Umum mengetahui, pengacara dan penulis lagu, Fedtri Yahya sering kali berkongsi rasa serta persoalan di laman Twitter sebagai salah satu cara untuk berinteraksi bersama para pengikutnya.

Terbaru, Fedtri dilihat ada bertanyakan soalan secara rawak mengenai nasihat yang ‘tak boleh pakai’.

“Apakah ‘nasihat tak boleh pakai’ yang pernah anda terima?,” tulis Fedtri.

Entri tersebut menerima reaksi pelbagai yang rata-ratanya berkongsi kisah mereka berhubung persoalan yang diajukan.

Altimet Beri Respon Soalan Fedtri Yahya ; ‘Apakah ‘Nasihat Tak Boleh Pakai’ Yang Pernah Anda Terima?’ – “Kau Kena Ada Kontroversi, Scandal. Baru Nama Naik Dalam Industri…”

Antara yang turut memberikan respon terhadap ciapan berkenaan termasuklah rapper popular, Altimet.

IKLAN

Dedah Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, sewaktu dia masih bergiat aktif di dalam industri seni, dia pernah diberikan cadangan untuk mencipta kontroversinya sendiri bagi menaikkan lagi popularitinya.

“Kau kena ada kontroversi, ada scandal. Baru nama naik dlm industri ni. Takkan nak harapkan orang suka lagu je. Kita set up cerita kau pegi kelab malam, standby photographer kat luar ambik gambar kau, ok.

“Yeaaaaaaaaa nope,” jelas Altimet.

IKLAN

Bagaimanapun, Altimet memaklumkan dia telah pun menolak dan enggan melakukan kesemua cadangan-cadangan tersebut.

Altimet Beri Respon Soalan Fedtri Yahya ; ‘Apakah ‘Nasihat Tak Boleh Pakai’ Yang Pernah Anda Terima?’ – “Kau Kena Ada Kontroversi, Scandal. Baru Nama Naik Dalam Industri…” Altimet Beri Respon Soalan Fedtri Yahya ; ‘Apakah ‘Nasihat Tak Boleh Pakai’ Yang Pernah Anda Terima?’ – “Kau Kena Ada Kontroversi, Scandal. Baru Nama Naik Dalam Industri…”

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa bangga selain turut memuji tindakan bintang berkenaan yang dipercayai menolak cadangan tersebut.

“Itu la realitinya industri kita. Sebab tu tak habis habis ada je artis yang buat kontrovesi. Just to remain relevant.

IKLAN

“It’s not good to have your name stand out with bad backgrounds. Buat kerja kena clean, suci. Baru berkat. Takkan nak tunggu viral sebab benda tak elok baru rezeki nak masuk.

“Hahaha terbaik. Hidup dengan maruah.

“Hebat bro, salute,” antara komen netizen di laman Instagram.

Altimet Beri Respon Soalan Fedtri Yahya ; ‘Apakah ‘Nasihat Tak Boleh Pakai’ Yang Pernah Anda Terima?’ – “Kau Kena Ada Kontroversi, Scandal. Baru Nama Naik Dalam Industri…” Altimet Beri Respon Soalan Fedtri Yahya ; ‘Apakah ‘Nasihat Tak Boleh Pakai’ Yang Pernah Anda Terima?’ – “Kau Kena Ada Kontroversi, Scandal. Baru Nama Naik Dalam Industri…” Altimet Beri Respon Soalan Fedtri Yahya ; ‘Apakah ‘Nasihat Tak Boleh Pakai’ Yang Pernah Anda Terima?’ – “Kau Kena Ada Kontroversi, Scandal. Baru Nama Naik Dalam Industri…”

Dalam perkembangan lain, Altimet kini giat menjalan aktiviti sosial khusus bagi meringankan beban mereka yang terkesan sepanjang tempoh pendamik Covid-19.

Sumber: Twitter & Instagram Altimet

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI