Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril membuat pengakuan secara terbuka selepas mendedahkan isterinya tidak pernah menjalani tempoh berpantang sejak kehamilan anak pertama.

Bagaimanapun, Dr. Say mendedahkan dirinya tidak pernah melarang untuk sesiapa sahaja menjalani proses tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

“Wife Doktor Pantang Tak? Ahaa ramai jugak yg dm tanya soalan ni memandangkan sy rasa ada yg baru follow ig saya. Kalau yang follow sejak zaman Ace dulu mesti tau dah cerita ni. Tapi takpe sy cerita sekali lagi.

“Jawapannya, sejak anak pertama dan termasuk anak kedua ni bini saya tidak berpantang. “Whats? Tak pantang? Badan nak guna lama kot” jerit makcik bawangs di FB.

“Sekali lagi sy ingin tekankan yg kami tidak menentang sesiapa yg ingin berpantang. Nak pantang silakan, taknak pantang pun silakan,” tulisnya.

“Tak pantang? Badan Nak Guna Lama Kot, Jerit Makcik Bawangs Di FB,” – Dr. Say Cerita Isteri Tak Berpantang Lepas Bersalin? Baca Dulu Penjelasannya “Tak pantang? Badan Nak Guna Lama Kot, Jerit Makcik Bawangs Di FB,” – Dr. Say Cerita Isteri Tak Berpantang Lepas Bersalin? Baca Dulu Penjelasannya

IKLAN

Katanya lagi, proses berpantang hanya akan menjadi sia-sia sekiranya para ibu tidak menjaga soal pemakan selepas fasa tersebut tamat.

Bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut menambah, pemakanan yang sihat seharusnya diamalkan pada setiap masa dan bukannya hanya ketika berpantang.

“Kalau cakap pasal badan nak guna lama meh saya bagi kisah yg paling senang nak diterima akal.

“Kalau masa berpantang ni ibu-ibu jaga makan dengan makan ikan haruan, ikan kering dan seangkatan dengannya, then habis pantang hari ke-45 ibu-ibu me-ngappp ayam goreng Mekdi, Kepchi, Mary Perang with honey butter biscuits Texus Chicken on the side, logik akalnya tidakkah makanan-makanan sebegini akan merosakkan badan ibu-ibu yang selama ni berpantang?

“Kunci utamanya adalah pengambilan makanan yang sihat dan seimbang, tu je. Ayam, telur, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan macam kangkung, timun, tembikai, pisang boleh je nak makan sebab ni semua tergolong dalam makanan yang sihat dan seimbang,” kongsinya lagi.

IKLAN

“Tak pantang? Badan Nak Guna Lama Kot, Jerit Makcik Bawangs Di FB,” – Dr. Say Cerita Isteri Tak Berpantang Lepas Bersalin? Baca Dulu Penjelasannya “Tak pantang? Badan Nak Guna Lama Kot, Jerit Makcik Bawangs Di FB,” – Dr. Say Cerita Isteri Tak Berpantang Lepas Bersalin? Baca Dulu Penjelasannya

Penjelasan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Tanya Doktor menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Dr. Say turut menjelaskan tiada salahnya untuk para ibu menjalani tempoh berpantang asalnya proses tidak keterlaluan.

“Kalau nak cakap “gatal” atau “bisa”, dari segi perubatan there is no such thing cuma kalau memang allergic, elakkanlah. In a nutshell, bergantung kepada kepercayaan ibu tu sendiri sama ada nak amalkan pantang-larang ini atau tak.

IKLAN

“Yang penting jangan terlalu extreme supaya ibu-ibu sentiasa cergas, ceria dan sihat semasa dalam pantang. Kalian macam mana? Pantang modern or tradisional? Open conversation k?,” akhirinya.

“Tak pantang? Badan Nak Guna Lama Kot, Jerit Makcik Bawangs Di FB,” – Dr. Say Cerita Isteri Tak Berpantang Lepas Bersalin? Baca Dulu Penjelasannya “Tak pantang? Badan Nak Guna Lama Kot, Jerit Makcik Bawangs Di FB,” – Dr. Say Cerita Isteri Tak Berpantang Lepas Bersalin? Baca Dulu Penjelasannya

Sekadar informasi, isteri kepada Dr. Say, Dr. Azura baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata kedua pada tanggal 18 Ogos lalu.

Sebelum ini, isterinya telah disahkan kembali hamil selepas tiga bulan mengalami keguguran sekitar Ogos tahun lalu.

Pasangan ini juga telah pun terlebih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aezril.

Sumber: Instagram Dr. Say

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI