. Ramai yang malu-malu nak bertanya.

“Tiada paksaan kepada sesiapa sahaja untuk kembali kepada fitrah. Semua terpulang kepada empunya diri. Hidayah itu milik Allah. Saya hanya boleh menceritakan keindahan Islam. Itu sahaja.

IKLAN

“Ada yang tertanya-tanya bagaimana saya boleh syahadahkan ramai orang. Kebanyakan yang saya syahadahkan adalah orang yang saya tak kenal. Tak pernah jumpa. Mereka yang datang jumpa saya, DM/PM saya menyatakan hasrat untuk syahadah,” tulisnya.

Kurang Senang Lihat Adam Corrie Islamkan Saudara Baru? Tuan Badan Beri Penjelasan – “Saya Hanya Ceritakan Keindahan Islam, Itu Sahaja.” Kurang Senang Lihat Adam Corrie Islamkan Saudara Baru? Tuan Badan Beri Penjelasan – “Saya Hanya Ceritakan Keindahan Islam, Itu Sahaja.”

Dalam pada itu, Corrie turut memaklumkan dia juga akan menyelidik terlebih dahulu latar belakang para saudara baru sebelum bersetuju untuk mengajar mereka untuk mengucapkam syahadah.

“Ketika hari saya hendak syahadahkan mereka. Memang menjadi perkara yang wajib saya bertanya. 1. Kenapa ingin memeluk Islam? 2. Bertanya latar belakang mereka. 3. Adakah sebarang paksaan dari sesiapa untuk memeluk Islam?

“Jika tiada sebarang paksaan baru saya akan memimpin mereka syahadah.
Jika ada yang seseorang memaksa memeluk Islam itu adalah perkara yang tidak bermoral,” kongsinya lagi.

IKLAN

Kurang Senang Lihat Adam Corrie Islamkan Saudara Baru? Tuan Badan Beri Penjelasan – “Saya Hanya Ceritakan Keindahan Islam, Itu Sahaja.”

Dikesempatan itu, Corrie turut menjelaskan Islam tidak pernah mengenakan sebarang bayaran buat mereka yang terdetik hati untuk memeluk agama tersebut.

“Ada yang bertanya perlu bayaran ke nak masuk Islam? Tiada bayaran . Hanya bawa diri dan hati yang tulus cintakan Islam itu sahaja.

“Untuk pendaftaran Islam hanya ambil gambar 2 keping dan salinan kad pengenalan. Itu sahaja,” akhirnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Corrie untuk mengabaikan sahaja komen-komen negatif tersebut.

IKLAN

“Inilah ujian yang akan dihadapi dalam berdakwah. Teruskan Adam. Allah janji syurga. Dunia ini hanya setitis dunia yang dicelup jari.

“Semoga tabah dalam menghadapi ujian Adam.

“Alhamdulillah, perjuangan yang tulus.

“Islam itu indah dan mudah. Hanya yang memahami dapat rasai nikmat Islam itu,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Kurang Senang Lihat Adam Corrie Islamkan Saudara Baru? Tuan Badan Beri Penjelasan – “Saya Hanya Ceritakan Keindahan Islam, Itu Sahaja.”

Sekadar informasi, Adam telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad pada 2008.

Sumber: Instagram Adam Corrie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI