Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang telah pun selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, jam 7.07 malam Selasa.
Berita gembira itu dimaklumkan suami Ayda, Nabil Mahir yang bersyukur apabila proses pembedahan bagi melahirkan bayi sulung dipermudahkan.
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pada jam 7.07 malam seberat 2.77 kilogram,” katanya ringkas, memetik Harian Metro.
Ads
Terdahulu, Ayda menerusi hantaran di Instagram hari ini mendedahkan bakal melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.
Ads
“Assalamualaikum semua. Insya-Allah ‘baby wuvv’ (gelaran bayinya) akan keluar petang ini. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang.
Ads
“Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya dan bayi sihat serta selamat. Amin,” tulisnya.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli mendedahkan bekas majikannya itu menangis sehingga tak lalu makan mengenangkan anak perempuannya, Cik B.
Perkara tersebut antara lain mempunyai kaitan dengan isu ibunya yang bakal dikatakan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Malah, Cik B sebelum ini menerusi program hiburan Melodi, ada memberikan reaksinya mengenai perkara perkenaan.
Iqbal yang menjadi lelaki paling rapat dengan Vida ketika ini menambah, dia memahami perasaan remaja berkenaan yang marah andai ibunya sekali lagi berkahwin.
“Hari ini seharian Dato Seri Vida menangis, tidak makan memikirkan Cik B. Saya turut kasihan pada Cik B, sejak kecil dia jarang ada masa bersama.
“Sejak saya masuk bekerja, saya selalu pesan pada DSV, bawa Cik B ikut sama setiap kali kita ke luar negara. Jangan terlalu marah, bagi perhatian sepenuhnya pada Cik B.
“Saya faham perasaan Cik B marah jika ibunya berkahwin. Oleh kerana mereka melalui sejarah hidup, banyak tohmahan, tuduhan saya yang harus tanggung walaupun jauh sekali saya tidak sama seperti pengalaman mereka,” jelas Iqbal.
Luahan tersebut dikongsikannya menerusi satu hantaran di Insta Stories, pada Isnin.
Dia bagaimanapun meminta ramai untuk kasihankan Cik B dan tidak menambahkan ‘api’ terhadap situasi yang berlaku.
Mahu memberikan yang terbaik, Iqbal pada masa sama turut memohon ramai agar memberikan semangat buat Cik B.
“Orang luar tidak dapat menggambarkan keadaan Cik B apabila dia marah. Luar biasa. Tiada siapa berani untuk masuk dekat.
“Kepada semua yang menyayangi Cik B, tidak kisah jika kalian berpendapat tidak bersetuju untuk saya dengan Dato Seri Vida berkahwin, saya tabah menelan fitnah, namun jangan sesekali tambahkan api pada dia. Kasihani emosi dia.
“Seharusnya kalian memberikan semangat kepada dia. Saya sedaya upaya lakukan terbaik untuk semua. Baik Cik B, Dato Seri Vida dan Kacak.
Sebelum ini, Vida mengesahkan bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya itu pada Disember ini namun risau dengan penerimaan anak-anak, terutama Cik B.
Kisah hubungan mereka menjadi perhatian apabila pasangan itu terbuka berkongsi persiapan mereka termasuk melakukan ujian kesuburan pada akhir Ogos lalu.
Sementara, Iqbal ada memberitahu dirinya sudah bersedia untuk menjadi suami kepada penyanyi lagu I Am Me itu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah hampir lapan tahun mencipta nama, pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha akui dia kian lali dengan kritikan dan kecaman.
Menurut Daiyan, meski ada kalanya dia merasakan dirinya seakan mendapat perhatian yang lebih daripada peminat, namun dia tetap mahu melihat ia daripada sudut pandang positif.
“Saya sedar akan situasi tersebut. Kadang-kadang rimas pun ada juga. Saya rasa macam netizen beri perhatian ‘extra’ dekat saya berbanding artis lain. Kalau orang lain mereka (netizen) relax je. Bila saya yang buat, semua tertumpu kepada saya.
“Tapi tak mengapalah, dari sudut lain, saya anggap ia sebagai satu petanda positif. Maknanya memang ramai yang beri perhatian terhadap segala perkara yang saya lakukan.
“Saya tahu ada setengah daripada mereka memang sengaja nak cari salah tapi semuanya bergantung kepada hak masing-masing,” katanya kepada MH.
Pelakon drama, Projek: Anchor SPM ini berkata sedemikan ketika ditemu ramah menerusi program MH Lifestyle baru-baru ini.
Dalam pada itu, Daiyan turut memaklumkan sebagai anak seni, dia mahu memberikan sepenuh tumpuannya terhadap perkara yang lebih penting dan bukannya isu-isu yang remeh
“Bagaimanapun, saya ada hak untuk tidak melayan dan ignore sahaja asalkan saya tahu apa yang saya buat itu tak salah atau pun melukakan hati orang lain.
“Pucuk pangkalnya, saya tahu batas-batas saya. Jadi, kalau perkara sekecil-kecil ni pun masih lagi nak cari salah, saya tak boleh nak kawal. Saya terima sahaja.
“Tak semua perkara kita kena melawan balik. Saya pun sejenis yang memang malas nak hadap perkara-perkara remeh ni,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya adakah komen-komen tersebut memberi kesan keadaan mental, ini reaksi yang diberikan oleh bintang berusia 28 tahun itu;
“Sebenarnya saya tak terkesan sangat. Bila saya dah menceburi bidang seni dalam tempoh masa yang agak lama ni, saya rasa dalaman saya ini sudah mampu untuk tepis komen-komen melampau.
“Selagi perkara tersebut tak membuatkan orang ramai mempersoalkan intergriti, cara kerja dan keikhlasan saya sebagai anak seni, saya okay sahaja.
“Saya dah lama faham sendiri, kita buat apa pun orang akan tetap bercakap,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Daiyan baru sahaja melancarkn single terbarunya yang berjudul Penat.
Bintang media sosial dan pelakon, Safwan Nazri reda selepas diuji apabila salah satu cawangan kedainya terlibat kebakaran di Podium, Sungai Penchala, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selepas lebih kurang empat bulan perniagaannya dihentikan operasi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bintang Hero Remaja 2017 itu difahamkan telah memulakan perniagaan francais Ayo Fried Chicken itu kira-kira dua tahun lalu.
Safwan kini sudah mempunyai enam cawangan francais berkenaan termasuk di Lembah Klang serta di bahagian Utara seperti Kedah dan Perak.
Meski mengakui perniagaannya sedikit terjejas akibat PKP), Safwan menyifatkan apa yang berlaku sebagai ujian.
“Baru sahaja nak mulakan semula operasi perniagaan di cawangan Podium KL, saya telah menerima khabar duka cita apabila pekerja kami menelefon memberitahu bahawa berlakunya kebakaran di kedai kami.
“Pada mulanya saya terkejut dan panik kerana ingatkan satu Podium terbakar, tetapi Alhamdulillah api berjaya dipadamkan segera dan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,” katanya memetik Remaja.
Safwan pada masa turut berkongsi anggaran kerugian ekoran musibah yang menimpa.
“Saya juga tidak dapat memastikan lagi berapa kerugian yang ditanggung kerana belum sempat untuk melihat secara keseluruhannya. Tetapi dianggarkan lebih kurang RM5,000 hingga RM6,000 jugalah.
“Apa-apa pun saya tetap bersyukur kerana tidak ada yang cedera dan masih ada peralatan berniaga yang boleh digunakan lagi.
“Saya anggap ini sebagai ujian yang diberikan oleh Allah SWT dan reda dengan ketentuanNya. Mungkin ada rezeki yang lebih baik Dia akan berikan pada saya nanti,” katanya lagi.
Sementara itu, Safwan turut memuat naik sepotong video yang merakamkan situasi sekitar kejadian di Instgram.
“Ya Allah Baru nak start berniaga balik selepas 4 bulan tutup sebab PKP, Dugaan apa ini Ya Allah.
”Minta Maaf semua, hanya @ayofriedchicken_ Terpaksa Tutup buat sementara waktu di Podium, Harap semuanya dipermudahkan insyaallah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sedutan tersebut sehingga kini sudah pun ditonton lebih 50,000 kali.
Sumber, Foto: Majalah Remaja, Instagram Safwan Nazri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.