Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah video tular yang memaparkan perbualan diantara pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaled bersama seorang pemuda berbangsa India.

Pemuda berkenaan difahamkan telah membuka hatinya untuk memeluk agama Islam selepas mendengar perkongsian dariapada Aisar.

“Saya Akan Bawa Dia Untuk Dibimbing,” – Aisar Khaled Perjelas Isu Islamkan Mualaf, Ustaz Abdullah Khairi Pun Beri Kata-Kata Semangat “Saya Akan Bawa Dia Untuk Dibimbing,” – Aisar Khaled Perjelas Isu Islamkan Mualaf, Ustaz Abdullah Khairi Pun Beri Kata-Kata Semangat

Video berdurasi lebih dua minit itu nyata menerima reaksi pelbagai ramai daripada pihak yang rata-ratanya memberikan pendapat mereka mengenai tidakan Aisar itu.

Malah, ada juga segelintir wargamaya yang mengkritik tindakan tersebut dengan menyifatkan Aisar seperti tiada perancangan khusus buat individu berkenaan dan hanya melakukan perkara tersebut semata-mata untuk meraih perhatian.

“Saya Akan Bawa Dia Untuk Dibimbing,” – Aisar Khaled Perjelas Isu Islamkan Mualaf, Ustaz Abdullah Khairi Pun Beri Kata-Kata Semangat

Enggan berdiam diri, Aisar sebaliknya tampil menjelaskan mengenai sutuasi sebenar.

Jelas Aisar, dia tidak pernak memaksa pemuda tersebut untuk memeluk agama Islam sebaliknya ia berlaku kerana kerelaan hatinya sendiri.

IKLAN

“Saya mengajak dia masuk Islam. Saya tidak pernah memaksa dia. Saya akan bawa dia dibimbing Insyaallah,” jelasnya.

Perkongsian tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Chandelier itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Saya Akan Bawa Dia Untuk Dibimbing,” – Aisar Khaled Perjelas Isu Islamkan Mualaf, Ustaz Abdullah Khairi Pun Beri Kata-Kata Semangat

IKLAN

Katanya lagi, dia juga akan sedaya upaya memastikan pemuda berkenaan bakal menerima bimbingan yang terbaik selepas memeluk agama Islam.

Antara yang turut memberikan respon terhadap isu tersebut termasuklah daripada penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi.

“Saya Akan Bawa Dia Untuk Dibimbing,” – Aisar Khaled Perjelas Isu Islamkan Mualaf, Ustaz Abdullah Khairi Pun Beri Kata-Kata Semangat

“Semoga Allah tempatkan kita di syurga dengan kerja-kerja ini,” tulisnya.

IKLAN

“Saya Akan Bawa Dia Untuk Dibimbing,” – Aisar Khaled Perjelas Isu Islamkan Mualaf, Ustaz Abdullah Khairi Pun Beri Kata-Kata Semangat

Malah, melihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar Aisar tidak patah semangat untuk terus berdakwah di jalan Allah.

“Pedulikan orang bro. Guna niat dan hati yang baik. InsyaAllah semua Allah akan jaga kita.

“Abaikan benda negatif Aisar. Kalau dah buat benda baik InsyaAllah semuanya akan baik.

“Alhamdulillah. Besar ganjarannya. Semoga Aisar membimbing mualaf tu dengan baik dan tak membiarkan mualaf tu terraba-raba mencari Islam sendirian,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Terdahulu, video yang dikongsikan pada Isnin itu telah pun meraih lebih 200,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.

Sumber: Instagram Aisar Khaled

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI